Thursday, May 27, 2010

3 Buku Pilihan Bulan Ini dari StormReaders



Indahnya Hidup Bersyariat
   
Penulis        :  Dato' Ismail Kamus, Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid
HARGA     :  RM 55.00

Isi buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih. Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah.

Semua doa, bacaan dan zikir boleh dibaca dan dihafal dengan mudah. Langkah amalan disampaikan mengikut turutan step by step. Media fotografi warna penuh digunakan untuk menunjukkan perkara yang realistik. Buku ini seharusnya menjadi kewajipan untuk dimiliki oleh setiap rumah, pusat sumber, sekolah dan individu.






Cakar Harimau
Penulis        :  Siti Nor Bahyah Mahamood 
HARGA        :  RM19.90

Buku ini disasarkan kepada remaja, bakal pengantin, suami isteri baru dan veteran. Selain membawa senario cinta dari perspektif Islam, buku ini memberi panduan  bagaimana men-jadi isteri dan suami mithali. Bagi remaja buku ini amat bermanfaat untuk memahami persiapan sebelum melangsungkan perkahwinan  dan bagaimana melahirkan perasaan cinta suami isteri yang tinggi. Topik terhangat ialah teknik "Cakar Harimau" dan "Urutan Labah-Labah" yang popular.




Indahnya Saat Bersama-Mu



Penulis         : Zahazan Mohamed
HARGA        :  RM19.90

Buku ini mendedahkan rahsia bagaimana seseorang dapat merasai kemanisan bangun beribadah pada tengah malam. Ramai orang yang mampu bangun pada tengah malam tetapi tidak ramai yang sanggup berwuduk dan solat sunat atau membaca al-Quran. Tahukah anda sekurang-kurangnya atau paling lemah qiamullail ialah terjaga daripada tidur, bangun menghadap ke arah kiblat, ingat kebesaran Allah s.w.t. dan kemudian tidur semula? Mungkin ada yang lantas berkata, "Kalau macam tu tiap-tiap malam aku boleh qiamullail!"






Mulakan perniagaan menjual buku-buku agama, motivasi, ilmiah dan novel  dari rumah! Sertai sebagai Rakan Pengedar StormReaders2U, dan anda juga akan mempunyai e-store anda sendiri untuk menjana pendapatan tambahan melalui Internet.

Kini, ramai yang telah berjaya memperolehi pendapatan tambahan setiap minggu sebagai Rakan Pengedar StormReaders2U.  StormReaders adalah perniagaan berangkaian 100% menurut syariah. Adakah anda berminat? Klik di sini untuk ketahui maklumat lanjut bagaimana ANDA JUGA boleh menambahkan pendapatan daripada rumah atau hubungi saya di talian 019 7027082 atau email ke mrushaidin@gmail.com atau nor259@gmail.com untuk maklumat lanjut.
69A Second Floor, Jalan SS 21/37, SS21 Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya

Wanita Hari Ini: Bahagia dan Membahagiakan

Salaam wbt.

Kali ini saya ingin berkongsi dengan sahabat semua tentang sebuah siri rancangan Wanita Hari Ini di IKIM.fm tentang Bahagia dan Membahagiakan...... Hayati butir2 penyampaian ini. Moga manfaat kita dapat kongsi bersma. InshaALLAH.
Sekiranya anda menghadapi masalah untuk memuat turun, sila hubungi saya di alamat emai nor259@gmal.com untuk mendapatkan softcopy...
wsm


 



Wednesday, May 26, 2010

Mengenali Konflik Suami Isteri...

Salaam wbt.

Apa khabar sahabat semua? Moga selalu dalam rahmat Kasih SayangNya. InshaALLAH. Kali ini saya ingin berkongsi dengan sahabat semua rakaman sebuah siri rancangan di Radio Malaysia Johor tentang Mengenali Konflik Suami Isteri... Moga bermanfaat buat kita semua yang selalu dahagakan ilmu ALLAH untuk menyinari iman di hati kita. Moga ALLAH memberkati. InshaALLAH. Aaaaamin.

Sekiranya sahabat mempunyai masalah memuat turun mp3 ini sila hantarkan email kepada saya di nor259@gmail.com

wsm






Mahligai Impian:Pandangan Traditional/Kontemperori


Salaam wbt.

Kali ini saya ingin berkongsi dengan sahabat2 semua rakaman penyampaian oleh Dato' Dr. Zaleha (Timbalan Pengarah IKIM) mengenai ilmu rumahtangga  iaitu Konflik dan Penyelesaiannya.

Mahligai Impian Sebuah Nasihat Tentang Institutsi Kekeluargaan. Sebuah rancangan terbitan IKIM.fm. Mengupas dengan terperinci tentang Konflik di dalam Rumahtangga.

Sekiranya sahabat mempunyai masalah memuat turun mp3 ini sila email saya di nor259@gmail.com. Moga manfaat sama2 kita kongsi.

Wslm




Sunday, May 23, 2010

Kita sekadar di persinggahan


Sekian lama hidup di kegelapan,

Teraba-raba tanpa tujuan,

Akal dan budi seakan tak berfungsi,

Ke manakah diri??

Apa diturut kehendak yang meronta,

Menyeksa badan membakar jiwa,

Syaitan dan nafsu meracun dalam diri,

Renungkanlah ini,

Kita sekadar di persinggahan,

Pasti kembali pada yang menciptakan,

Ombak dan badai lumrah kehidupan insani,

Insaflah semua darinya jua

Jangan biarkan diri terkorban dengan dunia…….

Pada ilahi bantuannya menanti,

Iman dan takwa yang sejati,

Itulah bekalan diri…..

Doa’ senjata mereka yang beriman,

Tuhan pencipta maha penyayang,

Mohon petunjuk mohonkanlah bantuan

Hanya pada tuhan

Wednesday, May 19, 2010

Bicarakanlah tentang wanitanya.....





 

berbicara tentang masa itu

bukan berbicara tentang keteguhan

berbicara tentang kesabaran

berbicara tentang kasih sayang

berbicara tentang air mata dan do'a

berbicara tentang pengorbanan

berbicara tentang kesetiaan

berbicara tentang semangat

berbicara tentang senyum dan pesona

berbicara tentang rahim yang kuat dan pahlawan yang dilahirkannya....

berbicara tentang sosok pengkader

Mahu berbicara tentang peradaban???

Bicarakanlah tentang wanitanya.....

Friday, May 7, 2010

Amaran buat Wanita...




Dalam hadis daripada Jabir bin Abdullah, katanya: “Aku hadir bersama-sama Rasulullah mengerjakan sembahyang pada hari raya (selepas sembahyang dan berkhutbah). Baginda kemudian pergi (ke barisan belakang) hingga sampai ke tempat kaum perempuan. Lalu Baginda menasihati dan mengingatkan mereka, serta Baginda (menggalakkan mereka bersedekah), sabdanya: “(Bersedekahlah kamu kerana sesungguhnya kebanyakan kamu menjadi kayu bakaran api neraka.”

Pada saat itu, seorang perempuan yang berkedut kedua-dua pipinya, bangun dari tengah kaum perempuan lalu bertanya: “Mengapa (kami dimurkai Allah seberat itu), Ya Rasulullah? “Baginda menjawab: “Kerana kamu selalu saja mengadu (tidak cukup nafkah), dan kamu pula tidak mengenang budi suami (sedikit pun).”

Location: http://paksuu.com/2009/12/wanita-itu-anugerah/

Monday, May 3, 2010

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...