Wednesday, October 17, 2018

Hidup perlukan sabar

Adakalanya,
aku hanya mahu bersyukur.

Ya, panjatkan kesyukuranku kepadaNya.

Kerana aku sedar,
aku adalah hamba yang sedang menjalani
satu persatu takdirNya.

Tiada apa yang boleh aku lakukan.

Adakalanya,
aku hanya mahu berdoa supaya aku tenang
bila berdepan dengan takdir yang tidak disenangi
mahupun yang baik.

Kerana aku sedar,
aku hanya mampu berdoa.

Pada nikmat kesempatan yang baik,
aku gembira sekadarnya.

Pada nikmat kesempatan yang tidak disukai,
aku tenang secukupnya, bagai karang dilaut.

Hidup adalah tentang kemampuan hati merasa tenang
sehingga masa berlalu untuk setiap episod takdir
yang pastinya akan berganti.

Aku hanyalah sebatang tubuh
yang sedang menjalani satu persatu takdirNya.

Adakah yang mampu mengubah takdir?
Ya, ada... melalui doa.
Tapi akhirnya, aku tetap perlukan tenang
dan sedikit usaha yang bersungguh.

Aku adalah pejuang 
kepada takdir yang telah ditetapkanNya 
sejak azali.

Aku hanya perlu tenang dan sederhana 
setiap kali meniti episod takdir
yang sedang berjalan.

Kerana Allah sudah pun persiapkan
segalanya untuk aku.

Semoga aku dijauhkan daripada
sifat tidak sabar.





Wednesday, October 3, 2018

Allah sentiasa ada bersama...


Semoga mesej lagu ni sampai ke dalam hati.

Kalau kita tak pernah rasa buntu, putus asa, dan mengeluh ADAKAH mungkin kita belajar untuk YAKIN bahawasa ALLAH punya segala2nya?

Kalau kita tak pernah rasa nafas tersekat dek kerana lemas dengan satu persatu masalah ADAKAH mungkin kita belajar untuk YAKIN bahawasanya DUNIA ini adalah penjara?

Kalau kita tak pernah rasa TEWAS dalam mengapai impian ADAKAH kau akan belajar untuk YAKIN bahawasanya Allah ingin beri sesuatu yang lebih baik??

Kalau kita tak pernah merintih ADAKAH kau akan rasa rindu dengan nikmat yang ada di dalam Syurga??

Kalau kita tak pernah berkali-kali merasa REMUKnya hati ADAKAH kau akan lebih bijak dalam memahami erti SABAR? Melutut dan bersujud di atas sejadah...

Hati yang liar dan liat kerana jauh dari ribaan Allah dan pekat dalam dosa... Usaha untuk kembali kepada Allah sebelum Allah mengambil kembali kepunyaanNya atas dirimu...

TQ #ikim #Rabithah #JalanKeluar #TarbiahSentapRecords



... Dan kami uji mereka dengan nikmat pemberian yang baik-baik dan bala bencana yang buruk, supaya mereka kembali (bertaubat) - Surah Al-A'raf 7:168

... Dia bersama kamu - (Surah Al-Hadid 57: 4)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...