Wednesday, September 18, 2013

Tentang Hidup



Jika dalam kesusahan, mintalah pada Allah untuk disenangkan. Jika dalam kesenangan, mintalah pada Allah agar tidak dilalaikan. Semoga kita beristiqamah dalam menjaga hubungan dengan Allah dan manusia.

"Apabila seseorang merdeka daripada penghargaan manusia, jiwanya akan tenang. Jika dia melakukan kebaikan, niatnya ikhlas kerana Allah dan dia tidak langsung mengharapkan penghargaan manusia kepadanya. Kalau kita seronok apabila orang memuji kita, dan kita susah hati apabila orang mengeji kita, ia merupakan sifat yang sangat bahaya dan melemahkan"



Suami yang menghargai, menghormati, sentiasa berterima kasih kepada isterinya merupakan suami yang berakhlak mulia dan mempunyai harga diri yang tinggi.
 
Hidup ini bukan utk mengundur ke belakang namun sentiasa bergerak kehadapan, jika ada halangan, rungkaikan dgn lemah lembut pasti akan ada penyelesaian yg lebih matang.. lemah lembut dlm tindakkan itu akan mencapai tujuan dengan penuh kebijaksanaan..
 

'Hakim' yg paling adil di muka bumi ini adalah KEMATIAN. Ia akan menziarahi semua makhluk tanpa melihat kpd pangkat dan darjat seseorang... 

Ustaz Mohd Izhar Ariff
Usaha tangga kejayaan.
Sabar kemuncak kekuatan.
Doa dan tawakal senjata sepanjang kehidupan...
 

Kita bermain untuk menang,
Kita berniaga untuk berjaya,
Kita beribadat untuk akhirat,
Kita hidup kerana Allah dan bukan kerana manusia.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...