Tuesday, April 12, 2011

Nota Untuk Penjagaan Bayi Pramatang


Bayi yang lahir tidak cukup bulan mempunyai selera yang kecil tetapi memerlukan penyusuan yang kerap. Bayi ini cenderung untuk  tidur dengan lama dan mungkin tidak akan bangun dan meminta makanan walaupun mereka memerlukannya. Oleh itu, bangunkan bayi anda setiap 3 jam dan tawarkan satu penyusuan.

>>> Dipetik dari Buku Panduan Penjagaan Ibu dan Anak


2hari%20ke-7.jpg


Setiap hari, aku akan pastikan Raudhah Saffiyah minum susu setiap 2 atau 3 jam... Cabaran yang paling besar ialah nak kejutkan Raudhah Saffiyah supaya sedar... kalau tak, nanti, Raudhah Saffiyah tak minum susu... So, aku kena la sabar... sabar tunggu dia sedar... kadang2, baru je puting dimasukkan ke dalam mulutnya tapi dia da tidur balik... alaaa, siannya dia... lagi, kasihan bila aku tengok dia cuba nak bukak matanya tapi tak boleh... Jadi, aku pun cakap; "tak pe, umi tak kisah Raudhah Saffiyah minum sambil tutup mata.... tapi minum susu ye... umi tunggu Raudhah Saffiyah minum ye..."

Hem, kadang2 juga... baru beberapa kali dia teguk susu... dia da tdo balik.... bila aku kejutkan, dia tak sedar2 jugak.... jadi, aku bagi dia masa 5 hingga 10 minit tidur dulu, then baru aku kejutkan semula... selalunya, aku geletek tapak kaki dia.... usap2 cuping telinganya... gerak2kan bibir bawahnya... habit Raudhah Saffiyah suka mengeliat... susah sikit nak masukkan puting dalam mulut dia; "aduh, kena gigit lagi puting..."

Hari ni masuk malam ke-5  Raudhah Saffiyah berada bersama aku dirumah... setelah hampir 10hari Raudhah Saffiyah berada di wad NICU sejak pertama kali aku lihat dia keluar dari rahimku... Ini bermakna, sudah 5 malam kepala ku berdenyut2 sebab kena bangun pukul 12 tgh malam dan 3pagi untuk susukan Raudhah Saffiyah... tapi, takpelah, aku buat semua ni sebab nak tengok Raudhah Saffiyah sihat dan besar dengan baik... Kasihan dia... dia sangat lembut dan comel...

Umi selalu doakan moga Raudhah Saffiyah cepat besar dengan sihat.... Umi tak kisah pun Raudhah Saffiyah kejutkan umi mintak minum pukul 2pagi, 3pagi, 4pagi, 5 pagi, 6pagi... takpe, umi akan layan Raudhah Saffiyah sampai Raudhah Saffiyah tertidur balik... Umi tak marah... biarkan umi sakit kepala... umi da suruh abi tampalkan koyok kt dahi umi...


Ya ALLAH, kurniakanlah pada Raudhah Saffiyah rahmat dari sisiMu dan berilah kemudahan2 serta pimpinan kepadanya.... untuk keselamatan agamanya... aaamiin... aaamiin... aaamiin ya rabbal a'lamin

- al kahfi ayat 10 -

~~ Catatan buat our new best friend; Raudhah Saffiyah

Monday, April 11, 2011

Doa Buat Si Kecil...

IMG0069B.jpg
Hinnah Faquza, isteri kepada Imran sewaktu telah lanjut usianya telah melihat seekor burung memberi makan pada anaknya... Terlintas dalam fikirannya untuk mendapat anak... Dia bernazar kepada ALLAH sekiranya mendapat anak lelaki akan disuruh untuk memberi khidmat kepada Baitul Maqdis...

ALLAH telah memakbulkan doanya tetapi dikurniakan... untuknya anak perempuan........ Nama yg diilhamkan ALLAH untuk diberikan ialah Mariam yg bermakna kuat ibadah dan khidmatnya untuk ALLAH. Juga dinamakan dgn keyakinan akan menjadi wanita yg paling tinggi kedudukan disisi ALLAH SWT.

Munajatnya kpd ALLAH ialah ayat diatas.... memohon kasihNya agar dijaga Marian dan keturunanya drp syaitan yg dilaknat....

Abu Hurairah berkata; Aku dengar Nabi SAW b'sabda:

"Setiap anak yg dilahirkan akan diganggu oleh syaitan melainkan Mariam kerana doa yg dibacakan oleh ibunya itu"....

- Petikan Doa dari buku 101 Doa Para Nabi dan Rasul dalam Al Quran- Tulisan Ustaz Zahazan Mohamed-

إِنِّىٓ أُعِيذُهَا بِكَ وَذُرِّيَّتَهَا مِنَ ٱلشَّيۡطَـٰنِ ٱلرَّجِيمِ

... aku perlindungkan dia dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan) - Ali Imran: 36
catatan for our new best friend.... Raudhah Safiyyah...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...