Friday, May 27, 2011

Raudhah Saffiyah Mendengar Bacaan Al Quran

Waktu nie, Raudhah Saffiyah sedang tunggu babah balik dari surau... Raudhah Saffiyah tak puas main dengan babah. Sambil tue, umi pasang radio IKIM.fm - dengar ustaz mengaji secara bertaranum. Kemudian, dengar siaran ulangan motivasi pagi dan tafsir al Quran Ustaz Zahazan.

Setiap kali mendengar alunan zikir atau ayat al quran, Raudhah Saffiyah pasti akan memberikan sepenuh fokusnya. Cuma, umi je yg selalu menyibok kacau Raudhah Saffiyah yg sedang khusyuk mendengar.

Selalunya, bila babah pulang dari pejabat, surau atau pasar, masuk rumah je, babah akan bagi salam dan akan cari Raudhah Saffiyah;
"Assalamualaikum... Raudhah Saffiyah ada....?"

Itu je lah kata2 yang diungkapkan oleh babah tika jejakkan kakinya didaun pintu rumah... Habit babah yg tak boleh dilupakan.

Seronoklah Raudhah Saffiyah dapat berjumpa dan bermain dengan babah... Setelah seharian tak jumpa.... Lepas puas bermain dengan babah, Raudhah Saffiyah akan meminta untuk disusukan... Sampailah tidur dalam kekenyang... Raudhah Saffiyah bijak, suka tidur mengiringkan badannya ke kanan.

Secebis Kisah 42hari bersama Raudhah Saffiyah - Puteri Umi - Penghuni Syurga ALLAH yg Kekal Abadi...

Akulah hamba...


Akulah hamba yang banyak berbuat dosa
Yang sering terhalang impianku untuk bertaubat
Akulah hamba yang berdukacita atas keterlanjuran
Hingga jadi gelisah dan bermuram durja

Akulah hamba yang tertulis dalam catatanNya
Bahawa aku amat takutkan pengawasanNya
Akulah hamba yang berbuat jahat dan derhaka dalam rahsia
Kenapalah hingga kini tidak menampakkan penyesalan

Akulah hamba yang bercampur baur
Antara kebaikan dan keburukan
Sia-sialah umurku, tak ku jaga waktu muda dan tuaku

Akulah hamba yang tenggelam di tengah lautan
Lalu menjerit tetapi tidak ada orang yang menjawabnya
Akulah hamba yang derita kerana kesilapan sendiri
Dan aku sedang berusaha mendapatkan penawarnya

Akulah hamba yang terbuang
Akulah hamba yang menzalimi diri
Dan telah ku jawab, di pintuMu aku berserah diri


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...