Wednesday, November 14, 2018

Ya Allah, payahnya nak tukar belt EZION Breadmaker yang dah rosak.

Buat sendiri roti, donut, pizza, jm dan sebagainya memang seronok. Tapi bial breadmaker anda tak berfungsi, ada bunyi tapi tidak berputar... itu tandanya ada kena cek belt... mungkin dah rosak...

Jom tukar tali mesin pembuat roti ini.... semoga bermanfaat.


beli kat giant je... masa tu ada promo RM99
oklah... beli sebiji....


lepas tekap, kena peram kejap, tutup dengan kain putih...
letak kat tempat yang suhu agak tinggi, cepat sikit dia kembang.





Tapi.... bila nak tukar tali breadmaker ni... masyallah.... subhanallah. Mengucap banyak kali.
Teramat amat payah.

Sangat stress nak buka breadmaker ni.

1) skru bahagian dalam kena buka (ya Allah sangat, sangat ketat)
2) skru bahagian luar pun kena buka
3) lagi satu hal yang jadi isu kenapa rasa sangat terseksa sebab nak pusingkan pemutar skru pun payah, sebab terlalu sempit, berlaga2 dengan dinding breadmaker & batang pembakar tu.
4) susah pulak si skru ni nak masuk ke soketnya, lamaaanya nak siap.

Waktu dah hampir separuh kerja men'skru' siap, tiba2 terpandang KABEL.
Ya Allah.... kabel PLUG lupa nak pasang.
 Aduhai.... buka semula. 

Huhuhu, mencabar kesabaran sungguh.

Bila dah siap pasang semua skru belah dalam, kena pasang belah luar pulak.


nak gantu benda hitam tu je... tapi
kena tanggalkan semua isi dalamnya...

renyah... renyah..


Beginilah, caranya untuk baiki Breadmaker EZION yang rosak.



Semoga bermanfaat.

Wednesday, October 17, 2018

Hidup perlukan sabar

Adakalanya,
aku hanya mahu bersyukur.

Ya, panjatkan kesyukuranku kepadaNya.

Kerana aku sedar,
aku adalah hamba yang sedang menjalani
satu persatu takdirNya.

Tiada apa yang boleh aku lakukan.

Adakalanya,
aku hanya mahu berdoa supaya aku tenang
bila berdepan dengan takdir yang tidak disenangi
mahupun yang baik.

Kerana aku sedar,
aku hanya mampu berdoa.

Pada nikmat kesempatan yang baik,
aku gembira sekadarnya.

Pada nikmat kesempatan yang tidak disukai,
aku tenang secukupnya, bagai karang dilaut.

Hidup adalah tentang kemampuan hati merasa tenang
sehingga masa berlalu untuk setiap episod takdir
yang pastinya akan berganti.

Aku hanyalah sebatang tubuh
yang sedang menjalani satu persatu takdirNya.

Adakah yang mampu mengubah takdir?
Ya, ada... melalui doa.
Tapi akhirnya, aku tetap perlukan tenang
dan sedikit usaha yang bersungguh.

Aku adalah pejuang 
kepada takdir yang telah ditetapkanNya 
sejak azali.

Aku hanya perlu tenang dan sederhana 
setiap kali meniti episod takdir
yang sedang berjalan.

Kerana Allah sudah pun persiapkan
segalanya untuk aku.

Semoga aku dijauhkan daripada
sifat tidak sabar.





Wednesday, October 3, 2018

Allah sentiasa ada bersama...


Semoga mesej lagu ni sampai ke dalam hati.

Kalau kita tak pernah rasa buntu, putus asa, dan mengeluh ADAKAH mungkin kita belajar untuk YAKIN bahawasa ALLAH punya segala2nya?

Kalau kita tak pernah rasa nafas tersekat dek kerana lemas dengan satu persatu masalah ADAKAH mungkin kita belajar untuk YAKIN bahawasanya DUNIA ini adalah penjara?

Kalau kita tak pernah rasa TEWAS dalam mengapai impian ADAKAH kau akan belajar untuk YAKIN bahawasanya Allah ingin beri sesuatu yang lebih baik??

Kalau kita tak pernah merintih ADAKAH kau akan rasa rindu dengan nikmat yang ada di dalam Syurga??

Kalau kita tak pernah berkali-kali merasa REMUKnya hati ADAKAH kau akan lebih bijak dalam memahami erti SABAR? Melutut dan bersujud di atas sejadah...

Hati yang liar dan liat kerana jauh dari ribaan Allah dan pekat dalam dosa... Usaha untuk kembali kepada Allah sebelum Allah mengambil kembali kepunyaanNya atas dirimu...

TQ #ikim #Rabithah #JalanKeluar #TarbiahSentapRecords



... Dan kami uji mereka dengan nikmat pemberian yang baik-baik dan bala bencana yang buruk, supaya mereka kembali (bertaubat) - Surah Al-A'raf 7:168

... Dia bersama kamu - (Surah Al-Hadid 57: 4)

Saturday, September 15, 2018

Doa Nabi kepada Anas

 اَللَّهُمَّ أَكْثِرْمَالِى وَوَلَدِى 
وَوَسِع لِى فِى دَارِى
وَبَارِكْ لِى فِيْمَا أَعْطَيْتَنِى
وَاحْسِنْ عَمَلِى
وَاغْفِرْلِى


Ya Allah banyakkanlah hartaku dan anak-anakku,
luaskanlah rumahku,
berkatikanlah semua yang Kau beri kepadaku,
perbaiki amalanku dan ampuniku.

Mohon print dan laminate.
Tampal, baca, hafal dan amalkan setiap hari.
Semoga bermanfaat

Sunday, July 1, 2018

Buat sendiri hadiah - DIY Gift

Assalamualaikum.
Hi.... 😉😉😉

Rasanya, semua orang suka bila dapat hadiah.
Berapa agaknya harga untuk sekuntum bunga ros?
dan kertas hadiah?

Jom try buat sendiri untuk keluarga dan kawan2



Bunga untuk hari Ibu, ke...


Bunga bila ziarah orang sakit, ke...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...