Friday, November 26, 2010

Hadiahkan Buku Teristimewa Buat Pengantin Baru (dan Lama)



 dot_clear.gif081101-3.jpg?et=u5y4Kavt%2B7Iwei5RDcCtNA&nmid=131821929

Assalammualaikum wbt.


Bingung nak hadiahkan apa buat teman dan keluarga yang bakal menjadi Raja Sehari? Usah fikirkan lagi... dapatkan buku-buku istimewa berikut yang disusun teristimewa sebagai panduan buat melayari bahtera perkahwinan...


Pastinya hadiah ini akan menjadi hadiah yang paling bermakna buat kedua mempelai.

 

Dan... buku-buku ini juga ideal buat para pengantin "lama" juga...

 

 

Dapatkan buku-buku istimewa di atas (dan pelbagai lagi buku-buku panduan berumahtangga dan keibubapaan) secara onlinne hanya di Stormreaders.com/galeriilmu


"Melangkah Ke Alam Perkahwinan Dengan Bijak..."

 

-------------

'Filter' kepada Kejahilan, 'Ubat' kepada Hati, 'Makanan' kepada Minda. Galeri Ilmu Online anda.


Monday, November 8, 2010

Azab Itu Kerna Dosa2ku....

Azab Itu Kerna Dosa2ku


bismillah.jpg


Assalamualaikum wbt.


Sesungguhnya, tiada satu tersembunyi dariNya, tiada satu yang terlupa olehNya. Segala apa yang terjadi Dialah saksinya. PadaMu hatiku bertaubat  kerna Kau Maha Pengasih, Kau Penyayang. Ampunkanlah segala dosa-dosaku dari kecil hingga kini, aaamin.


Sahabat,

 

Imam Ahmad meriwayatkan dari Ali berkata, "Mahukah aku beritahukan kepada kalian tentang ayat yang paling utama dalam kitabullah ta'ala, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah menceritakannya kepada kami, (iaitu ayat): "(Apa saja musibah yang menimpa kalian maka disebabkan oleh perbuatan tangan-tanganmu sendiri dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu)." (QS. Ash-Shura [42] : 30), dan saya akan menafsirkannya kepadamu wahai Ali, apa-apa yang menimpa kalian berupa sakit, siksaan atau cubaan di dunia, maka itu disebabkan oleh perbuatan tangan kalian dan Allah ta'ala Maha Pemurah dari hendak mengazab dua kali kepada mereka ketika di akhirat sedangkan apa-apa yang Allah maafkan di dunia maka Allah ta'ala Maha Lembut dari hendak kembali setelah memaafkannya."


doa-ramadhan.jpg?w=450&h=337

 

Siksa atau azab yang diberikan Allah SWT itu disebabkan dosa-dosa mereka sebagaimana firman-Nya:

Ertinya: "Lalu mereka mendustakannya dan menyembelih unta itu, Maka Tuhan mereka membinasakan mereka disebabkan dosa mereka, lalu Allah menyama-ratakan mereka (dengan tanah)." (QS. Asy-Syams : 14)

 

safe_image.php.jpg 

--------------------------------------------------------------------------
'Filter' kepada Kejahilan, 'Ubat' kepada Hati, 'Makanan' kepada Minda. Galeri Ilmu Online anda.
Langgan Majalah Solusi Sekarang Dengan Kami. Terus ke Peti Surat Rumah Anda.


2093260184280910111729.jpg 119528280280610023342.jpg 1889993051300810100951.jpg

1006936234280710051321.jpg 1245616003260410025505.jpg 5282718261010093043.jpg


Pujian Itu Hanya Untuk-Ku

Assalamualaikum wbt.

Segala puji bagi Allah yang kepunyaan-Nya apa yang di langit dan apa yang di bumi. Sesungguhnya aku hambaMu yang selalu melakukan dosa, hanya padaMu aku pohonkan keampunan. Maafkanlah aku. Ampunkanlah aku.

Moga aku mendapat iktibar dari kisah ini.....

Ahmad diberikan Allah seorang isteri serta beberapa anak dan yang kecilnya adalah seorang perempuan berusia hampir 2 tahun. Isterinya seorang doktor di sebuah hospital kerajaan. Ahmad sebelumnya sudah diberikan anak lelaki dan apabila Allah memberikan anak perempuan pertama, beliau sangat gembira. Tambahan pula anak perempuannya diberikan Allah rupa paras yang cantik. Apabila melihat anak perempuan yang dinamakan Wati ini, Ahmad sangat senang hati lalu terkeluarlah pujian khas untuk Wati. Semakin hari Wati membesar dan menyerlahkan kecantikannya dan semakin banyak pujian diberikan oleh Ahmad dan juga isterinya. Kedua-dua telinga Wati setiap hari disirami oleh pelbagai pujian oleh Ahmad dan juga isterinya.


images?q=tbn:ANd9GcRW4rGP8R2nIFTNqCiNz-6UFkq0vNwj27bcuccfjo3qqbkD11o&t=1&usg=__Pw7QrngcbxQBrbtFUgYX0GlWJYY= Muslim+doctor+in+hijab.jpg 29752_1304564056135_1291523153_30790065_1982897_n.jpg   


Dengan takdir Allah apabila Wati mencecah usia satu tahun, Allah mengurniakan satu penyakit pada kedua-dua telinga Wati sehingga menyebabkan telinganya mengeluarkan cairan seperti nanah dan berbau busuk. Ahmad dan isteri sangat sedih. Wati kerap dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan. Pelbagai diagnosis dilakukan oleh para doktor termasuklah doktor pakar. Ada doktor yang mengatakan penyakit Wati sebagai "Otitis Externa". Pelbagai rawatan dan ubat yang diberikan namun penyakit telinga Wati masih berterusan. Aduh sungguh sedih perasaan Ahmad dan isteri melihatkan anak kesayangan yang diberikan Allah kelebihan kecantikan tetapi kini menghidap penyakit telinga. Kelebihan isteri Ahmad sebagai seorang doktor tidak dapat dimanfaatkan untuk memulihkan penyakit Wati.


1family1.jpgexam-of-baby.jpg  


Wati semakin membesar, setiap hari telinga Wati terus menerima pujian dari ayah dan ibunya dan penyakit telinganya masih belum dapat dirawat. Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, bulan bertukar bulan namun penyakit telinga Wati masih belum dapat dipulihkan. Sedih Ahmad dan isteri bukan kepalang memikirkan penyakit Wati. Berbagai persoalan bermain di kepala. Adakah Wati akan membesar dan dewasa bersama dengan penyakit telinganya?


   images?q=tbn:ANd9GcSMfF0pICl7YKTqjrZbXQLc8NQ4robSrESbna4Trg36SGBExzM&t=1&usg=__Jdudf5LDNyddyClVFA_BRvMdNmM= 


Kini penyakit Wati sudah menjangkau 6 bulan. 6 bulan yang amat menyedihkan. Kegembiraan menerima Wati hanya sekadar satu tahun sahaja. Kini Ahmad dan isteri tidak sudah-sudah dirundung malang.


Picture3.png

Ahmad berdoa agar ALLAH menemukan penawar. Akhirnya, dia dipertemukan ALLAH dengan seorang tua yang menasihatinya agar mendalami ilmu agama. Seminggu sekali Ahmad datang ke rumah si tua di waktu malam. Ahmad serius dalam mempelajari ilmu agama yang diajarkan.


Dalam perjalanan ke rumah, Ahmad bertaubat dan  bertekad untu tidak lagi memuji anaknya Wati. Apabila bertemu isteri, beliau terus menasihati isterinya agar jangan lagi memuji anak perempuan kesayangan mereka iaitu Wati. Isterinya menerima nasihat tanpa bantahan.


Sebaik-baik Ahmad dan isteri tidak lagi memuji Wati, satu keajaiban telah berlaku melalui rahmat Allah iaitu telinga Wati tidak lagi mengeluarkan cairan. Telinga Wati telah pulih dengan begitu sahaja. Itulah Allah SWT Tuhan yang berkuasa, mencipta dan mentadbir sekelian alam. Dengan kuasaNya, apabila lubang telinga Wati tidak lagi menerima pujian dari ibu ayahnya, terus sahaja Allah memberikan rahmatNya lalu sembuh. Selama tujuh 7 bulan Ahmad dan isteri menanggung azab melalui penyakit telinga bernanah yang dialami Wati kini menjadi sejarah. Wati sembuh dan ubatnya ialah "jangan lagi memberikan pujian kepadanya"


images?q=tbn:ANd9GcTy-wW5z9_U6GgYgE3V0EdOP5rH7_ouFyj0lD1XhNLX4A016ds&t=1&usg=__HCc2F7ENi3YcmBwf16UNncFqtsY=.9k= images?q=tbn:ANd9GcTz-XmT-2-7KP_gvNEqqmC6EMTpW8ewyLlf9BvZT9C841OVzcU&t=1&h=167&w=223&usg=__61X3uxslpugKLCypmEGr91kQEt4=


Sesungguhnya Allah memang berkuasa, mengambil ubat yang terbaik namun kalau Allah tidak mengizinkan, pastinya penyakit tidak akan sembuh. Dalam kisah Wati, apabila telinganya menerima sesuatu yang bukan haknya iaitu pujian dari kedua ibu bapanya, Allah berikan penyakit telinga. Begitulah juga apabila kemaluan yang Allah berikan digunakan di tempat yang diharamkan, janganlah sedih apabila Allah mengurniakan pelbagai penyakit kelamin seperti AIDS, siplis dan gonorea.


Sahabat sekalian,
Elakkanlah perbuatan memuji dan suka di puji kerna sesungguhnya "segala puji hanya untuk Allah, Tuhan Pemelihara Sekalian Alam"..... Buangkan perasaan itu jauh2.....

----------------------------------------------------------------------------------
'Filter' kepada Kejahilan, 'Ubat' kepada Hati, 'Makanan' kepada Minda. Galeri Ilmu Online anda.
Mari Mengenal Keperibadian Rasul saw. dan Mengenal Hadis. Moga Menjadi Mukmin Sejati.


715774930271009033424.jpg  1989873662110510015606.jpg


Thursday, November 4, 2010

Peperiksaan PTD: 13 November 2010

Peperiksaan PTD: 13 November 2010

October 29th, 2010

Peperiksaan bertulis Pegawai Tadbir Diplomatik telah dijadualkan pada 13 November 2010 ini dan semakan online calon layak sudah pun dikeluarkan oleh pihak SPA. Anda boleh lakukan semakan anda melalui link di bawah;

SEMAK DISINI (Klik sini)

Seperti biasa, ramai yang risaukan soalan dan format. Format kali ini adalah seperti biasa cuma kali ini dimasukkan semula ujian Sahsiah dan Minat yang satu ketika dahulu dibawa ke sesi Assessment Center. Tapi kali ini dimasukkan semula ke dalam peperiksaan bertulis. Ianya kan memakan sedikit masa, tapi tips yang penting dalam seksyen ini ialah jadi diri anda sendiri dan tutup keburukan anda. Bukan menipu, tapi cuma tonjolkan yang baik dan nilai positif yang ada dalam diri anda.

Untuk seksyen yang lain, seperti biasa, persediaannya amat menyeluruh. Anda perlu mula dari sekarang. Umpamanya seksyen A mengenai pengetahuan Am, sangat luas skopnya. Bagi yang selalu peka dengan perkembangan dalam negeri mahupun luar negeri, ini adalah satu bonus buat anda. Pernah ditanya pada soalan dalam seksyen ini sesi lepas mengenai 'pengasas Google'. Mungkin akan datang akan ditanya pula siapakah pengasas 'Twitter' atau 'Facebook'..siapa tahu kan? Dalam seksyen ini kepekaan anda diambil kira

pegawaitadbirdiplomatik-300x70.jpg

Untuk seksyen B, daya menyelesaikan masalah adalah satu seksyen yang menyeronokkan. ianya mencabar kebolehan berfikir anda. Tips yang penting ialah, tulis dahulu poin semasa bacaan anda. Kadang ianya mengelirukan. Sebagai contohnya soalan yang menguji kemahiran logik anda, tulis poin-poin penting kerana soalannya memang dirangka untuk mengelirukan anda!

Salam sukses anda! Apakah agaknya yang menghalang anda untuk berjaya? Soalan matematik? Soalan logik? Soalan sejarah? Kongsikan melalui ruangan komen di bawah atau Team Tips PTD!

41778_150137368345565_5042_n.jpg

----------------------------------------------------------
'Filter' kepada Kejahilan, 'Ubat' kepada Hati, 'Makanan' kepada Minda. Galeri Ilmu Online anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...