Monday, August 31, 2015

SIZZLING YEE MEE


SIZZLING YEE MEE
sumber: facebook

Bahan - bahan:
9 ulas bawang putih (ketuk atau hiris)
2-3 inci halia (hiris nipis)
5-6 tangkai Cili kering (potong 2 atau 3)
sebelah dada ayam
sebungkus cendawan shitake
3 -4 sb sos tiram
3-4 sb kicap pekat
2-3sb kicap cair
serbuk lada hitam
sesudu kecil minyak bijan
4-5 cawan air (ikut suka pun boleh)
3-4 sudu besar tepung jagung untuk pemekat (harus di bancuh dengan air)
sayur sawi
yee mee
.
Cara - cara:
1) Tumis bawang putih, halia dan cili kering sehingga kekuningan
2) Masukkan ayam & cendawan serta masukkan air, biarkan seketika hingga ayam masak.
3) Masukkan semua perasa (kicap, sos tiram,lada hitam) & kacau rata.
4) Masukkan minyak bijan & tutup seketika.
5) Pastikan cendawan dan ayam betul2 masak barulah masukkan cecair tepung jagung untuk memekatkan kuah.
6) Seimbangkan rasa & tutup api.
.
Penyediaan di Hot plate:
1) Masukkan mee atas hot plate, letakkan sayur di atasnya, kemudian curahkan kuahnya sesenduk di atas mee tersebut.
2) Pecahkan telur jika mahu, dan teruskan mencurahkan kuah beserta lauk dan cendawan secukupnya.
3) kacau kacau mee untuk serasakan kelembutannya kalau takda hot plate. boleh je satukan. masukkan yee mee bersama kuah dalam kuali.
.

Friday, August 7, 2015

Roti jala

Roti jala AWA HOMEBAKERY

Bahan:
2 cawan tepung gandum
2 cawan jus daun pandan
*blend pandan dengan 2 ½ cawan air & ambil airnya saja
*baki ½ cawan simpan sebab kita nak pakai buat sosnya pula


1 biji telur

Sedikit vanilla
Secubit garam


Caranya:
Campur semua bahan & blend sampai dapat texture halus






Sos kastard pandan
Resepi : Fiza@lgk


1
½ sudu besar tepung kastard
1
½ cawan santan/saya guna susu cair
½ cawan jus pandan (baki yang tadi)
5 sudu besar gula (kurangkan kpd 3-4 sudu jika nak manis yang sedang2)
2 helai daun pandan (simpulkan)
Secubit garam

Satukan semua bahan, kacau atas api perlahan sampai likat. Sejukkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...