Friday, April 6, 2012

Aku Perlu Tahu...


AKU PERLU TAHU
>> Perkara yang aku tak perasan atau saja tak terperasaan.......

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi aku dan sanggup mati kerana aku.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi aku dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci aku adalah kerana dia ingin menjadi seperti aku.

4. Senyuman daripada aku boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai aku.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati aku sebelum dia tidur.

6. Aku amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana aku, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Aku seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang aku tidak ketahui menyayangi aku.

10. Apabila aku membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.

11. Sekiranya aku merasakan aku dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin aku yang meminggirkan mereka.

12. Apabila aku terfikir aku tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang aku ingini, mungkin aku tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya aku percaya pada diri sendiri lambat-laun aku akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang aku terima. Lupakan segala maki hamun, caci & cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan aku; aku akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya aku mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...