Thursday, December 4, 2008

Duhai Hati, Jangan Kau Terkorban dengan Dunia..


Sesekali hati mengeluh dengan kesusahan dan kepayahan hidup. Terasa pedih dan rapuh, sakitnya seperti tiada hati lain yang mampu mengerti. Namun tidak tersedarkah hati itu adalah ujian dari Tuhannya? Kepayahan itu sesungguhnya adalah bentuk tarbiyahNya kepada hati. Pernah hati bersyukur kerana mendapat perhatian yang sedemikian dari Tuhannya? Terlebih banyak mengaduh dari bertahmid rasanya.

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3 "

"...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." -Surah Yusuf ayat 12


Tak tersedarkah hati segala yang diberinya itu adalah nikmat; kebahagiaan adalah nikmat, sakit adalah nikmat, perit itu lebih nikmat, jika hati ingin menerima. Duhai hati, sedarlah, bukannya Tuhanmu tidak mendengar segala jerit perih, betapa pedih peritnya derita apa yang dialami, betapa segala yang hati ingin, tidak semua kan hati perolehi. Bukankah Dia sudah terang-terang berfirman:

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

Nah, Tuhannya sendiri telah siap mengatur segala rencana perjalanan hidupnya hati. Mengapa harus merungut lagi dengan jalan yang ditempuh. Duri-duri dan halangan itu adalah rahmat. Redha dan pasrah, wahai hati, itulah lumrah. Tidak tersedarkah hati bahawa setiap langkah, setiap kudrat, setiap butir bicara, kerlip mata dan denyut jantung selama ini semuanya nikmat yang Tuhannya beri, Tuhannya pinjamkan. Cara apa dan bagaimana hati gunakan semua pinjaman tersebut? Setiap langkah dan kudrat digunakan untuk ke jalan kebaikankah? Setiap butir bicara hanya yang baik dan berhikmah sajakah? Kerlip mata dan sisa denyut jantung yang masih ada dimanfaatkan dengan amal ibadahkah? Tuhannya berhak mutlak ke atas hati. Kenapa hati masih perlu persoalkan mengapa ujian diturunkan? Tepuk dahi, tanya minda semula. Layakkah hati-hati ini dengan Syurga milik Allah SWT???

"Hai Kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan sementara) dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal. Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu. Dan barangsiapa mengerjakan amalan yang saleh baik laki-laki maupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa dihisab." (Surah Al Mu'min ; ayat 39-40)

Duhai hati, janganlah terkorban dengan dunia...Sesungguhnya hidup hati sebenarnya untuk mencari mati yang sempurna...


www.iLuvislam.com
oleh : azniey



2 comments:

grap6seater said...

setiap manusia pasti akan melalui satu saat sukar yang mana terkadang rasa tidak mampu menghadapinya. Kasih sayang Allah pada hambaNya tidak terbatas. Setiap perbuatan pasti ada balasannya. Setiap yang bernama insan di muka bumi ini tidak terlepas dari pandanganNya.ujian akan diberi kepada insan yang terpilih. Allah tidak menguji hambaNya jika hamba itu tidak mampu menghadapinya. Kehidupan adalah satu nikmat yang dipinjamkan sementara kepada insan. Insanlah yang akan memilih cara bagaimana untuk mengisi kehidupan itu.dan dalam memilih jalan hidup pastinya terdapat pelbagai halangan dan dugaan.di dalam mengharungi dugaan ada yang akan tersungkur.barangsiapa yang tersedar pasti akan bangkit dan mengatur semula langkah.tapi pada yang tersungkur dan tidak mampu bangkit mungkin kerana ihsan Allah jauh daripadanya.sebagai insan yang pernah tersungkur aku bersyukur kerana Allah memberi peluang untuk aku bangkit membetulkan kesilapan lalu.aku bermohon agar aku tidak tersungkur lagi kerana sekali tersungkur amat payah untuk bangkit.hanya satu pintaku semoga redha Allah mengiringi perjalananku yang semakin singkat...

by:liniey
extract from ppkkmedia.ning.com

grap6seater said...

5 WASIAT DARI ALLAH S.W.T. KEPADA RASULULLAH S.A.W

Dari Nabi S.A.W. :- "Pada waktu malam saya di israkkan ke langit, Allah S.W.T. telah memberikan 5 wasiat kepadaku. Antaranya :-

1. Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau

2. Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.

3. Bersungguh2lah engkau mencari syurga

4. Putuskan harapan daripada makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikit pun tidak ada kuasa di tangan mereka.

5. Rajinlah mengerjakan solat tahajjud keran sesungguhnya pertolongan itu beserta qiamullail.

Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kpdku beberapa org tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T."

Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepadamu 7 perkara, iaitu"

1. Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangatkesedaran hatinya.

2. Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata hikmah darinya.

3. Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.

4. Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat husnul khatimahnya.

5. Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya

6. Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.

7. Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah kamu harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."

~Ain Khadijah~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...