Wednesday, November 11, 2009

Aku rindukan dia..



Sejak aku kenal dengan dia, hidup aku mula berubah. Cara aku pandang dunia juga berubah. Aku jadi manusia yang lebih bersyukur. Dia mengajar aku mengisi hidup aku dengan perkara yang diredhai Tuhan tanpa bicara. Mengenali dia merupakan satu anugerah yang sangat berharga dalam seumur hidupku. Dia seorang insan biasa sahaja pada pandangan mata kasarku. Namun, mengenalinya dengan lebih dalam menjadikan aku mengangkat dia ke taraf insan yang luar biasa.

Bagiku, dia adalah cahaya dalam hidupku. Dulu, kini dan selamanya. Aku bersyukur, kerana dia memilih aku untuk menceritakan segala rasa hatinya. Aku jadi kuat mendengar luahan dari segenap jiwanya. Aku merindui dia..Sungguh aku sangat merindui dia, detik ini dan tika ini. Adakah dia tahu bahawa aku rindukan dia? Doaku sentiasa buat dia. Kuharap dia sentiasa tenang dan damai.

Bermula dengan belajar bersama,sedikit demi sedikit aku dapat mendekati dia. Dia membuka pintu hatinya untuk aku terokai. Aku manusia terpilih yang terawal tahu tentang dia.

Dia sakit. Kanser. Sebaya dengan usiaku. Kini dia sudah pergi. Sudah 2 tahun dia pergi tinggalkan segala kehidupan dunia. Aku kehilangan dia. Dia yang saban kali membuat panggilan dari jauh memberi kata-kata semangat untuk aku lebih kuat berusaha untuk meneruskan hari-hariku di medan perjuangan seorang pengemis ilmu. Setiap semester pasti dia meluangkan masa menghilangkan segala resah dan gelisah tatkala aku menghadapi masalah belajar mahupun sosial. Aku suka mendengar pandangan ‘peguam’ cilik ini. Itu kisah lama..dia sudah tiada. Hari ini aku rindukan dia, dia yang hadir bawa cahaya.

Aku janji aku akan doakan dia selalu. Al-Fatihah takkan putus aku hadiahkan untuknya. Aku mahu dia berehat di sana setelah penat menahan seksa sakit yang dideritainya. Tanpa dia, aku mungkin menjadi manusia ego yang tidak bersyukur pada Tuhannya. Tidak dapat aku coretkan segala peristiwa yang pernah aku lalui bersama dia. Kami pernah bergaduh, kami pernah menagis bersama, sudah tentu kami juga pernah ketawa bersama. Semuanya terakam dalam layar fikiran, tersemat dalam sanubari.

Terima kasih tuhan yang menemukan aku dengan dia. Terima kasih kerana beri aku hidayah melaluinya. Sayangi dia wahai Tuhan..Ampuni dia wahai Tuhan

Al Fatihah untuk yang teristimewa Almarhumah Shafriza

by: Aura Besi, 11.05 p.m,10 Nov 2009

Tuesday, November 3, 2009

Aku Rela


Aku Rela



Telah ku rela nama dan diri menjadi sasaran
Kerana cinta, aku berkorban
Telah ku rela segala tohmahan bermaharajalela
Kerana cinta, aku terpaksa

Kerana cinta jua aku berbicara
Dengan nada insan terluka
Meluah rasa, meluah fakta, mencedera jiwa
Semuanya kerana cinta…

Biarku tanggung rasa derita..
Asalkan agama, selamat akhirnya..
Yang membantah, hanya berfalsafah..
Kerana bimbang suapan harian

Dengan menjual nama Tuhan..
Lalu kebenaran disingkirkan,
Demi hidangan belian pendustaan
Namun aku yang sengsara zahirnya

Redha telah pun penuhi jiwa
Dalam keletihan ini.. aku bahagia

Kerana..
Pada kebenaran itulah terasa nikmat syurga.



Album : Yang Benar Tetap Benar
Munsyid : Algebra



Monday, November 2, 2009

MAK N ABAH'


AYAH IBU RESTUI PERJUANGANKU





Namamu menyerlahkan seri di wajahmu
Kelembutanmu tiada bandingannya
Engkaulah insan yang sangat kusayang
Kehadiranku kerna pengorbananmu

Dan harapanku agar engkau merestui
Perjuanganku ke arah kebenaran
Kerana engkau laksana awan di lahit
Ibarat memayungi setiap insan

Demi cintaku ini
Aku kan berjanji berbakti padamu
Walau ku tahu tak mungkin dapat membalas jasamu
Demi kasih dan syaang
Aku rela berkorban apa saja
Kerna kini ku tahu syurga
Di tapak kaki ibu

Kau umpama permata di hatiku
Memberikanku sinaran cahaya cintamu yang suci
Kau bak mutiara di samudera
Tetapkan berharga untuk selama-lamanya

Semenjak kita lahir ke dunia ini kita dibelai dan dimanja
Kerana itu janganlah menderhaka
Pada dua insan bernama ayah dan ibu

Oh Tuhan ampunilah dosa-dosaku
Dan dosa kedua orang tuaku
Kasihi mereka sebagaimana mereka
Mengasihiku sewaktu dahulu

BY:ALARM ME

p/s: Recharge everything

Monday, October 19, 2009

Being Hated



“Hate is too great a burden to bear. It injures the hater more than it injures the hated.”


“It is easy to hate and it is difficult to love. This is how the whole scheme of things works. All good things are difficult to achieve; and bad things are very easy to get.”


“Hatred paralyses life; love releases it. Hatred confuses life; love harmonizes it. Hatred darkens life; love illuminates it.”


“If you hate a person, you hate something in him that is part of yourself. What isn't part of ourselves doesn't disturb us”


“Let them hate, so long as they fear.”


**************************************************************************************
kalau orang benci kita, apa patut kita buat??

mana tau benci??

ala..tau..kalau dah tak tegur, dah dingin, kalau boleh, berdoa supaya tak jumpa kita dekat fakulti..dah acuh x acuh balas sms untuk gi halaqah..dekat facebook, friendster dll tempat semua dah delete kita. dan yang paling penting, hati saya rasa jauh..

ok, apa yang boleh saya bantu, saya nasihatkan supaya awak:

"Sentiasa bersangka baik sesama manusia, berfikiran positif dan berusaha menukar masalah kepada peluang dengan menangani masalah secara bijaksana.

Gunakan pendekatan beramal dengan amal soleh dan mencegah kejahatan dengan kebaikan seperti mana firman Allah yang bermaksud: “Siapakah yang lebih baik perkataannya dibanding orang-orang yang berseru kepada Allah dan mengerjakan amal soleh dan berkata: Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri. Tidak sama amal kebajikan dengan keburukan. Tolaklah (keburukan itu) dengan perbuatan yang lebih baik (bijaksana). (Jika kamu lakukan demikian), maka orang yang bermusuhan dengan kamu akan menjadi akrab.” (Surah Al-Fussilat, ayat 33-34)

Kehilangan kawan adalah sesuatu yang pahit. Cuba cari ramai kenalan baru yang dapat menerima diri kita dengan lebih baik dan bersikap terbuka.

Jangan lupa juga bahawa kita perlu membuat perancangan dan persediaan rapi terutama daripada segi masa, kewangan dan kekuatan diri. Membuat perubahan memerlukan kekuatan dalaman yang tinggi. Berhijrah dengan niat yang suci akan membawa keberkatan dan kerahmatan Allah."
*************************************************************************************

“...Monsters are real, and ghosts are real too. They live inside us, and sometimes, they win.”


p/s:perlukah aku hapuskan setiap jejak langkah hidupku dalam kehidupan dan fikiran mereka? heh...

p/s/s:aku tetap sayang mereka walau diri dibenci =)

Misi kemanusiaan PADANG

Halaqah dalam usrah


halaqah dalam usrah


Alhamdulillah, dalam rangka menuju ke arah pembentukan halaqah dalam usrah, bila ikatan darah dan aqidah menjadi satu..Ya Allah, syukur pada-Mu atas nikmat kasih sayang Mu ke atas kami..Amin
***********************************************************************************
"Halaqah itu, tulang belakang agama" (jilasolehah)

"Kak, jom kita bentuk halaqah dalam usrah kita"(fahmi)

"Dalam rangka kita wujudkan konsep baiti jannati, saya cadangkan kita cuba solat jemaah dalam rumah bersama"(farid)

"Aku berazam nak join angkatan jemaah Islam kak, aku berusaha nak duduk dalam barisan itu, insya Allah"(fahmi)

"Semua orang nak kan kebaikan, kita sama-samalah pupuk kebaikan tu dalam rumah kita" (ain)

"Tidak beriman seseorang jika tidak mencintai saudaranya, kita bertuah sebab ada ikatan darah, jadi mari kita serikan dengan ikatan aqidah yang lebih kukuh"(jilasolehah)

"Erti hidup pada memberi, terimalah saya dalam keluarga ini seadanya"(abang khairul)

"Kita telus dari hati ke hati, andai ada kekurangan, minta dimaafkan dalam rangka mencapai keharmonian keluarga kita"(abang ecal)

"Terima kasih kerana saling lengkap melengkapi"(kakak)
*************************************************************************************
p/s: Aura Besi akan berusaha insya Allah =)

Thursday, October 15, 2009

Looking for the best

"Cintailah apa yang kita ada, jangan cintai apa yang kita tiada.

Keluar dari kenangan masa lampau, hadapi kenyataan hari ini.

Kita tidak boleh mengubah peristiwa yang telah berlaku, tetapi kita boleh mengubah perasaan kita terhadapnya.

Jika kita tak dapat apa yang kita suka, sukailah apa yang kita dapat"

(jilasolehah,2009)

Tuesday, October 13, 2009

ranting...

Some preview from Ked's Story~~


***********************************************************************

“First cut is the deepest.” Tiba-tiba Hadi bersuara.

“First love ain’t easy to forget.” Ked merenung jauh. “Can’t blame her.Aku pun

teringat jugak Qrisy now and then.”

“Bright lil’ sunshine.” Hadi menghela nafas panjang. “That’s what you’re.”

“Kau tu yang overprotective. “Ked sengaja mencebik. “Diana just cakap her

ex nak datang sana.Bukannya kata diorang dah rujuk balik.”

“Sunshine..”

“Dan kau jangan blame dia sebab aku pun tak pernah approach dia.”

“Dan cuba kau bagi reasoning sikit kat aku kenapa kau tak approach dia dari

dulu.” Hadi menggosok batang hidung. “Kau bukan coward.Kau tau apa yang patut

dibuat dengan apa yang kau nak.At least tu la Ked’Flop aku yang aku kenal.”

“I want to give her space and time.C’mon la.Aku tak kenal dia,dia tak kenal

aku. Kenal as in really kenal la.”

“But you love her.”

“But..”

“Don’t deny.”Hadi dah terlebih dulu memotong.

“I love her.So what?Ingat chemical reaction ke?Kena ada forward ngan

reverse reaction simultaneously?”Ked menjulingkan mata.Dia ketawa sendiri. “Mana

ada law bercinta dalam dunia nie kita suka orang,orang tu kena suka kita balik.”

“It’s okay kalau kau nak down,Ked,aku faham.”

“Hey,worst case scenario;I’m still her pal.”

***********************************************************************************************

p/s: Apa kena mengena dengan aku ye?? hehe..

1st cut is the deepest.. 2nd cut i feel stupid.. 3rd part??..heh..never happend..i promise

Thursday, October 8, 2009

FUTUR



Kadangku merasa bimbang
Berada didunia yang lapang ini
Sampai kapan aku berjuang
Dijalan dakwah panjang

Takutku akan semua
Semua yang takkan berlanjut lagi
Hanya karna memikirkan
Nafsu dunia yang fana

Rasa futurku menghalangiku
Menempuh semua perjalanan imanku
Akupun ingat semua teman-temanku
Yang masih coba membimbingku

LIRIK LAGU FUTUR BY FATIH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...