AKU PERLU TAHU
>> Perkara yang aku tak perasan atau saja tak terperasaan.......
>> Perkara yang aku tak perasan atau saja tak terperasaan.......
1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi
aku dan sanggup mati kerana aku.
2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini
menyayangi aku dalam beberapa cara.
3. Sebab utama seseorang membenci aku adalah kerana dia
ingin menjadi seperti aku.
4. Senyuman daripada aku boleh membawa kebahagiaan kepada
seseorang walaupun dia tidak menyukai aku.
5. Setiap malam ada seseorang mengingati aku sebelum dia
tidur.
6. Aku amat bermakna dalam hidup seseorang.
7. Kalau bukan kerana aku, seseorang itu tidak akan hidup
bahagia.
8. Aku seorang yang istimewa dan unik.
9. Seseorang yang aku tidak ketahui menyayangi aku.
10. Apabila aku membuat kesilapan yang sangat besar, ada
hikmah disebaliknya.
11. Sekiranya aku merasakan aku dipinggirkan, fikirlah
semula; mungkin aku yang meminggirkan mereka.
12. Apabila aku terfikir aku tidak mempunyai peluang untuk
mendapatkan sesuatu yang aku ingini, mungkin aku tidak akan memperolehinya,
tetapi sekiranya aku percaya pada diri sendiri lambat-laun aku akan
memperolehinya.
13. Kenangilah segala pujian yang aku terima. Lupakan segala
maki hamun, caci & cela.
14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan aku; aku akan
merasa senang bila seseorang mengetahuinya.
15. Sekiranya aku mempunyai sahabat baik, ambillah masa
untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.Hanya seminit diperlukan
untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk
menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya.