Thursday, August 13, 2009

Waiting for Ramadhan


Bismillahiwalhamdulillah



Untuk 2 minggu ni, Besi akan mengadakan "KEMPEN SELAMAT DATANG RAMADHAN". Semoga kita sama-sama rasai kemanisan beribadah dibulan yang dikhaskan untuk kita. Kalau sebelum ini kita ghairah menyambut raya, tapi biarlah buat julung-julung kalinya dalam hidup kita mungkin kita raikan secara besar-besaran di dalam jiwa kita kehadiran Ramadhan kali ini.

Semoga dengan kempen ini, kita dapat penuhi diri kita dengan pelbagai persiapan untuk menempuh madrasah Ramadhan. Kepada blogger-blogger lain, ayuh sama-sama berganding bahu menjalankan kempen ini.

Bagaimanakah persiapan kita menghadapi Ramadhan?

Pada kebiasaannya manusia begitu bersedia dan waspada dalam menghadapi sesuatu peristiwa atau tugas penting. Segala-galanya dipastikan tersedia dan siap siaga lebih awal. Sekaligus ia melambangkan sikap peribadi kita terhadap sesuatu yang besar dan penting itu.

Sebelum menghadapi peperiksaan kita bertungkus lumus mengulangkaji pelajaran. Sebelum mendirikan rumahtangga kita lemas dalam menyediakan keperluan hidup. Sebelum sesuatu pertandingan sukan setengah orang bersungguh-sungguh membina kekuatan dan kemahiran fizikal.

Kini telah separuh bulan Syaaban kita lalui. Tidak lama lagi Ramadhan akan menjelang tiba. Bagaimana persediaan kita menghadapi bulan yang barakah itu? Persediaan yang rapi dan terancang penting untuk menghadapi bulan yang mulia ini.


Persediaan Iman

1. Taubat yang benar (Istighfar, meninggalkan maksiat).

2. Sentiasa berdoa Allahumma Ballighna Ramadhan.

3. Perbanyakkan puasa di bulan Sya’ban (Isnin-Khamis, 15-16-17).

4. Membaca Al-Quran (meletakkan matlamat satu juz sehari misalnya).

5. Mujahadah untuk bangun malam (beberapa kali seminggu).

6. Berzikir setiap masa, Al-Mathurat pagi dan petang (penggunaan tasbih sangat membantu).


Persediaan Ilmu

1. Membaca/belajar buku Feqah Puasa dengan lengkap beserta kelebihan, rahsia, dan tafsiran ayat Al-Quran yang berkait dengan puasa.

2. Membaca buku-buku penyucian jiwa.

3. Mendengar ceramah-ceramah tentang Ramadhan.

4. Mengulangkaji surah-surah yang telah dihafal, sebagai persediaan solat samada sebagai imam atau makmun di bulan Ramadhan.

Persediaan Dakwah

1. Bersedia untuk memberi tazkirah/ceramah tentang kelebihan dakwah di bulan Ramadhan.

2. Menghadiri majlis ilmu di masjid-masjid samada sebagai penceramah atau pendengar.

3. Mengingatkan orang lain tentang kepentingan membuat persediaan untuk Ramadhan.

4. Memberi hadiah Ramadhan kepada rakan-rakan dengan tujuan mendekatkan diri dan mereka kepada Allah.

5. Menyediakan risalah/majalah kecil untuk jiran-jiran tentang persediaan menyambut Ramadhan.

Persediaan Keluarga

1. Membuat persediaan bersama seluruh ahli keluarga untuk menyambut Ramadhan terutama dari aspek iman dan ilmu.

2. Membaca buku berkaitan Ramadhan bersama-sama.

Keazaman

1. Membuka lembaran amalan baru yang jauh lebih baik.

2. Menjadikan hari-hari dalam bulan ini, lebih baik dari hari-hari biasa.

3. Sentiasa memakmurkan rumah Allah, pada setiap solat fardhu dan iktikaf.

4. Membersihkan puasa dari perkara yang merosakkannya seperti mengumpat.

5. Sentiasa berlapang dada.

6. Menghadirkan niat untuk amal soleh di bulan puasa.

Jihad

1. Merealisasikan matlamat ‘Bersungguh-sungguh melawan nafsu’.

2. Menahan diri dari berlebihan dalam perkara harus (makan, pakaian, tidur).

3. Menjaga lidah dari berkata keji, mengumpat, dan mencaci.

4. Menahan syahwat dari perkara yang haram.

5. Membuat semakan amalan di bulan Ramadhan tentang segala yang dibincangkan di atas.


Mari kita hayati lirik lagu Ramadhan dendangan Brother. Semoga dapat menaikkan semangat untuk menambahkan amal di bulan yang mulia ini



Ramadhan
Munsyid : Brothers



Bertemu kembali dengan ramadhan
Kurasakan bahagia menyelubungi
Ya Alloh daku bersyukur
Kau pertemukan aku semula

Ramadhan yang mulia
Di Ramadhan Ya Alloh
Rahmatnya ku rasa
Banyakkan beribadah
Ku tahu pengampunan-Mu
Melangit tinggi

Ramadhan rahmat dari Illahi
Banyakkan beribadah dan berdoa

Hapuskan dosa tingkatkan pahala
Semoga beroleh nadirah
Semoga kita menjadi hamba yang setia
Ramadhan menyedarkan aku

Kesusahan yang dialami insan lain
Ramadhan ujian Illahi
Mengajar erti kesabaran dan kesetiaan
Andainya ini Ramadhan terakhir bagiku
Kuharap ianya kan membela ku di akhir nanti

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...