Saturday, February 27, 2010
Saturday, February 13, 2010
Darwish & Darwisya
Darwisya Adrianna adalah anak pertama saya. Dilahirkan pada bulan Oktober 2006 di sebuah hospital di Petaling Jaya. Boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris dan juga bahasa Melayu. Seorang kanak-kanak yang boleh dikatakan lambat berjalan dan lambat bercakap jika dibandingkan dengan kanak-kanak lain. Mula membaca Iqra 1 pada umur 1 tahun. Sudah menghafal doa-doa harian dengan baik dan lancar. Sudah menghafal 8 surah setakat hari ini 1/7/09 (1 surah pendek setiap 1 minggu). Sasaran untuk menghafal sekurang-kurangnya 17 surah pada umur 3 tahun pada bulan Oktober'09 tahun ini nanti. Suka menonton TV dan rancangan kegemaran adalah BARNEY and Friends, dan Dora the Explorer..
Darwish Adrian adalah anak kedua saya. Seorang anak lelaki yang dilahirkan pada bulan Mac 2008 di sebuah hospital di Kelang. Dia suka menghisap jari dan bayi yang sangat mudah dijaga berbanding kakaknya waktu kecil dulu. Mula belajar huruf hijaiyah berbaris fathah pada umurnya 6 bulan. Bulan ini (Julai 2009) umurnya 1 tahun 3 bulan dan sudah mengenal kesemua 26 huruf hijaiyah bertanda atas/fathah kecuali huruf 'za' dan 'la'. Sasaran saya semoga dia boleh membaca alquran lebih awal dari kakaknya dan dapat menghafal surah lebih banyak dari kakaknya. Saya berdoa semoga dia dapat menghafal seluruh Juzuk Amma bila umurnya mencapai 3 tahun nanti dengan menggunakan kaedah yang sama. InsyaAllah.
"... pengorbanan ibu Imam Shafie untuk mengajar anaknya Bahasa Arab. Ibu Imam Shafie dan anaknya berpindah ke kota Mekah (suami telah meninggal sejak Imam Shafie kecil lagi) dengan harapan untuk belajar Bahasa Arab Tulen. Setibanya di sana beliau dapati kota Mekah telah dipenuhi oleh pedagang dari serata pelusuk dan bahasanya telah bercampur baur menyebabkan ibu Imam Syafie kecewa dan membawa anaknya berpindah sekali lagi ke pedalaman Mekah. Disitulah mereka tinggal dan secara tidak langsung anaknya dapat belajar berkomunikasi dengan orang kampung tersebut dalam Bahasa yang dia kehendaki. Sungguh pentingnya bahasa membentuk budaya dan pengetahuan. Ibu Imam Shafie memang seorang yang bijak kerana mengambil berat tentang bahasa kerana dia tahu itulah kuncinya untuk menjadikan anaknya berilmu dan bijak seperti yang kita ketahui. Seorang wanita tanpa suami sanggup merentas padang pasir yang luas dan gersang bersama anak kecilnya untuk mengajar anaknya berBahasa Arab Tulen. Pengorbanannya memang menakjubkan! Maka tiada siapa yang boleh mencemburui ibu Imam Shafie kerana mempunyai anak seperti itu..."
*lagi kisah menarik tentang Darwish& Darwisya http://darwishndarwisya.blogspot.com/

nur2dlihat
shah alam
13.02.2010
Monday, February 1, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)