Thursday, July 23, 2009

Lukisan itu (AURA BESI)

Bismillahiwalhamdulillah

Saya suka melukis. Sejak saya masih kanak-kanak lagi. Dulu saya tak pandai langsung melukis. Tapi disebabkan rasa cemburu saya pada kakak yang pandai melukis dan sentiasa dapat pujian mak, saya tekad untuk berusaha bersungguh-sungguh melukis. Saya masih teringat, sewaktu saya tadika, lukisan pertama yang saya lukis adalah tentang 'Keluarga Bahagia'. Pada lukisan tu ada seorang mak, seorang ayah, seorang abang, seorang kakak, dan seorang budak perrempuan kecil yang memegang belon. Itulah pertama kali saya sertai pertandingan melukis.


Ini bukan tangan saya tau!!


Sejak itu, di sekolah rendah saya sering mewakili sekolah untuk pertandingan melukis. Sayangnya, tak pernah menang pun..huhu.. tapi saya puas hati.Setiap kali waktu seni,karya saya akan terpampang pada dinding kelas setiap minggu. Tiada siapa dapat pecahkan rekod yang saya buat. Saya gembira dengan pencapaian tersebut. Sremua itu ada sejarahnya. Saya tidak akan pandai denagan tiba-tiba. Mungkin bagi sesetengah orang, bakat yang Allah beri itu adalah 'gifted'. Tapi tidak bagi saya.

Seorang guru pernah panggil saya 'bodoh' sebab saya tak pandai tentang perkara yang berkaitan seni. Waktu itu, saya berada di darjah 3. Walaupun masih kanak-kanak, tapi saya sangat malu dipanggil begitu, terutama sekali dihadapan kawan-kawan saya. Saya menangis dan mengadu pada kakak. Sejak itu, kakak saya yang mengajar saya tentang seni dan kreativiti. Apa yang saya tahu, peristiwa itu masih segar dalam memori saya. Sampai ke sekolah menengah saya masih marah pada guru tersebut, tapi akhirnya saya sedar, kalau dia tidak panggil saya 'bodoh' tentu saya tidak berusaha memperbaiki diri saya. Tentu sahaja saya tidak curahkan tenaga saya untuk berlatih melukis. Terima kasih kepada guru tersebut sebab menjadi 'driving force' pada saya untuk terus maju dalam bidang lukisan.

Saya bersekolah menengah di sebuah sekolah agama. Disitu tiada subjek pendidikan seni di tawarkan. Namun saya tidak mematikan minat saya di situ. Saya masih lagi melukis. Tetapi fokus saya kepada komik. Saya mula membaca komik sejak akhir darjah 6 hingga ke sekolah menengah. Antara komik yang saya baca adalah sailormoon(huhu..nak muntah), dragon ballz(yang paling saya suka), doraemon(pun saya suke), slam dunk(paling paling saya suka),penyiasat remaja(pening sikit baca..huhu)..Saya akui, saya takde duit untuk beli komik setiap bulan. Jadi saya pinjam komik-komik tu dari kawan(sanggup kayuh basikal jauh-jauh tu..). Saya tiru lukisan-lukisan anime pada komik tersebut. Dan akhirnya saya mahir untuk melukis. Alhamdulillah

Saya banyak luahkan perasaan saya melalui lukisan yang saya lukis. Hanya emak saya yang faham perasaan saya bila dia lihat lukisan-lukisan saya. Mak tak marah. Mak faham. Bila saya dah mula cari kertas lukisan, pensil, komik, maka bermulalah saya menjelajah ke 'dunia saya' sendirian. Saya akan berperangai begini bilamana otak saya tepu belajar dan saya letih melakukan kerja-kerja lain. Melukis berjaya melepaskan beban yang ada di kepala saya. Saya puas..Saya bukan orang senang, tapi saya suka beri hadiah kepada kawan-kawan saya. Salah satunya adalah lukisan saya dan kad-kad kreatif yang saya buat sendiri dari bahan terpakai. Saya seronok bila kawan-kawan saya tersenyum terima pemberian saya. Kadang-kadang, ada juga yang sanggup tawarkan harga untuk setiap lukisan saya. Tapi saya tolak. Bagi saya bukan apa sangat pun.huhu...(segan sey..bukan professional pun).

Namun, bila masuk alam universiti, saya kurang baca komik. Daripada baca komik, baik saya baca Quran. Daripada membazir duit beli komik, baik saya gunakan duit tersebut untuk membeli buku-buku fikrah yang membantu saya tingkatkan diri(saat hidayah menyapaku..huhu). Itu adalah mujahadah yang saya masih lakukan hingga sekarang. Alhamdulillah, saya sudah berhenti membeli komik. Alhamdulillah juga saya sudah tidak ghairah membaca komik. Sekadar baca selak-selak dan tidak terlalu serius.

Semalam, saya mula melukis semula.Itulah pertama kali saya lukis dengan serius selepas masuk universiti. Seingat saya, saya terlalu letih untuk membaca technical paper sampai kepala saya jadi blank!! Dahsyat kan??huhu... Tanpa saya sedari, saya ambil beberapa helai kertas A4, dan pensil dan akhirnya saya hanyut dalam 'dunia saya'.

Dan hasilnya..Jeng..jeng..jeng..(poyo sey..)






Saya namakan watak ini sebagai AURA BESI


AURA BESI pejuang untuk Deen Allah


perjuangan yang perlu diteruska oleh AURA BESI



jika kamu menolong agama Allah, maka Allah akan menolong kamu


Sesuailah untuk blog ini "Perjalanan Mencari Serikandi Pewaris". Saya nak mencari serikandi yang mampu berjuang untuk Deen Allah. Dan pencarian itu bermula dari diri saya sendiri..

Untuk akan datang, saya akan reveal rupa sebenar AURA BESI. Nantikan kemunculannya ya..

p/s: Leave your comment about this post. =)

by: Besi the Heartless

1 comment:

Hilal Asyraf said...

Assalamu'alaikum,


pandai anda melukis.

ni ada gaya komik alwan dan i luv islam.

bagus2,

teruskan usahanya ya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...