Monday, August 31, 2009

Aura Besi with Sword

Bismillahiwalhamdulillahi

Post kali ini adalah aksi-aksi aura besi dan pedangnya.. Mesti ramai yang menyangka bahawa saya mesti banyak masa melukis aura besi kan??[huhu..mana ada tau..] Artwork ni dah lama di lukis, tapi hari ni baru pos je..huhu... [sengaja] hehe..tu sebab banyak je lukisan sekarang..masing-masing ada cara untuk lepaskan tekanan, ini cara saya luahkannya..saya nak bertukar menjadi superhero!!! yay!! xD





aura besi n pedangnya



aura besi dan pedangnya 1



aura besi dan pedangnya 2



aura besi dan pedangnya 3


aura besi dan pedangnya 4



aura besi dan pedangnya 5


p/s: sebarang cadangan, komen dan idea tentang artwork aura besi, sangat dialu-alukan =)

by: Aura Besi

Ramdhan wishes:Special Dedication




Bismillahiwalhamdulillahi..

Dear you: My beloved Shaf, Sue Dabong, Faezah, Shah Aznie, Khadijah, Ude, Shuhada, Openg,Along, Nani, Atiqah, Izzati, Ruqayyah, Pae, Rin, Nolah, Tijah,Nawwar and anyone that colour my friendship's world with your magic...




"Any days is sunny that's brightened by a smile, any friendship blossom if it's tended to with style..."


by: Aura Besi

Ramadhan Wishes:Halawatul ukhuwah

Bismillahiwalhandulillah...


Dedicate to my dearest sisters around the world.. Uhibbukifillah abadan abadan.. May our bond last forever. Ameen



by:Aura_Besi

Saturday, August 29, 2009

Thursday, August 27, 2009

Artwork 2 (awek-awek ini..huhu)



awek 1: sebenarnye tudung dia kaler pink..bila scan jadi putih lak..sedey..huhu



awek 2: yang ni paling saya suke..lembut dan comel



awek 3: yang ni cam gaya ayu-ayu lak..haha



awek 4: saya suka gaya ni..sweet

p/s: untuk akan datang saya akan upload lagi banyak artwork.. baru beli buncho(water colour n pastel), how to draw manga book, a set o water colour brush semalam..haha..i'm happy doing all of this..


Artwork 1 (the 3 of us)



here we go: Dija chan, Ude chan , n Era chan

Just wanna to appreciate both of you as a part of myself

~Dear you..

Kau bagaikan tebing
Seringkali dipukul badai
Kurela menjadi aur
Kita saling memerlukan

Susah senang kita hadapi
Demi cita dan perjuangan
Rintangan yang menghalang kita
Tempuh dengan kesabaran

Mari kita bersatu
Kukuhkan persahabatan
Untuk masa hadapan
Yang lebih bercahaya

Kita insan biasa
Penuh dengan kekurangan
Teguran dan peringatan
Mengukuhkan persahabatan

Rahmat dan kasih sayang Allah
Yang Maha Esa
Itulah yang diharapkan
Meredhai kejayaan


p/s: Sahabat kamu adalah cerminan diri kamu, oleh itu carilah sahabat yang soleh..mudah-mudahan kamu terselamat dari azab api neraka.

by:Aura_Besi

Monday, August 24, 2009

Hard Feeling, Hurt Feeling, Heart Feeling

Bismillahi walhamdulillah

I don't know how to say it and how to express it..Just taken from zikrasrar.blogspot.com. This is what I feel rite now..

"Ya Allah, plz forgive me for the wrong I've done.. Plz show me to the straight path.."


jalan dakwah ini...
penuh sukar dan berduri..
tika ini..

aku seperti berada di dua persimpangan,
kiri dan kananku...
tak tahu mana arah yang perlu dituju..
keliru mana satu harus ku teruskan ..
yang mana harus ku hulurkan..
yang mana harus aku perjuangkan..
kerana bagiku kedua nya memberi kesan dan pengertian..

aku mohon sejuta kekuatan...
aku merayu dengan sejuta pengharapan...
aku minta KAU tunjukkan jalan..
aku tidak mahu berundur di tengah jalan..
meninggalkan semua yang aku perjuangkan..

aku mohon kau tunjukkan yang HAk itu HAk..
agar aku bisa mengikutinya ..
aku mohon jua kau tunjukkan yang BATIL itu BATIL...
agar aku mampu menjauhinya..
aku juga mohon kau tunjukkan di mana aku diperlukan...
agar aku dapat meneruskan ..
sebuah kehidupan dan perjuangan..

................mencari sebuah jawapan..................

YA Allah beri aku ketabahan...
ya Allah ..aku sanggup bekorban..
demi rahmatmu YA ALLAH...
YA Allah redhai ketulusan hati..
..ampunkan aku YA RAHMAN.........

Thursday, August 20, 2009

Jalan Da'wah

Jalan Dakwah
Album :
Munsyid : AlarmMe
http://liriknasyid.com


Jalan Dakwah - Alarm Me

Dari barisan usrah
Dan dari umbi tarbiah
Muncullah sinaran fikrah
Islah terus meniti masa

Dari dewan selesa ke jalanan yg berhaba
Pejuang keadilan dan penjulang kebenaran
Bersama islam membina ummah
Usaha daulatkan syariah
Agar hidup penuh barakah

Di dalam sedih dan ketawa
Di dalam susah dan mewah
Tetap teguh iman dan takwa

Sehati sejiwa
Dulu kini selamanya
Walau apa yg melanda hadapi bersama

Ya Allah ya rabbi
Teguhkan iman kami
Moga tabah hati tak berbelah bagi

Berbekalkan islam membina masyarakat
Mengukuh umat insan sejagat
Setiap mehnah pastinya ada hikmah
Berbaik sangka pada yg Esa.

Rasulullah contoh ikutan
Prinsip syura jadikan amalan
Korban masa tenaga kita
Dan fikiran perkasakan maruah kita

Saturday, August 15, 2009

When My Heart Talk



I LOST MY HEART









WHEN i know that THERE STILL PART FOR OTHERS IN MY HEART THAN ALLAH





MY HEART IS SICK






WHEN realize that I STILL LOVE OTHERS THAN ALLAH







HOW CAN I ELIMINATE ALL OTHERS THINGS AND 100% REMAIN ALLAH IN MY HEART?


BECAUSE I REALLY SICK and i'm afraid that i cannot bear it.


p/s:aduh..sakitnye..

Nak jadi solehah!!!



p/s: Ya Allah semoga Ramadhan kali ini menjadikan aku insan yang terbaik untuk capai redha-Mu. Amin

Thursday, August 13, 2009

Waiting for Ramadhan


Bismillahiwalhamdulillah



Untuk 2 minggu ni, Besi akan mengadakan "KEMPEN SELAMAT DATANG RAMADHAN". Semoga kita sama-sama rasai kemanisan beribadah dibulan yang dikhaskan untuk kita. Kalau sebelum ini kita ghairah menyambut raya, tapi biarlah buat julung-julung kalinya dalam hidup kita mungkin kita raikan secara besar-besaran di dalam jiwa kita kehadiran Ramadhan kali ini.

Semoga dengan kempen ini, kita dapat penuhi diri kita dengan pelbagai persiapan untuk menempuh madrasah Ramadhan. Kepada blogger-blogger lain, ayuh sama-sama berganding bahu menjalankan kempen ini.

Bagaimanakah persiapan kita menghadapi Ramadhan?

Pada kebiasaannya manusia begitu bersedia dan waspada dalam menghadapi sesuatu peristiwa atau tugas penting. Segala-galanya dipastikan tersedia dan siap siaga lebih awal. Sekaligus ia melambangkan sikap peribadi kita terhadap sesuatu yang besar dan penting itu.

Sebelum menghadapi peperiksaan kita bertungkus lumus mengulangkaji pelajaran. Sebelum mendirikan rumahtangga kita lemas dalam menyediakan keperluan hidup. Sebelum sesuatu pertandingan sukan setengah orang bersungguh-sungguh membina kekuatan dan kemahiran fizikal.

Kini telah separuh bulan Syaaban kita lalui. Tidak lama lagi Ramadhan akan menjelang tiba. Bagaimana persediaan kita menghadapi bulan yang barakah itu? Persediaan yang rapi dan terancang penting untuk menghadapi bulan yang mulia ini.


Persediaan Iman

1. Taubat yang benar (Istighfar, meninggalkan maksiat).

2. Sentiasa berdoa Allahumma Ballighna Ramadhan.

3. Perbanyakkan puasa di bulan Sya’ban (Isnin-Khamis, 15-16-17).

4. Membaca Al-Quran (meletakkan matlamat satu juz sehari misalnya).

5. Mujahadah untuk bangun malam (beberapa kali seminggu).

6. Berzikir setiap masa, Al-Mathurat pagi dan petang (penggunaan tasbih sangat membantu).


Persediaan Ilmu

1. Membaca/belajar buku Feqah Puasa dengan lengkap beserta kelebihan, rahsia, dan tafsiran ayat Al-Quran yang berkait dengan puasa.

2. Membaca buku-buku penyucian jiwa.

3. Mendengar ceramah-ceramah tentang Ramadhan.

4. Mengulangkaji surah-surah yang telah dihafal, sebagai persediaan solat samada sebagai imam atau makmun di bulan Ramadhan.

Persediaan Dakwah

1. Bersedia untuk memberi tazkirah/ceramah tentang kelebihan dakwah di bulan Ramadhan.

2. Menghadiri majlis ilmu di masjid-masjid samada sebagai penceramah atau pendengar.

3. Mengingatkan orang lain tentang kepentingan membuat persediaan untuk Ramadhan.

4. Memberi hadiah Ramadhan kepada rakan-rakan dengan tujuan mendekatkan diri dan mereka kepada Allah.

5. Menyediakan risalah/majalah kecil untuk jiran-jiran tentang persediaan menyambut Ramadhan.

Persediaan Keluarga

1. Membuat persediaan bersama seluruh ahli keluarga untuk menyambut Ramadhan terutama dari aspek iman dan ilmu.

2. Membaca buku berkaitan Ramadhan bersama-sama.

Keazaman

1. Membuka lembaran amalan baru yang jauh lebih baik.

2. Menjadikan hari-hari dalam bulan ini, lebih baik dari hari-hari biasa.

3. Sentiasa memakmurkan rumah Allah, pada setiap solat fardhu dan iktikaf.

4. Membersihkan puasa dari perkara yang merosakkannya seperti mengumpat.

5. Sentiasa berlapang dada.

6. Menghadirkan niat untuk amal soleh di bulan puasa.

Jihad

1. Merealisasikan matlamat ‘Bersungguh-sungguh melawan nafsu’.

2. Menahan diri dari berlebihan dalam perkara harus (makan, pakaian, tidur).

3. Menjaga lidah dari berkata keji, mengumpat, dan mencaci.

4. Menahan syahwat dari perkara yang haram.

5. Membuat semakan amalan di bulan Ramadhan tentang segala yang dibincangkan di atas.


Mari kita hayati lirik lagu Ramadhan dendangan Brother. Semoga dapat menaikkan semangat untuk menambahkan amal di bulan yang mulia ini



Ramadhan
Munsyid : Brothers



Bertemu kembali dengan ramadhan
Kurasakan bahagia menyelubungi
Ya Alloh daku bersyukur
Kau pertemukan aku semula

Ramadhan yang mulia
Di Ramadhan Ya Alloh
Rahmatnya ku rasa
Banyakkan beribadah
Ku tahu pengampunan-Mu
Melangit tinggi

Ramadhan rahmat dari Illahi
Banyakkan beribadah dan berdoa

Hapuskan dosa tingkatkan pahala
Semoga beroleh nadirah
Semoga kita menjadi hamba yang setia
Ramadhan menyedarkan aku

Kesusahan yang dialami insan lain
Ramadhan ujian Illahi
Mengajar erti kesabaran dan kesetiaan
Andainya ini Ramadhan terakhir bagiku
Kuharap ianya kan membela ku di akhir nanti

Ubat hati untuk 'Aku'





Benarlah,


Aku dan Dia berada di jalan yang berbeza, sangat berbeza....





"Barangsiapa yang tidak benar permulaan kehendaknya, nescaya tidak akan selamat pada kesudahan akibatnya"-ungkapan untuk orang soleh


Oleh itu,
Wahai 'Aku'..



"Peliharalah cita-citamu, kerana sesungguhnya cita-citamu itu mendahului segala sesuatu. Barangsiapa yang baik cita-citanya dan jujur padanya, nescaya pekerjaan yang dilakukannya akan melahirkan hasil yang baik pula"-Pepatah orang soleh


'Aku',
Jagalah hatimu..



"Perumpamaan hati sama dengan burung yang terbang, semakin tinggi terbang, semakin terhindar dari bencana, semakin rendah terbang, semakin terancam bencana"-Ibnul Qayyim


Teruskanlah kehidupanmu itu wahai 'Aku'



"Demi Allah, aku menyukai kehidupan di dunia ini bukan kerana usaha dan bukan pula kerana perniagaan, tetapi akan dzikir kepada Allah dan membacakan hadith kepada kalian"-Ibnu Razquwaih


Teruskan pengorbananmu


"Seorang da'ie yang bercita-cita tinggi adalah seorang yang mengorbankan harta, darah dan semua nafasnya untuk membela akidah yang diyakininya, dan ia menjalani kehidupan kerana aqidahnya itu"-Imam Hassan Al-Banna

by: Aura_Besi

p/s: Aduh...sakitnya..huhu
Rujukan: Pelembut Hati oleh Muhammad Ahmad ar-Rasyid

Tuesday, August 11, 2009

Rindu Terubat

Bismillahi walhamdulillah

Alhamdulillah.. minggu lepas saya balik kampung..lama rasanya saya tidak ke kampung. Seronok balik ke rumah kali ini kerana Ude menemai saya di kampung. Biar foto-foto dibawah yang berbicara.



Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah: Simbol kemegahan muslim di Selangor.



Ude n Besi lepas penat joging..[joging la sangat]




Depan pagar SKSS (Sek. Keb. Sg. Serdang): [terkenang zaman kegemilangan hoki]




Pintu gerbang Masjid Ar-Ridhwan: [Terkenang zaman kegemilangan bernasyid..huhu]



Pintu Gerbang Jalan Dato' Hussin: [Jalan terus, pastu ada simpang, belok kanan..pastu cari tiang elektrik no 10, kat situ la rumah saya..huhu..]




Cube teka tu ape??:[Tu la tawon ndas..]




Ni la dia Sungai Serdang nye..




Dija chan kata, kampung saya ala-ala kampung orang-orang jawa: [ek eleh ...]




huhu...[comey sey budak ni..hikhik]

p/s:Rindu sudah terubat, tanggung jawab semakin berat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...