Monday, November 8, 2010

Pujian Itu Hanya Untuk-Ku

Assalamualaikum wbt.

Segala puji bagi Allah yang kepunyaan-Nya apa yang di langit dan apa yang di bumi. Sesungguhnya aku hambaMu yang selalu melakukan dosa, hanya padaMu aku pohonkan keampunan. Maafkanlah aku. Ampunkanlah aku.

Moga aku mendapat iktibar dari kisah ini.....

Ahmad diberikan Allah seorang isteri serta beberapa anak dan yang kecilnya adalah seorang perempuan berusia hampir 2 tahun. Isterinya seorang doktor di sebuah hospital kerajaan. Ahmad sebelumnya sudah diberikan anak lelaki dan apabila Allah memberikan anak perempuan pertama, beliau sangat gembira. Tambahan pula anak perempuannya diberikan Allah rupa paras yang cantik. Apabila melihat anak perempuan yang dinamakan Wati ini, Ahmad sangat senang hati lalu terkeluarlah pujian khas untuk Wati. Semakin hari Wati membesar dan menyerlahkan kecantikannya dan semakin banyak pujian diberikan oleh Ahmad dan juga isterinya. Kedua-dua telinga Wati setiap hari disirami oleh pelbagai pujian oleh Ahmad dan juga isterinya.


images?q=tbn:ANd9GcRW4rGP8R2nIFTNqCiNz-6UFkq0vNwj27bcuccfjo3qqbkD11o&t=1&usg=__Pw7QrngcbxQBrbtFUgYX0GlWJYY= Muslim+doctor+in+hijab.jpg 29752_1304564056135_1291523153_30790065_1982897_n.jpg   


Dengan takdir Allah apabila Wati mencecah usia satu tahun, Allah mengurniakan satu penyakit pada kedua-dua telinga Wati sehingga menyebabkan telinganya mengeluarkan cairan seperti nanah dan berbau busuk. Ahmad dan isteri sangat sedih. Wati kerap dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan. Pelbagai diagnosis dilakukan oleh para doktor termasuklah doktor pakar. Ada doktor yang mengatakan penyakit Wati sebagai "Otitis Externa". Pelbagai rawatan dan ubat yang diberikan namun penyakit telinga Wati masih berterusan. Aduh sungguh sedih perasaan Ahmad dan isteri melihatkan anak kesayangan yang diberikan Allah kelebihan kecantikan tetapi kini menghidap penyakit telinga. Kelebihan isteri Ahmad sebagai seorang doktor tidak dapat dimanfaatkan untuk memulihkan penyakit Wati.


1family1.jpgexam-of-baby.jpg  


Wati semakin membesar, setiap hari telinga Wati terus menerima pujian dari ayah dan ibunya dan penyakit telinganya masih belum dapat dirawat. Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, bulan bertukar bulan namun penyakit telinga Wati masih belum dapat dipulihkan. Sedih Ahmad dan isteri bukan kepalang memikirkan penyakit Wati. Berbagai persoalan bermain di kepala. Adakah Wati akan membesar dan dewasa bersama dengan penyakit telinganya?


   images?q=tbn:ANd9GcSMfF0pICl7YKTqjrZbXQLc8NQ4robSrESbna4Trg36SGBExzM&t=1&usg=__Jdudf5LDNyddyClVFA_BRvMdNmM= 


Kini penyakit Wati sudah menjangkau 6 bulan. 6 bulan yang amat menyedihkan. Kegembiraan menerima Wati hanya sekadar satu tahun sahaja. Kini Ahmad dan isteri tidak sudah-sudah dirundung malang.


Picture3.png

Ahmad berdoa agar ALLAH menemukan penawar. Akhirnya, dia dipertemukan ALLAH dengan seorang tua yang menasihatinya agar mendalami ilmu agama. Seminggu sekali Ahmad datang ke rumah si tua di waktu malam. Ahmad serius dalam mempelajari ilmu agama yang diajarkan.


Dalam perjalanan ke rumah, Ahmad bertaubat dan  bertekad untu tidak lagi memuji anaknya Wati. Apabila bertemu isteri, beliau terus menasihati isterinya agar jangan lagi memuji anak perempuan kesayangan mereka iaitu Wati. Isterinya menerima nasihat tanpa bantahan.


Sebaik-baik Ahmad dan isteri tidak lagi memuji Wati, satu keajaiban telah berlaku melalui rahmat Allah iaitu telinga Wati tidak lagi mengeluarkan cairan. Telinga Wati telah pulih dengan begitu sahaja. Itulah Allah SWT Tuhan yang berkuasa, mencipta dan mentadbir sekelian alam. Dengan kuasaNya, apabila lubang telinga Wati tidak lagi menerima pujian dari ibu ayahnya, terus sahaja Allah memberikan rahmatNya lalu sembuh. Selama tujuh 7 bulan Ahmad dan isteri menanggung azab melalui penyakit telinga bernanah yang dialami Wati kini menjadi sejarah. Wati sembuh dan ubatnya ialah "jangan lagi memberikan pujian kepadanya"


images?q=tbn:ANd9GcTy-wW5z9_U6GgYgE3V0EdOP5rH7_ouFyj0lD1XhNLX4A016ds&t=1&usg=__HCc2F7ENi3YcmBwf16UNncFqtsY=.9k= images?q=tbn:ANd9GcTz-XmT-2-7KP_gvNEqqmC6EMTpW8ewyLlf9BvZT9C841OVzcU&t=1&h=167&w=223&usg=__61X3uxslpugKLCypmEGr91kQEt4=


Sesungguhnya Allah memang berkuasa, mengambil ubat yang terbaik namun kalau Allah tidak mengizinkan, pastinya penyakit tidak akan sembuh. Dalam kisah Wati, apabila telinganya menerima sesuatu yang bukan haknya iaitu pujian dari kedua ibu bapanya, Allah berikan penyakit telinga. Begitulah juga apabila kemaluan yang Allah berikan digunakan di tempat yang diharamkan, janganlah sedih apabila Allah mengurniakan pelbagai penyakit kelamin seperti AIDS, siplis dan gonorea.


Sahabat sekalian,
Elakkanlah perbuatan memuji dan suka di puji kerna sesungguhnya "segala puji hanya untuk Allah, Tuhan Pemelihara Sekalian Alam"..... Buangkan perasaan itu jauh2.....

----------------------------------------------------------------------------------
'Filter' kepada Kejahilan, 'Ubat' kepada Hati, 'Makanan' kepada Minda. Galeri Ilmu Online anda.
Mari Mengenal Keperibadian Rasul saw. dan Mengenal Hadis. Moga Menjadi Mukmin Sejati.


715774930271009033424.jpg  1989873662110510015606.jpg


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...