Sunday, April 21, 2013

Secebis Kenangan

Sebab teringat pesanan Dr. Azizah yg merawatku pd 2010, gagahkan jugalah kaki keluar rumah hari ni, just usaha utk elakkan risiko2 yg ada berdasarkan sejarah kesihatanku. Dah lewat 11hari dari due yg sepatutnya.

Ini kali pertama aku ke klinik ni. Tak pergi klinik keluarga yg biasa aku pergi. Saja saja.

Dr. yg merawatku kali ni, terasa lain auranya. Perempuan. Selesa. Jauh sekali aku nk rasa bimbang & takut berdasarkan penelitiannya yg rapi terhadap background history kesihatanku. Dia kata aku seorang yg kuat semangat. Aku gembira sbb dia sgt concern.

Dr ni suka bercerita. Aku suka, x rasa kekok nk share apa yg aku rasa. Dia seperti Dr. lain yg bimbang, bila aku sebut yg aku ada history ectopic pregnancy.

1st, Dr buat UPT test. Aku x tahu apa result test tu sbb masa tu aku tgh baring utk 2nd test; ultrasound. Terkejut aku bila Dr tunjuk gambar sarung kantung yg telah berada di dalam rahim. Dr sgt gembira, "syukur" katanya.

3rd test; transvaginal scan. Katanya nk lihat lebih jelas, memandangkan aku ada history ectopic. Alat ni ada kamera dihujungnya. Cuak la juga mula2 tp rupa2nya procedure cam pap smear aje. Kali ni Dr tunjuk gambar jantung baby 5minggu yg tengah berdenyut. Lama giler Dr tunjuk kt aku. Bersungguh2 dia menunjukkan. Aku memang la sgt terkejut sbb aku x plan pun utk nk ada baby lagi. Sebb nk fokus pada biz.

Sementara abang yg duduk di kerusi, dapat tengok di skrin besar yg disediakan. Aku je yg kena kongsi skrin dgn Dr.




Dr. pesan; elakkan pegang kucing sbb ada bakteria yg dibawa olehnya yang berbahaya untuk orang mengandung. Dia beri ubat untuk kuatkan rahim & asid folic.



Next appointment dia nk buat blood test utk tengok penyakit yg ada. Semoga ALLAH pelihara segala2nya dalam kebaikan, aamin.
 

Sunday, January 13, 2013

Copas

How to Create a Drop Down Menu in Blogger

Here are the steps to create a drop down menu in Blogger:

  1.  In the Blogger dashboard, go to Layout


  2.  Click on Add a Gadget



  3.  Select HTML/JavaScript



  4.  Under Content, paste the following code
➜ Copas kat sini

 5. Replace MenuItem with the appropriate menu label

  6.  Replace SubMenuItem with the appropriate sub menu label
  7.  Replace # with the appropriate URL
  8.  Click Save
  9.  Move the HTML/Javascript object to where you want the menu to appear
  10.  Click Save arrangement


  11.  Click on Template


  12.  Click Edit HTML


  13.  Click Proceed


  14.  Search for the following line:
          ]]>

  15.  Paste the following code directly above that line




/*-------- Begin Drop Down Menu -------*/

#menubar {
    background: #8E8E8E;
    width: 840px;
    color: #FFF;
        margin: 0px;
        padding: 0;
        position: relative;
        border-top:1px solid #B2FFFF;
        height:35px;
}

#menus {
    margin: 0;
    padding: 0;
}

#menus ul {
    float: left;
    list-style: none;
    margin: 0;
    padding: 0;
}

#menus li {
    list-style: none;
    margin: 0;
    padding: 0;
        border-left:1px solid #1A6680;
        border-right:1px solid #1A6680;
        height:35px;
}
#menus li a, #menus li a:link, #menus li a:visited {
    color: #FFF;
    display: block;
   font:normal 12px Arial, Tahoma, Helvetica, FreeSans, sans-serif;    margin: 0;
    padding: 9px 12px 10px 12px;
        text-decoration: none;
}

#menus li a:hover, #menus li a:active {
    background: #130000; /* Menu hover */
    color: #FFF;
    display: block;
    text-decoration: none;
        margin: 0;
    padding: 9px 12px 10px 12px;      
}

#menus li {
    float: left;
    padding: 0;
}

#menus li ul {
    z-index: 9999;
    position: absolute;
    left: -999em;
    height: auto;
    width: 160px;
    margin: 0;
    padding: 0;
}

#menus li ul a {
    width: 140px;
}

#menus li ul ul {
    margin: -25px 0 0 160px;
}

#menus li:hover ul ul, #menus li:hover ul ul ul, #menus li.sfhover ul ul, #menus li.sfhover ul ul ul {
    left: -999em;
}

#menus li:hover ul, #menus li li:hover ul, #menus li li li:hover ul, #menus li.sfhover ul, #menus li li.sfhover ul, #menus li li li.sfhover ul {
    left: auto;
}

#menus li:hover, #menus li.sfhover {
    position: static;
}

#menus li li a, #menus li li a:link, #menus li li a:visited {
    background: #B3B3B3; /* drop down background color */
    width: 120px;
    color: #FFF;
    display: block;
    font:normal 12px Arial, Tahoma, Helvetica, FreeSans, sans-serif;
    margin: 0;
    padding: 9px 12px 10px 12px;
        text-decoration: none;
z-index:9999;
border-bottom:1px solid #1A6680;
}

#menus li li a:hover, #menusli li a:active {
    background: #130000; /* Drop down hover */
    color: #FFF;
    display: block;     margin: 0;
    padding: 9px 12px 10px 12px;
        text-decoration: none;
}

/*-------- End Drop Down Menu -------*/


  16.  Click Save Template, then Close


➜ Copas dari sini

Tuesday, January 1, 2013

Geran RM1000 untuk usahawan online

Alhamdulillah... syukur sangat sebab dah dapat geran GMBO sebnanyak RM1,000. Jiran yang yang bagitahu tentang duit dah masuk. Kalau tak, memang x perasan duit dah masuk, hehhe, sebab tak rajin godek a/c bank. 

Jom ramai-ramai kita mohon, senang je, asalkan ikut prosedur pasti berjaya!! ^_~

Perjuangan harus diteruskan walaupun pahit... Perniagaan adalah Jihad!!

GET MALAYSIAN BUSINESS ONLINE
1.S:Apakah itu Get Malaysian Business Online?
J:Get Malaysian Business Online ialah inisiatif yang diumumkan dalam Bajet 2013 oleh Perdana Menteri bagi membantu 50,000 usahawan mikro terutamanya wanita untuk melonjakkan perniagaan atas talian. Geran RM1,000 akan diberikan kepada pemohon yang layak.
2.S:Apakah syarat untuk mendapatkan geran Get Malaysian Business Online?
J:Syarat-syarat permohonan:
  1. Warganegara Malaysia berumur 18-65 tahun dengan keutamaan kepada usahawan wanita;
  2. Pendaftaran/Lesen Perniagaan/Syarikat;
  3. Pendaftaran nama domain (.com.my/.my/.net.my/.edu.my/.org.my) dan laman sesawang yang aktif;
  4. Mempunyai langganan perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar atau menjadi ahli berdaftar di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M);
  5. Akaun bank tempatan atas nama usahawan/perniagaan/syarikat yang digunakan untuk perniagaan; dan
  6. Keutamaan kepada usahawan mikro - jumlah pekerja (sepenuh masa) tidak melebihi 5 orang atau pendapatan tidak melebihi RM 200,000 setahun.
3.S:Bilakah saya boleh mula memohon?
J:Permohonan dibuka bermula dari 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013 atau sehingga peruntukan RM50 juta telah dipenuhi.
4.S:Bagaimana cara untuk saya memohon?
J:Permohonan boleh dibuat melalui laman sesawang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di www.skmm.gov.my atau di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) yang berdekatan.
5.S:Bagaimanakah geran diagihkan?
J:Geran RM1,000 akan dimasukkan ke dalam akaun bank yang didaftarkan atas nama usahawan/syarikat/perniagaan.
6.S:Berapa lamakah masa yang diambil untuk permohonan diproses?
J:Permohonan yang diterima akan diproses dalam tempoh 30 hari bekerja.
7.S:Apakah sebab permohonan ditolak?
J:Permohonan ditolak disebabkan beberapa faktor:
  • Permohonan yang tidak lengkap dan tidak tepat;
  • Syarat-syarat tidak dipenuhi;
  • Permohonan telah dibuat oleh ahli kongsi usahawan/syarikat/perniagaan.
8.S:Berapa kali permohonan boleh dibuat?
J:Setiap usahawan/syarikat/perniagaan hanya boleh memohon sekali sahaja.
9.S:Bagaimanakah pemohon mengetahui bahawa permohonan telah diterima?
J:Akuan penerimaan dan nombor rujukan akan diberikan oleh SKMM setelah borang permohonan telah diisi sepenuhnya dan dihantar.
10.S:Bagaimanakah untuk mengetahui status permohonan?
J:Pemohon boleh menyemak status permohonan melalui laman sesawang SKMM melalui nombor kad pengenalan pemohon.
11.S:Adakah terdapat sebarang perjanjian antara usahawan dengan pihak SKMM setelah mendapat dana tersebut?
J:Tiada.
12.S:Adakah terdapat sebarang caj perkhidmatan bagi memohon geran tersebut?
J:Tidak
13.S:Adakah penerima geran perlu melaporkan penggunaan wang RM 1,000 yang diterima kepada SKMM ?
J:Penerima geran tidak perlu menghantar laporan. Pihak SKMM akan membuat pemantauan dan tinjauan berterusan mengenai keberkesanan program.
14.S:Adakah terdapat sebarang bantuan/geran susulan bagi membantu usahawan meneruskan perniagaan?
J:Tiada
15.S:Adakah terdapat sebarang bantuan atau syarat minima bagi membantu usahawan membuka akaun bank?
J:Tiada.
16.S:Adakah geran RM 1,000 ini hanya boleh digunakan untuk pembangunan laman sesawang atau kegunaan lain syarikat?
J:Geran yang diberikan adalah untuk melonjakkan perniagaan atas talian dan tidak terhad kepada pembangunan laman sesawang tetapi boleh digunakan untuk kegunaan lain seperti latihan/kursus, langganan perkhidmatan jalur lebar atau telefon pintar, komputer, langganan perkhidmatan aplikasi perniagaan awan (cloud based business applications) dan sebagainya.
17.S:Adakah usahawan lelaki dibenarkan untuk memohon geran tersebut?
J:Ya.
18.S:aya adalah usahawan yang memasarkan perkhidmatan dalam talian. Adakah saya layak memohon?
J:Anda layak memohon sekiranya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
19.S:Adakah saya layak memohon sekiranya saya hanya memasarkan produk melalui laman blog dan facebook?
J:Anda perlu mempunyai lawan sesawang (.com.my) atau (.my) bagi memasarkan perniagaan anda selain dari laman sosial yang digunakan. Anda juga boleh menggunakan domain lain seperti .net.my/.org.my/.edu.my.
20.S:Adakah geran RM 1,000 tersebut akan dibayar terus kepada saya atau disalurkan kepada pembangun laman sesawang tersebut?
J:Geran akan disalurkan terus kepada usahawan/syarikat/perniagaan yang memohon melalui akaun bank yang didaftarkan.
21.S:Saya mempunyai perniagaan tetapi masih belum berada dalam talian. Bagaimanakah saya hendak mendaftar dan membangunkan laman sesawang perniagaan saya?
J:Pendaftaran laman sesawang boleh dilakukan dengan myDomain Registry manakala pembangunan laman sesawang boleh dilakukan dengan mana-mana agensi atau syarikat yang menawarkan perkhidmatan pembangunan laman sesawang. Anda juga boleh menggunakan kemudahan yang terdapat di www.getmybusinessonline.com.my untuk membina laman sesawang dan pengehosan percuma.
22.S:Perniagaan saya adalah perniagaan pemilikan tunggal. Adakah saya boleh menggunakan akaun bank peribadi bagi memohon geran tersebut?
J:Ya.
23.S:Saya mempunyai syarikat perniagaan tetapi tidak mempunyai akaun bank syarikat. Adakah saya layak mendapatkan geran ini?
J:Ya. Akaun atas nama usahawan boleh digunakan.
24.S:Saya mempunyai 3 buah syarikat. Adakah saya boleh memohon untuk ketiga-tiga syarikat tersebut?
J:
Tidak. Setiap individu/syarikat hanya boleh memohon sekali sahaja.
25.S:Sekiranya saya ada pertanyaan, kepada siapakah patut saya ajukan?
J:Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui email iaitu gmbo@cmc.gov.my atau telefon 1-800-88-4040 (Isnin sehingga Jumaat kecuali cuti umum dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang) mulai 1 Januari 2013.
26.S:Adakah pendaftaran secara talian ini akan beroperasi 24 jam?
J:Sistem talian ini akan diberhentikan seketika pada pukul 11 malam sehingga 7 pagi setiap hari. Ini bertujuan agar penyelenggaraan sistem dan mengemaskinikan data dapat dilakukan.

Friday, April 6, 2012

Aku Perlu Tahu...


AKU PERLU TAHU
>> Perkara yang aku tak perasan atau saja tak terperasaan.......

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi aku dan sanggup mati kerana aku.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi aku dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci aku adalah kerana dia ingin menjadi seperti aku.

4. Senyuman daripada aku boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai aku.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati aku sebelum dia tidur.

6. Aku amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana aku, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Aku seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang aku tidak ketahui menyayangi aku.

10. Apabila aku membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.

11. Sekiranya aku merasakan aku dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin aku yang meminggirkan mereka.

12. Apabila aku terfikir aku tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang aku ingini, mungkin aku tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya aku percaya pada diri sendiri lambat-laun aku akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang aku terima. Lupakan segala maki hamun, caci & cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan aku; aku akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya aku mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya.

Sunday, March 18, 2012

The Life of this world....


Kita dilahirkan dengan 2 mata di depan,
Kerana seharusnya kita melihat yang ada di depan dan bukan yang sudah berlalu.

Kita lahir dengan 2 telinga,
Satu kiri dan satu di kanan sehingga kita dapat mendengar dari 2 sisi dan 2 arah. Menangkap pujian mahupun kritikan, dan mendengar mana yang salah dan mana yang benar.

Kita dilahirkan dengan otak tersembunyi di kepala,
Sehingga bagaimanapun miskinnya kita, kita tetap kaya. Kerana tidak seorang pun dapat mencuri isi otak kita. Yang lebih berharga dari segala permata yang ada.

Kita dilahirkan dengan 2 mata, 2 telinga,
Namun cukup dengan satu mulut. Kerana mulut tadi adalah senjata yang tajam, yang dapat melukai, menfitnah, bahkan membunuh. Lebih baik sedikit bicara, tapi banyak mendengar dan melihat.

Kita dilahirkan dengan satu hati,
Yang mengingatkan kita. Untuk menghargai dan memberikan cinta kasih dari dalam lubuk hati. Belajar untuk mencintai dan menikmati untuk dicintai, tetapi jangan pernah mengharapkan orang lain mencintai kamu dengan cara dan sebanyak yang sudah kamu berikan.

Berikanlah CINTA tanpa mengharapkan balasan, maka kamu akan menemukan bahwa hidup ini terasa menjadi lebih indah.

Saturday, November 12, 2011

JADUAL KANDUNGAN KALORI DALAM MAKANAN MALAYSIA

JADUAL KANDUNGAN KALORI DALAM MAKANAN MALAYSIA

KUIH MUIH
BIL JENIS KALORI
1. Kasui berkelapa parut (sekeping) 160
2. Kuih lapis (sekeping) 130
3. Bingka ubi (sekeping) 220
4. Cekodok pisang (sebiji bersaiz sederhana) 180
5. Popiah goreng (satu) 130
6. Popiah basah (satu) 95
7. Pisang goreng (satu) 170
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) 87
9. Karipap (sebiji) 130
10. Sandwich sardin (sekeping) 70
11. Bubur kacang (semangkuk) 100

LAUK PAUK
BIL JENIS KALORI
1. Ikan kembung kari berkuah (seekor) 85
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) 142
3. Ikan kembong goreng (seekor) 140
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) 210
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) 130
6. Ayam kari berkuah (sepotong) 250
7. Ayam goreng (sepotong) 255
8. Ayam tandoori (sepotong) 220
9. Sambal udang (setengah cawan) 70
10. Sambal sotong (setengah cawan) 55
11. Telor goreng (sebiji) 110
12. Tauhua goreng (sekeping) 110
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) 40

MAKANAN SEGERA
BIL JENIS KALORI
1. Peha ayam goreng (satu) 130
2. Nugget ayam (satu) 60
3. Kentang lecek (satu tiub kecil) 90
4. Sayur kobis hancur / Coleslaw (satu tiub) 75
5. Burger keju (satu) 425
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) 405
7. Sate ayam (secucuk) 35
8. Pizza berkeju (sepotong) 240

 MAKANAN RUTIN
BIL JENIS KALORI
1. Nasi putih (satu setengah cawan) 260
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) 400
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) 635
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) 880
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) 445
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) 300
7. Mee goreng kosong (sepinggan) 660
8. Mee sup (semangkuk) 380
9. Meehun goreng (semangkuk) 550
10. Roti putih (2 keping) 156
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) 200
12. Capati tanpa kuah (sekeping) 180
13. Pau ayam (sebiji) 203
14. Emping jagung kosong (secawan) 160

BUAH-BUAHAN
BIL JENIS KALORI
1. Tembikai (sepotong) 20
2. Betik (sepotong) 45
3. Pisang emas (2 biji) 76
4. Durian (5 ulas) 64
5. Limau (sebiji) 42
6. Jambu batu (sebiji) 110
7. Nenas (sepotong) 59
8. Epal (sebiji) 63
9. Ciku (sebiji) 44
10. Mangga (sebiji) 103

MINUMAN
BIL JENIS KALORI
1. Minuman berkarbonat (1 tin-285g) 120
2. Minuman kotak (250g) 105
3. Susu tepung penuh krim (1 sudu makan) 33
4. Susu tepung tanpa lemak (1 sudu makan) 25
5. Aiskrim (2 skop) 390
6. Susu pekat manis (1 sudu makan) 71
7. Yogurt rendah lemak (1 cawan) 90
8. Mentega (2 sudu teh) 75

  
JADUAL PEMAKANAN HARIAN DAN KANDUNGAN KALORI
MAKAN JENIS KALORI
Sarapan Nasi lemak + Telur Mata Kerbau + Teh tarik 541
Minum Pagi Jam 10 Kuih karipap (3 biji) + Teh O 410
Makan Tengahari Nasi (3 cawan) + Ayam kari + Dalca sayur + Air Tembikai   900
Minum Petang Kopi susu + Popiah goreng (3 biji) 510
Makan Malam Nasi (3 cawan) + Ikan tenggiri masak merah + Kangkung goreng belacan + Air Masak  
682
JUMLAH 3043

KALORI YANG DIPERLUKAN DALAM SEHARI
BIL JANTINA KALORI
1. Lelaki 2000 – 2500
2. Perempuan 1600 – 2000

JADUAL AKTIVITI MEMBAKAR KALORI
Kalori dibakar bergantung kepada berat badan dan ketumpatan tubuh seseorang. Berikut adalah kiraan kalori yang dibakar seorang yang seberat 68kg beraktiviti selama sejam.
BIL AKTIVITI KALORI DIBAKAR
1. Menonton TV 40
2. Berjalan pantas 300
3. Bermain bola keranjang (agresif) 450
4. Mengemas rumah 240
5. Berkebun 320
6. Bermain golf (bawa sendiri Club) 385
7. Berbasikal statik 380
8. Aerobik 405
9. Ping pong 280
10 Sex 1000

saya copas dari sini

Friday, November 11, 2011

Tawaran Kemasukan Latihan Kemahiran Pertanian 2012

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
PERHATIAN!

TAWARAN KEMASUKAN BAGI MENGIKUTI LATIHAN KEMAHIRAN PERTANIAN KEBANGSAAN, PENGAMBILAN SESI JANUARI 2012.

PERMOHONAN DIBUKA DARI 13-20 NOVEMBER 2011.

Untuk maklumat lanjut,sila klik pautan yang disediakan.

Borang permohonan online(klik dibawah)
http://202.190.123.54/NATC/online/

Iklan tawaran(klik dibawah)
http://moa.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=3f2d85be-e52c-4e9f-ab7e-7584ffce6147&groupId=10149

Monday, August 8, 2011

Kuih Raya Biskut Raya Home Made RM10 Sebalang Jer ^_~

Assalamualaikum wbt
Salam Ramadhan Al Mubarak~

Walaupun hari raya masih lebih 3 minggu lagi, namun, tempahan kuih raya dan biskut raya home made AuraniBakery sudah dimulakan.

Untuk pengetahuan anda, kami amat prihatin dgn kualiti dan kesedapan biskut kami. Terdapat 6 jenis biskut/kuih raya:
1. Choco D'crunch
2. Strawberry Crumble D'crunch
3. Rice Bubble
4. Shantong Delight
5. Almond London
6. Bahulu Ikan

Oleh itu harga kami berada dilingkungan premium. Harga kami amat berpatutan. Anda bebas memilih yang mana anda sukai. Pasti sedap dengan Aura yang tersendiri ^_^

Harga yang kami tawarkan ialah RM10 untuk SATU Balang. Harga ini untuk packaging bukan botol. Jangan takut dengan harga ini, bila anda dah rasa... anda akan katakan harga RM10 murah. Tahun lepas kami terpaksa kecewakan beberapa orang yg order/tambah order lewat. Jika perlukan maklumat selanjutnya, sila sms saya 0137027082.

Tempahan Kuih Raya Biskut Raya Home Made Cookies akan ditutup pada 15 Ogos 2011 (Isnin). Ada berbaki 7 hari lagi. Jadi, lakukan tempahan anda sekarang! Sehingga kini lebih dari 1000balang telah ditempah. Jangan ketinggalan.



224493_262496320433598_261864710496759_1169204_1129087_n.jpg

Nama biskut nie, d'crunch ^_~

Crunch tue maybe datang dari cornflakes & beras crispy yang ada didalam biskut nie. Bila digigit2, memang ranggup. Hee.

Udah ler kat luar disalut dengan kacang badam dan coklat, kat dalam pun ada rasa kacang gak.

Errr, d'crunch nie bentuknya bulat2, saiz sedang2, susah sikit la nak kunyah kalau makan sebiji masuk mulut sekaligus.
Saya makan pun sikit2. Sebab bagi mulut saya, saiz biskut nie agak besar, heee

Saya memang peminat biskut nie, hee, suka sangat ^_^

✿Satu Balang kecil RM10jer
✿Ada 20biji dalamnyer
✿Handmade Kuih Raya 2011
✿Buat tempahan anda sekarang supaya saya dapat siapkan tepat pada masa yang anda kehendaki.


281238_262495893766974_261864710496759_1169202_8188798_n.jpg

Anda peminat strawberry?
Anda suka coklat putih & coklat strawberry?
Cuba ni!
STRAWBERRY CRUMBLE D'CRUNCH

✿Satu Balang kecil RM10jer
✿Ada 25biji dalamnyer
✿Handmade Kuih Raya 2011
✿Buat tempahan anda sekarang supaya saya dapat siapkan tepat pada masa yang anda kehendaki.


198713_262495233767040_261864710496759_1169201_3301329_n.jpg

Anda suka kacang shantong?
Apa?
Tak pernah rasa kacang shantong?

Pernah makan?

Sedapkan?!

Nah! mai cuba Shantong Delight ni.
Sedap!
Anda pasti tak kan kecewa!

Hanya di Aurani Bakery sahaja ^_^
Tempah sekarang biskut raya anda

Jom buat tempahan, sebalang RM10 je.
Bahan utama biskut ni adalah kacang shantong
dan nestum ^_^

✿Satu Balang kecil RM10jer
✿Ada 20biji dalamnyer
✿Handmade Kuih Raya 2011
✿Buat tempahan anda sekarang supaya saya dapat siapkan tepat pada masa yang anda kehendaki.


283386_2094260210126_1653936578_2034596_3584534_n.jpg
Biskut warna hijau ala2 Incredible Huck
niee, diberi nama biskut Rice Bubble!

Saya suka biskut ni sebab...
Dalamnya kaya dengan rasa Conflakes

Pastu,

Kat luarnya disalut dengan Beras Crispy yg memberi
keranggupan bila mengigitnya. Heee

^_^ Nyum2

Jangan ketinggalan untuk membuat tempahan
sekarang bagi menceriakan Aidilfitri anda bersama
kami hanya di Aurani Bakery.

✿Satu Balang kecil RM10jer
✿Ada 25biji dalamnyer
✿Handmade Kuih Raya 2011
✿Buat tempahan anda sekarang supaya saya dapat siapkan tepat pada masa yang anda kehendaki.


250222_228580007183484_130461306995355_614628_2990997_n.jpg

Almond London


✿Satu Balang kecil RM10jer
✿Ada 25biji dalamnyer
✿Handmade Kuih Raya 2011
✿Buat tempahan anda sekarang supaya saya dapat siapkan tepat pada masa yang anda kehendaki.


205959_231041366937348_130461306995355_623508_7144757_n.jpg

Kuih Bahulu ini merupakan kuih tradisional orang Melayu dari zaman dahulu.
Masa dahulu untuk membuat kuih bahulu mengambil masa yang lama dari
kerja penyediaan adunan hingga proses pembakarannya.

Kuih Bahulu telah menjadi menu utama di dalam hidangan masyarakat Melayu
pada hari-hari perayaan atau pada majlis-majlis kebesaran, seperti Hari Raya dan Majlis Perkahwinan.
Kemampuan menyediakan kuih bahulu yang baik dari segi rupa dan citarasa
menjadi kebanggaan seseorang individu kerana ianya menjadi tumpuan kepada penggemar kuih bahulu.

Mari cuba Bahulu Ikan dari Aurani Bakery

✿Satu Balang kecil RM10jer
✿Ada 30biji dalamnyer
✿Handmade Kuih Raya 2011
✿Buat tempahan anda sekarang supaya saya dapat siapkan tepat pada masa yang anda kehendaki.



-------------------------------------------------------------------------------------------
'Filter' kepada Kejahilan, 'Ubat' kepada Hati, 'Makanan' kepada Minda. Galeri Ilmu Online anda.


1508390314040910094109.jpg 

 

[Download senarai buku Stormreaders]
disini: http://senaraibukustormreaders.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...