Friday, October 29, 2010

Hai.... Apa Khabar? Hatiku...

7229_1160334620042_1578092914_395778_278928_n.jpg


Apa kabar hati?

Masihkah ia seperti bunga?

Membugar di pucuk-pucuk daun


Masihkan ia seperti air?

Tetap mengalir walau menghadapi gelombang ujian


Apa kabar iman?

Masihkah ia seperti bulan?

Terang benderang menerangi alam


Wahai teman....

dimanapun kalian berada

semoga Allah senantiasa melindungi dan menjaga kalian


salam hormat dari:
nur2dlihat
29.10.2010, Jumaat
P11, UTM, Skudai


----------------------------------------------------------------------
'Filter' kepada Kejahilan, 'Ubat' kepada Hati, 'Makanan' kepada Minda. Galeri Ilmu Online anda.

1791185573081010103107.jpg  296532479240810122521.jpg 286712879040810123849.jpg
1540090156240810123420.jpg543492888240810030026.jpg227471028081010103318.jpg



Kenapa Aku Kena Cari Tuhan??? Kenapa Aku Selalu Kecewa???


images?q=tbn:ANd9GcSQxrNmAla0ovixJTtFXlYWzJd8F-RDYvSWJygw86UTIAuZ-2o&t=1&usg=__yeUtg5cdltbmaHwruqOl6aQ8YWo=

Carilah Tuhan
Jangan cari redha manusia, kita akan kecewa!
---------------------------------------------------------------
suka kita pada manusia bukan berpanjangan
adakalanya dia suka pada kita
sukanya pura-pura
suatu hari nanti akan nyata juga
----------------------------------------------------------
adakalanya redha kita dikala kita senang
setelah kita susah
kita dibuang dan ditendang
-------------------------------------------------------------
janganlah membuat sesuatu kerana keredhaan manusia
kerana manusia ramai yang tidak mengenang jasa
--------------------------------------------------------------
buatlah sesuatu untuk keredhaan tuhan
manusia suka atau benci tak usah dipedulikan
yang penting apa yang kita buat itu Allah suka
yang penting usaha kita itu tuhan redha
---------------------------------------------------------
dengan manusia tak usah ambil kira
manusia hendak mngeji atau caci
itu soal dia
yang penting apa kata tuhan
-----------------------------------------------------------
keredhaan tuhan itu lebih penting
redhaNy adalah balasan
balasanNya adalah berkekalan
carilah redha Tuhan

kata2 ini direkodkan ketika saya sedang mendengar Radio Malaysia Johor

---------------------------------------------------------
'Filter' kepada Kejahilan, 'Ubat' kepada Hati, 'Makanan' kepada Minda. Galeri Ilmu Online anda.

377373782291009025603.jpg 1596857146291009050252.jpg 1642406262040910123844.jpg
4734645160710054711.jpg 1989060190040910123940.jpg 456757199271009040020.jpg


Thursday, October 28, 2010

Khas untuk anda, calon Peperiksaan Bertulis PTD (Pegawai Tadbir Diplomatik) M41, 13 NOVEMBER 2010!!

Assalamualaikum wbt.

Saya nak war2kan dan kongsi2kan sesuatu buat calon2 Peperiksaan Bertulis PTD (Pegawai Tadbir Diplomatik)... soalan PTD, soalan exam PTD, contoh soalan exam PTD, soalan peperiksaan PTD, peperiksaan PTD... segalanya tentang PTD (^__~)v

buku_a.jpg eseiAll.jpgbinder_a.jpg

Khas untuk anda, calon Peperiksaan Bertulis Pegawai Tadbir Diplomatik M41, 13 NOVEMBER 2010!! Tak tahu nk prepare apa? Kalu x prepare, mmg susah nk lulus... sesiapa yang nak tahu bentuk2 soalan PTD, soalan exam PTD, contoh soalan exam PTD, soalan peperiksaan PTD, peperiksaan PTD, boleh... senang je....

Kalau serius nk tahu 'preparation' terbaik untuk LULUS exam, klik je kat link bawah utk teruskn bacaan anda! My Best Wishes to you all ;)


http://tinyurl.com/PTDExam



-----------------------------------------------------------------------------------------
'Filter' kepada Kejahilan, 'Ubat' kepada Hati, 'Makanan' kepada Minda. Galeri Ilmu Online anda.

Datang dan telah pun pergi.....

Aku menulis prosa ini pada Mar 2, '08 pukul 11:04 PM

2900261838_35bf26e92c.jpg

Ayah
kakak suka bunga ros yang ayah tanam, cantik!
tapi, bunga ros itu tak lagi berbunga cantik dan lebat
bunga kertas putih yang ayah taman kelihatan sungguh layu
semua pokok bunga yang ayah tanam nampak tak tersusun lagi
tidak kemas seperti dulu
tidak segar seperti dulu
tak nampak cantik dan indah lagi disekitar rumah ayah
hanya nampak semak...

Ayah
tiada diantara anak - anak ayah
hebat menjaga tumbuhan seperti ayah
tangan kami tidak seperti tangan ayah
sejuk bila menyentuh tumbuhan

Ayah
kakak tatap wajah ayah
tidak lagi ceria seperti dulu

Ayah
kakak lihat mata ayah
tiada lagi bara seperti dulu

Ayah
kakak perhatikan tubuh ayah
tidak lagi sasa seperti dulu
badan ayah tinggal tulang
gering......

Ayah
kakak rindu suara ayah
tapi suara ayah tenggelam timbul

Ayah
kakak seperti nak menangis depan ayah
"macam mana ayah boleh jadi seperti ini?"
tapi kakak tak boleh buat seperti itu
sebab kakak kasihan kat emak.....
jadi, kakak menangis dalam solat
seperti yang ayah ajarkan

Ayah
dulu kakak suka sorokkan tasbih ayah
kakak simpan dibawah bantal yang kakak tidur
kakak akan bawa kemana saja tasbih ayah itu
tapi, sekarang kakak nak pulang balik
tapi, sekarang tangan ayah dah tak boleh nak kira tasbih itu

Ayah
waktu kakak sorokkan tasbih ayah
ayah kata "ayah kira dengan ruas jari ayah"
sekarang kakak ulang semula ayat itu pada ayah
sebab ayah susah nak pegang tasbih
"ayah kira dengan ruas jari ayah, ye"
kakak tahu ayah susah nak gerakkan jari ayah
tapi ayah buat juga...

Ayah
dulu kakak jatuh sakit, ayah jaga kakak
sekarang kakak nak jaga ayah
tapi kakak jauh daripada ayah
kakak tak boleh selalu disisi ayah
tapi kakak akan terus ingat
ayah kakak akan selalu baca yassin untuk ayah
supaya batin ayah kuat seperti dulu
kakak akan doakan ayah seperti ayah doakan kakak dulu

Ayah
emak sangat kasih pada ayah
kakak lihat itu pada wajah emak
kakak perhati pada tingkah emak

Ayah
kakak lihat angah rajin bawa ayah pergi hospital
dia sanggupp ambil cuti separuh hari sebab ayah
dia sangat baik ayah... kakak sayang angah, ayah
kakak tak lagi nak marah dia, ayah
sebab dia dah jadi budak baik

Ayah
kakak cium pipi ayah bila kakak nak tinggalkan rumah ayah
terasa seperti baru sebentar tadi kakak sampai rumah ayah
sedangkan sudah beberapa hari kakak tidur dirumah ayah

Ayah
sekarang waktu ayah untuk rehat
ALLAH beri ayah sakit supaya ayah berhenti kerja kuat
ALLAH beri ayah sakit supaya ayah lebih kuat ingat ALLAH
ALLAH beri ayah sakit untuk lihat siapa yang sayang ayah
ALLAH beri ayah sakit untuk satukan hati anak - anak ayah
ALLAH beri ayah sakit untuk kuatkan hati anak - anak ayah
ALLAH beri ayah sakit sebab ALLAH nak uji kita, ayah

Ayah
kakak sayang ayah
tanpa doa ayah, kakak tiada didunia
tanpa keringat ayah, kakak hidup sengsara
terima kasih ayah
kakak akan terus doa untuk ayah
Sayang AYAH

Hari ini 28.10.2010 pukul 6.30PM aku menambah

Kini, ayah sudah tiada lagi disisi
sudah 7 bulan berlalu, ayah pergi bertemu ALLAH
kakak doa moga ALLAH telah ampunkan semua dosa2 ayah masa ayah sakit dahulu
ayah, kakak kirimkan fatihah untuk ayah setiap hari 5 kali
kalau kakak cuti, kakak janji akan ganti untuk ayah

Ayah
maafkan kakak sebab jarang2 ziarah ayah kt kubur
sebab kakak tak mahu menangis....
kakak akan selalu minta ALLAH supaya ayah gembira kat alam sana
kakak akan doa sampai ALLAH terima permintaan kakak....

Salam dan salawat kami untuk rasulMU,

Cinta kami untukMU,

Ya Allah, tiada daya dan upaya tanpa izinMU,

Amin, Allahumma Amin, Amin…


nur2dlihat
FKE, UTM, Skudai
28.10.2010
6.33PM
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
'Filter' kepada Kejahilan, 'Ubat' kepada Hati, 'Makanan' kepada Minda. Galeri Ilmu Online anda.

1900268370260110023913.jpg 2128311759081010115928.jpg 377373782291009025603.jpg

1284597628070910053343.jpg   355578070301009112452.jpg  1989873662110510015606.jpg


Sebelum Terlambat

Assalamualaikum wbt

Allah SWTa'ala berfirman :


سُوۡرَةُ الاٴعرَاف

وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ۬‌ۖ فَإِذَا جَآءَ أَجَلُهُمۡ لَا يَسۡتَأۡخِرُونَ سَاعَةً۬‌ۖ وَلَا يَسۡتَقۡدِمُونَ (٣٤)و

"Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun dan tidak dapat pula mereka didahulukan. " (QS. Al-A'rof [7] : 34)

Sahabat,,, Ingatlah selalu bahwa kita akan mati. Bahwa mati itu ada 3 ciri, mati itu pasti, mati itu ghaib dan mati itu tiba-tiba.

--------------------------------------------------------------
'Filter' kepada Kejahilan, 'Ubat' kepada Hati, 'Makanan' kepada Minda. Galeri Ilmu Online anda.

Tuesday, October 26, 2010

Pahala Orang Yang Suka Membantu


Rasulullah S.A.W bersabda

Orang yang berusaha untuk membantu para janda dan orang miskin diibaratkan sebagai orang yang berperang dijalan Allah,
orang yang bangun sembahyang sepanjang malam dan seperti orang yang berpuasa tanpa berhenti.
 
~H.R Bukhari & Muslim
 


'Filter' kepada Kejahilan, 'Ubat' kepada Hati, 'Makanan' kepada Minda. Galeri Ilmu Online anda.

1131670256261010112742B.jpg

1643438200210910123250B.jpg

Iklan.jpg

iklan-solusi-9.jpg



Monday, October 4, 2010

3 Buku Pilihan Bulan Ini dari StormReaders!


3 Buku pilihan bulan ini dari StormReaders!

   
300 Hadis Bimbingan Ke arah mencari reda Allah

Penulis        :  Zahazan Mohamed & Ahmad Hasan Mohd. Nazam
HARGA       :  RM25.90


Buku ini telah mengumpulkan 300 hadis sahih yang paling utama yang mencakupi bidang kehi-dupan harian dan disusun mengikut keutamaan tajuk seperti ilmu, beramal, ber-jemaah, hal ehwal Rasu-lullah s.a.w., para sahabat, rukun Islam, rukun iman, solat, al-Quran, puasa, kesihatan, zakat, haji, jihad, doa, zikir, persau-daraan, akhlak, sedekah, komunikasi, pengurusan, pesanan nabi dan sebagainya.



Nota Jutawan Nota Perniagaan

Penulis        :  Irfan Khairi
HARGA       :  RM 30.00

Penulis buku terlaris Nota Jutawan Nota Motivasi, Irfan Khairi kini menghasilkan siri seterusnya dalam Nota Jutawan Nota Perniagaan. Seorang usahawan Internet yang berjaya dan diberi jolokan Jutawan Siber, Irfan juga berkecimpung dalam berbagai-bagai perniagaan termasuk syarikat pengurusan acara, syarikat penerbitan serta syarikat produksi. Dalam buku ini, Irfan Khairi berkongsi pelbagai tip dengan para usahawan dan juga bakal usahawan dalam mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang perniagaan. Buku penuh warna-warni ini memberi senarai panduan dalam bentuk yang paling mudah berserta ilustrasi menarik.

Palestin Tak Pernah Gentar

Penulis   :  Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri & Fatimah Syarha Mohd Noordin
HARGA  :  RM 20.00

Buku ini mendedahkan keadaan sebenar yang berlaku di Palestin. Ia membongkar sejarah, punca persengketaan antara 2 bangsa dan agama serta cadangan-cadangan penyelesaian yang dilihat dapat membantu meringankan penderitaan rakyat, khususnya yang berbansa Palestin. Menariknya buku ini, ia turut menyertakan gambar senario yang berlaku bagi menaikkan semangat pembaca untuk membantu rakyat Paletin dalam apa jua bentuk, InsyaAllah

 




Mulakan perniagaan menjual buku-buku agama, motivasi, ilmiah dan novel  dari rumah! Sertai sebagai Rakan Pengedar StormReaders2U, dan anda juga akan mempunyai e-store anda sendiri untuk menjana pendapatan tambahan melalui Internet.
 
Kini, ramai yang telah berjaya memperolehi pendapatan tambahan setiap minggu sebagai Rakan Pengedar StormReaders2U. StormReaders adalah perniagaan berangkaian 100% menurut syariah. Adakah anda berminat? Klik di sini untuk ketahui maklumat lanjut bagaimana ANDA JUGA boleh menambahkan pendapatan daripada rumah atau hubungi saya  di talian 013-7027082 atau email ke mrushaidin@gmail.com atau nor259@gmail.com untuk maklumat lanjut. Kunjungi blog kami di http://www.stormreaders2u.net/r/galeriilmu

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...