Sempena menyambut Maulidur Rasul esok, saya ingin menghadiahkan motivasi dan jawapan Soal Jawab ini buat semua rakan FB.
Perkara pertama dan utama untuk memulakan perniagaan ialah dengan bermodalkan diri sendiri.Kemudian diikuti oleh wang. Mengikut pengalaman peribadi saya, walaupun kita memulakan perniagaan setelah berjaya dengan banyak pinjaman daripada bank, ia bukan penentu kejayaan sesuatu perniagaan. Malah ia boleh menjadi bala. Belum tentu wang pinjaman itu bakal membawa keuntungan yang besar atau menjayakan sesuatu perniagaan sekiranya kita tidak mempunyai persediaan yang rapi, ilmu pengetahuan yang diperlukan untukmenjalankan perniagaan itu, ciri-ciri keusahawanan, minda dan etika yang betul. Belum cerita hal nasib baik dan malang lagi, dalam perniagaan ini.
Pertama sekali, kita perlu mengetahui perniagaan apakah yang sesuai dengan diri kita dengan menjalani ujian Psycometric untuk mengetahui samada diri kita sesuai atau tidakdengan perniagaan tersebut. Anda juga perlu ada mentor dan pakar dalam bidang itu yang akan menasihati dan mengawasai kita kita. Perlu ada bisnes plan, financial plan yg kita buat sendiri dan disemak oleh rakan yang menjalankan perniagaan itu.
Saya cadangkan anda timba pengalaman dengan bekerja dahulu di tempat perniagaan dalam industri yang ingin anda ceburi. Jangkamasa yang sesuai antara 3 bulan - 6 bulan.
Apa keadaan sekalipun, jangan sekali-kali berhutang dengan institusi kewangan. Gunakan wang simpanan sendiri atau pinjam dengan OPM (Other People's Money). Jual harta yang ada jika terdesak. Ini kerana bila kita meminjam wang dengan institusi kewangan, belum tentu perniagaan yang kita ceburi itu akan berjaya dan belum tentu perniagaan itulah yang akan menjadi perniagaan yang kekal kita lakukan di masa depan. Jika kita sudah meminjam dan kita pula menjalankan perniagaan yang tak sesuai dengan diri kita, hutang dengan bank itu tetap perlu dibayar. Yang penting bukanlah mengubahsuai pejabat, membeli telefon, memasang karpet dll. Yang penting,ialah menganalisa berapa banyak wang masuk dan bagaimana nak membayar sewa pejabat , kakitangan dan lain-lain lagi. Sebab itu jika kita meminjam dengan keluarga terdekat,kita tidaklah dikenakan tekanan hebat sepertimana institusi kewangan. Sehingga diisytihar bangkrap jika kita gagal dalam bisnes itu.
Tidak ada bank atau institusi kewangan yang akan meminjamkan wang jika kita tiada rekod perniagaan. Sebab itu penting untuk memulakannya dahulu dan wujudkan sistem perniagaan kita.
Perkongsian Pengalaman Peribadi, saya bermula dengan modal RM5000 wang simpanan. Bila terdesak, saya jual rumah dan jual kereta. Bermula dengan 5 orang guard. Saya terpaksa berpindah di rumah haram. Takde api, Takde air. Sewa rumah RM50. Di Bukit Belacan.Sewa rumah sebelah RM50 untuk guard. Sebab tiada bank nak beri pinjaman. Saya tetap teruskan juga dengan apa yang ada.Bila perniagaan makin besar, bank dan investor akan mula datang dan menawarkan pelbagai bentuk insentif. Mereka telah nampak usaha kita berhasil dan mereka yakin untuk berurusan dengan kita. Maka ramailah orang VIP dan Pak Menteri yang teringin nak berkongsi dengan kita.
Kita perlu belajar asas perniagaan, asas perakaunan dan pemasaran yang hebat dan efektif. Ia sangat penting termasuklah kekuatan, kekebalan diri, kepintaran emosi. Disamping masuk kelas malam untuk belajar semua aspek perniagaan.
Saya melakukan pelbagai kerja untuk mendapatkan multiple source of income. Saya jual insuran, saya buat MLM, saya jadi trainer, buat kerja translation danmacam-macam lagi untuk mendapat lebih banyak income untuk menampung perniagaan. Kene banyak kemahiran. Pengalaman ini boleh ditawarkan kepada pelanggan-pelanggan. Bukan hanya menawarkan khidmat utama perniagaan kita sahaja. Misalnya, saya bukan sahaja menawarkan khidmat sekuriti tetapi juga training, HR, PR (not only industrial security but also emotional security) kepada pelanggan. Ini dikatakan value-added kepada pelanggan. Mereka suka hire saya untuk pelbagai tugasan. Multi-skilled, multi-talented, multi-millionaire
Modal pertama adalah diri kita sendiri. Wang akan datang secara konsisten apabila kita telah benar-benar memahami dan menjalankan perniagaan kita dengan sistematikdan menyakinkan pelanggan kita. Ketika itu bank dan investor akan datang. Ia mengambil masa. Saya sendiri ambil masa 10 tahun. Masalah aliran wang (cashflow)tidak akan tamat. Ini kerana bila perniagaan berkembang, wang diperlukan setiap masa untuk mengembangkan perniagaan. Oleh kerana itu kita tak boleh membazirkan wangkerana setiap tahun semakin banyak modal diperlukan. Sebab itu kita masukkan kembali keuntungan ke dalam perniagaan sebagai modal pusingan dan membina empyar perniagaan. Perlu ada blueprint perniagaan yang di update sepanjang masa supaya kita tak tersasar dan tersalah jalan. Usah terpedaya dengan pelbagai cadangan yang mudah untuk cepat kaya.
Kesimpulannya, mendapat pinjaman besar daripada bank di peringkat permulaannya bukanlah kriteria atau jaminan untuk menjadi usahawan yang berjaya dan menjayakan perniagaan. Ia bergantung kepadabermodalkan diri kita sendiri, kepintaran dan keupayaan kita. 20% IQ, 80% EQ dan kekuatan-kekuatan lain juga. Sila berusaha dapatkan maklumat mengenai grant, bantuan modal dan sebagainya dari agensi kerajaan dan institusi kewangan. Mesti bijak membuat jaringan.
Modal Perniagaan Yang Sebenar Adalah Diri Kita Sendiri.
Salam Maulidur Rasul dan Doa Kejayaan,