Merasa pergerakan bayi dalam kandungan untuk kali yang pertama adalah
detik yang sangat mengujakan. Jika ini adalah kehamilan anda yang
pertama, mungkin mengambil masa bagi anda untuk mengenalpasti bahawa
sensasi seolah-olah ketukan lembut dari dalam perut itu adalah
sebenarnya
pergerakan bayi anda. Anda mungkin akan mula menyedarinya kira-kira dalam
minggu ke-18 dan
minggu ke-20, atau lebih lambat daripada itu.
Jika anda sudahpun mempunyai anak, anda pasti tahu tanda-tandanya. Anda
mungkin mula menyedari pergerakan bayi anda kira-kira di antara
minggu ke-15 dan minggu ke-18.
Apakah yang sedang dibuat oleh si kecil di dalam perut?
Imbasan ultrabunyi
(ultrasound) boleh menunjukkan apa yang sedang dibuat oleh bayi anda.
Kebanyakan pergerakan bayi bermula lama sebelum anda menyedarinya:
- Pada minggu ketujuh hingga minggu kelapan, bayi anda mula membuat pergerakan am, seperti membengkokkan badan ke tepi dan bergerak apabila terkejut.
- Pada kira-kira minggu kesembilan, bayi anda mula mengalami sedu, menggerakkan tangan atau kaki dengan sendiri, menghisap dan menelan.
- Pada minggu ke-10, dia boleh melentur dan memalingkan muka, mengangkat tangan untuk menyentuh mukanya, menganga dan mengeliat.
- Pada minggu ke-11, dia boleh menguap.
- Pada minggu ke-14, dia boleh menggerakkan matanya.
Secara beransur-ansur, pergerakan bayi anda menjadi cukup kuat untuk
anda merasainya. Tidak lama selepas itu, anda akan kerap merasa dia
mengetuk atau menendang apabila dia meregangkan tangan dan kakinya.
Bayi anda tidak akan bergerak sepanjang masa sebab. Seperti anda juga,
ada masa-masanya dia hanya mahu berehat dan tidur. Menjelang penghujung
kehamilan, dia akan berehat selama kira-kira 45 minit sekali. Waktu
rehatnya ini mungkin bagi anda terasa lebih panjang, kerana anda tidak
akan dapat merasa setiap pergerakan yang dilakukannya.
Bagaimanakah pergerakan bayi saya dari minggu ke minggu?
Anda
tidak akan dapat merasai kesemua pergerakan bayi anda. Sesetengah
pergerakan berlaku sekejap sahaja dan tidak sempat untuk anda
merasainya. Anda lebih berkemungkinan merasai pergerakan-pergerakan yang
berlangsung lebih daripada beberapa saat. Berikut ialah panduan
mengenai pergerakan apa yang dijangka anda boleh merasanya dan bila:
Aktiviti
bayi anda akan bertambah secara beransur-ansur dari minggu ke minggu.
Ketika ini, anda akan menyedari bahawa bayi anda lebih aktif pada siang
hari di mana dia banyak membuat pergerakan menendang dan balik kuang (
somersault).
Dari minggu ke-24 hingga ke-28
Anda mungkin mula menyedari apabila bayi anda mengalami
sedu.
Apabila ini berlaku, anda akan rasa seperti tersentak-sentak. Karung
amnion (ketuban) anda pada ketika ini mengandungi sebanyak 750ml cecair
yang membolehkan bayi bergerak secara bebas.
Anda juga mungkin menyedari bahawa dia akan terkejut apabila mendengar
bunyi kuat secara tiba-tiba.
Bayi
anda akan mula membuat pergerakan kecil yang lebih mantap, disebabkan
dia sekarang dalam keadaan agak terhimpit dalam rahim anda.
Anda
mungkin menyedari pergerakan bayi anda memuncak ketika ini. Selepas
ini, jumlah pergerakan yang anda rasa akan berkurangan. Ini adalah
normal kerana dia tidak mempunyai banyak ruang untuk bergerak.
Pada
masa ini, bayi anda akan menetapkan posisinya dengan meletakkan kepala
ke bawah. Ini berlaku terutama sekali bagi kehamilan pertama kerana
otot-otot abdomen dan rahim anda masih kuat dan dapat mengekalkan
kedudukan tersebut.
Pergerakan utama yang anda akan rasa pada peringkat ini ialah pukulan
tangan dan kaki bayi, dan dia juga akan membuat tendangan kuat yang agak
memeritkan pada tulang rusuk anda.
Sekiranya ini bukan kehamilan anda yang pertama, otot abdomen anda tidak
begitu kuat lagi dan oleh itu bayi anda akan sering mengubah posisinya
sehingga tiba tarikh anda dijangka bersalin.
Baca lebih lanjut mengenai
bagaimana untuk tahu bila sudah tiba masa bersalin.
Dari minggu ke-36 hingga ke-40
Badan
bayi kini lebih besar dan pergerakan memusing akan berkurangan.
Sekiranya bayi menghisap jari dan jika jarinya terlucut, anda akan
merasa pergerakan yang pantas dan perit. Ini kerana dia sedang
memusingkan kepalanya ke kanan dan ke kiri untuk mencari jarinya semula!
Dalam tempoh dua minggu sebelum kelahiran bayi, pergerakannya semakin
kurang dan kadar pembesarannya juga akan menurun sedikit. Ini semua
adalah perkara biasa dan anda tidak perlu bimbang.
Pergerakan dan posisi di peringkat akhir kehamilan
Pada
minggu-minggu terakhir, kedudukan bayi akan tetap dalam mangkuk pelvis
anda, sedia untuk dilahirkan. (Sekiranya ini tidak berlaku, dapatkan
nasihat mengenai
bagaimana meletakkan bayi anda dalam posisi optimum untuk kelahiran.)
Kepala bayi anda terasa seakan-akan sebiji tembikai yang menekan lantai
pelvis dan membuatkan anda agak berhati-hati ketika hendak duduk.
Apabila kepala bayi turun lagi ke dalam pelvis, anda akan rasa "ringan",
kerana tekanan pada bawah tulang rusuk anda kini tidak begitu kuat.
Pada peringkat ini juga, anda tidak akan merasa pergerakan keseluruhan
badan bayi. Sebaliknya, anda mungkin menerima tendangan yang tidak
berhenti-henti di bawah tulang rusuk samada di sebelah kiri atau kanan,
berdasarkan posisi bayi. Jika kulit abdomen anda nipis, anda mungkin
berpeluang memegang kaki bayi anda.
Ada masanya bayi anda akan diam dan berehat dan ada masanya dia sangat
aktif, lazimnya pada lewat petang atau malam atau semasa anda sedang
baring dan hendak tidur!
Berapakah tendangan yang patut saya rasakan dalam satu hari?
Semasa
anda sedang sibuk, anda mungkin kurang menyedari pergerakan bayi anda.
Anda akan lebih menyedari pergerakan ini semasa anda sedang duduk
berehat.
Kajian aktiviti fetus menunjukkan bahawa pergerakan bayi semasa dalam
rahim menunjukkan pola berjaga dan tidur yang berlainan. Tiada jumlah
tendangan yang boleh dianggarkan secara purata. Namun begitu, setelah
sampai ke peringkat akhir kehamilan, anda mungkin sudah mengenal pasti
dan boleh menentukan pola pergerakan bayi anda.
Saya tidak merasa gerakan bayi saya hari ini; patutkan saya bimbang?
Jika
anda sibuk melakukan sesuatu, anda mungkin tidak menyedari pergerakan
bayi anda. Jika anda mahukan kepastian, ada beberapa cara untuk
merangsang bayi supaya bergerak:
- Baring mengiring (dengan mengampu punggung) dan jangan bergerak.
- Angkat kaki ke atas dan relaks.
- Mainkan muzik kepada perut anda.
Tidak
lama dahulu, wanita hamil sering dinasihatkan supaya mengesan
pergerakan bayi dengan menggunakan carta tendangan fetus. Anda perlu
merekod berapa kali pergerakan bayi berlaku sehingga anda mendapat
jumlah 10 tendangan, sebaik-baiknya pada masa yang sama setiap hari.
Walau bagaimanapun, carta seperti ini telah menjadi kurang popular
kerana penyimpanan rekod seperti ini kurang efektif. Sebaliknya,
fahamilah pola gerakan bayi anda dalam waktu anda berjaga dan sekiranya
terdapat sebarang perubahan dalam pola tersebut, hubungilah doktor anda
dengan segera.