Friday, December 19, 2008

Zinnirah

Mata Kasarnya Buta Tapi Mata Hatinya Celik.


Kesabaran seseorang muslim dalam mempertahankan aqidah Islam ketika menghadapi suasana penindasan yang hebat merupakan contoh kesabaran yang agung. Pegangan aqidah yang bertunjangkan tauhid kepada Allah menjadi harta yang tiada ternila bagi setiap muslim. Ia adalah cahaya yang menyinari hidup insan dan penyelamat dalam mengharungi sengsara kacau-bilau pada hari pembalasan. Perkembangan dakwah Rasulullah S.A.W pada peringkat awal banyak dibantu oleh kesabaran kaum Musliman dan muslimat dalam memepertahankan pegangan aqidah mereka. Sikap inilah yang membuahkan hasil yang amat berharga dalam sejarah perkembangan Islam hinggalah ke hari ini. Islam masih kekal dan terus mekar dalam jiwa setiap umat Islam.


Kisah seorang muslimat sejati bernama Zinnirah adalah antara contoh terunggul pengorbanan seorang muslimah demi mempertahankan aqidah yang telah meresap ke dalam lubuk hatinya. Beliau dipilih oleh Allah untuk menerima ujian yang cukup getir. beliau menerima hidayah Allah pada peringkat awal dakwah Rasulullah S.A.W iaitu semasa baginda S.A.W berdakwah secara sembunyi-sembunyi di kalangan rakan karib baginda. dalam sejarah Islam, golongan yang pertama memeluk Islam inilah yang banyak menerima ujian daripada Allah


Zinnirah adalah seorang wanita berketurunan bangsa Rom. beliau telah ditawan dan dijual di sebuah pasar di Mekah. Akihirnya beliau telah dibeli oleh Umar Al-Khattab untuk dijadikan hamba. Dari segi fizikalnya, Zinnirah kelihatan seorang yang lemah, tetapi dari segi spiritualnya beliau mempunyai jiwa yang cukup kental dan tabah.


Rasulullah S.A.W memulakan dakwahnya secara sembunyi-sembunyi di kalangan orang-orang tertentu termasuk golongan bawahan. Antara yang menerima cahya keimanan ini ialah Zinnirah. beliau telah menerima dengan sepenuh hati. Pada peringkat awak keislamannya, Zinnirah melakukan suruhan-suruhan islam secara sembunyi-sembunyi, takut diketahui tuannya, Umar Al-Khattab. Beliau bersolat, berzikir, membaca Al-Quran, berdoa kepada Allah dengan penuh syahdu dan keinsafan. Semuanya dilakukan secara berhati-hati.


Penderitaan ke atas Zinnirah ini bermula setelah tuannya Umar Al-Khattab mengetahui keislamannya. Umar telah dapat menghidu perubahan yang berlaku ke atas diri hambanya itu. Seetlah diselidiki, nyatalah bahawa hambanyameniggalkan agama nenek moyang dan menerima ajaran tauhid yang dibawa Nabi Muhammad S.A.W.


Umar Al-Khattab cukup terkenal dengan sikap memusuhi Rasulullah dan agama Islam sebelum keislamannya. Beliau selalu mencerca Muhammad S.A.w. Beliau mencabar sahabat-sahabat yang telah memeluk Islam dengan sikap berani dan tegasnya itu. Beliau sanggup menanam anaknya perempuannya hidup-hidup kerana malu dipandang masyarakat. Dengan sifat keberanian inilah yang telah mendorong Rasulullah S.A.W berdoa agar salah seorang daripada dua Umar di Mekah supaya memeluk Islam.


Zinnirah menjadi mangsa awal di atas sikap kebencian Umar Al-Khattab terhadap Islam dan kaum Muslimin. Apalagi, teruklah Umar menyeksa dan mendera Zinnirah dengan harapan Zinnirah akan kembali kepada agama asalnya dan meninggalkan Islam. Pelbagai seksaan dikenakan terhadap Zinnirah. Pukulan, hentakan, sepak terajang, dijemur di tengah-tengah panas terik adalh rutin kehidupan biasa Zinnirah. Semuanya dihadapi dengan tenang dan sabar, di samping hati dan jiwanya bergantung penuh kepada pertolongan Allah S.W.T.

Kemuncak penderaan terhadap Zinnirah ialah apabila matanya dicucuk dengan besi panas. Beliau kehilangan kedua-dua matanya dan terpaksa mengharungi hidup dengan penuh kegelapan. Matanya buta, tetapi hati dan jiwanya penuh dengan cahaya keimanan. Iman menjadi penyuluh hidupnya dalam kesengsaraan azab dari tuannya.


"Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurga. aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan." Inilah rintihan hati Zinnirah kepada Allah S.W.T ketika bermunajat kepada Allah di setiap malam sebagai penawar jiwa di atas segala kesusahan yang dia hadapi. Jiwanya semakin kukuh. Imannya semakin teguh.


Pengorbanan Zinnirah mendapat cercaan kaum musyrikin Mekah. Pelbagai cacian dilemparkan kepadanya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana dilaknat oleh tuhan Latta dan Uzza. Mereka mencabarnya kerana Zinnirah memeprtahankan diri dengan mengatakan dirinya buta bukan kerana tuhan mereka, sebaliknya ia adalah perbuatan Umar dan Allah mengizinkan ianya berlaku.


Walaupun diuji dengan pelbagai rupa, keyakinannya kepada Allah tidak berubah. Allah memberi karamah kepadanya. Matanya yang buta itu dapat melihat kembali dengan karamah Allah S.W.T. Dia dapat menikmati semula keindahan ciptaan Allah S.W.T. hatinya dengan penuh lesyukuran kepada Allah dan imannya semakin tinggi.


Dengan taufiq hidayah Allah, Umar akhirnya memeluk Islam jua.


(Mingguan Wanita)

Zinnirah
Album : See You D IPT
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com

Hadirmu bersama kuntum senyuman
Walau dirimu hamba tawanan
Kau jadi impian firdausi
Kau jadi pingitan hiasan duniawi
Walau tak pernah melihatmu
Zinnirah

Matamu jadi taruhan
Gantian lara nilaian iman
Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan derita ini
Terlindung sudah indahnya maya
Mata hatimu tetap menyala

C/O :
Oh Zinnirah
Kau umpama bintang di malam hari
Menerangi alam dan ditemani cahaya purnama
Selaut kasih kau hamparkan untuk Ilahi
Tiada sempadan dan tiada bertepi

Oh Zinnirah
Kau umpama bintang di malam hari
Menerangi alam maya dan diteman purnama
Cinta murni yang kau dambakan untuk Ilahi
Tiada sempadan dan tiada bertepi

Oh Zinnirah
Kau serikandi sunyi bersendiri
Di medan ngeri dan bersuara sepenuh berani
Kasih suci yang kau hulurkan untuk Ilahi
Menagih korban kasih abadi

Hadirmu bersama senyuman
Walau diri hamba tawanan
Kau jadi pedoman

Zinnirah kau gadis pilihan
Hiasan dunia
Penyeri di firdausi


Ke mana hati tika di uji??

Tiada manusia yang tidak diuji dengan dugaan tekanan. Sama ada dirumah, pejabat atau keluarga, tekanan tetap ada. Malah tekanan itu dianggap sebagai lumrah dalam perjuangan dan hidup manusia sebagai hamba ALLAH

Ketika kelemahan kita sampai kepuncaknya, kita terasa diri kita hilang buat seketika. Jiwa kita terlalu lemah dan silau untuk melihat dunia. Kita putus asa dengan kehidupan. Kita teraba-raba mencari diri hingga akhirnya kita temui bahawa memang kita ini bukan apa-apa. Kita ini memang terlalu lemah dan kerdil, kita kini sedar bahawa kita sudah terlalu lama lupa diri. Kita terlupa bahawa memang kita ini terlalu kerdil, lemah dan hina.

Bagaimanapun, Rasulullah SAW memberikan penawar untuk berdepan tekanan seperti sabda baginda yang bermaksud:

“ Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup keranan tidak ada satu bencana sama ada keranan terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan meningkatkandarjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan denagn kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut”
[riwayat al-Hakim]

Kita mendongak ke langit, meneliti alam yang begitu rapi dan tersusun dan kita melihat pada diri kita. Kita bertambah yakin bahawa kita ini bukan apa-apa, kita ini lemah, kita ini terlalu kerdil tetapi kita telah lupakan itu semua…….kita telah lupa diri kita siapa. Kita mula mengangkat tangan, kita tadahkan kedua tangan kita dengan penuh kerendahan dan kepasrahan. Kita menangisi kelalaian kita, kita mula insaf segala kesalahan dan dosa kita. Air mata mula mengalir membasahi wajah kita dan membersihkan segala kekotoran pada hati kita; dendam, kebencian, keraguan, kemarahan, keangkuhan dan kesedihan mengalir lalu bersama titisan air mata kita.

Kita terlena dalam munajat dan keinsafan kita hinggalah datang fajar baru dengan harapan baru. Kita bangun sebagai manusia baru; tiada lagi keangkuhan, dendam dan benci, tiada lagi kemarahan dan kesedihan. Kita melihat ke ufuk, kita melihat fajar baru menyerakkan cahaya baru, kita menoleh bumi sekelilingnya, yang kita lihat ialah kehidupan baru dengan jiwa yang baru. Dan kini kita bertambah yakin bahawa yang menghidupkan ialah Allah SWT, yang memberi kelapangan ialah Allah. Allahlah sumber kehidupan, sumber ketenangan dan kebahagiaan.

Ingatlah setiap ujian itu selalu seirng dengan perjuangan kita.Oleh itu, ia tetap memerlukan bekalan iman, sabar dan istiqomah. Ujian dijadikan tuhan adalah untuk mengukur tahap keimanan seorang hamba itu kepada ALLAH dan selurun ajaranNya adalah benar dan diikuti oleh perlakuan dan tindakan atau habta terhenti setakat di mulut sahaja.


Seperti mana yang kita ketahui, umat islam akan diuji denagn lima perkara iaitu saudara seagamanya yang sentiasa dengki terhadapnya, orang munafik yang sentiasa membencinya, orang kafir yang sentiasa memeranginya, syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkannya dan bisikan hawa nafsu yang sentiasa menggoncang keimanannya. Semua ini menuntut kesabaran dan di dalamnya terhadap ganjaran pahala yang besar dari ALLAH

Lawan bagi sabar adalah mengeluh dan merupakan perbuatan yang amat dilarang oleh agama kerana dengan mengeluh akan membuatkan melemahkan semangat dan menerbitkan kekecewaan serta putus asa sedangkan ALLAH berfirman:

“Sesungguhnya tipa-tiap kesukaran disertai kemudahan"
(Surah al-Insyirah:6)

Ada beberapa perkara yang boleh di jadikan pegangan atau prinsip apabila berdepan dengan ujian dan tekanan hidup yang mungkin kita boleh kongsi bersama.

1. Manusia seringkali lemah jiwa dan merasakan dirinya terlalu kerdil apabila berdepan dengan ujian. Seringkali kita merasakan kitalah orang yang paling malang dan orang lain tidak diuji sepertimana kita diuji. Perasaan begini menjadikan kita lemah dan lesu hingga punca penyelesaian masalah menjadi kabur. Inilah bisikan kelemahan yang akan menjadikan jiwa kita kerdil dan lesu tidak bermaya. Besarkanlah jiwa kita........sebenarnya semua orang sedang dan akan berdepan dengan berbagai macam ujian bahkan ujian inilah tanda-tanda bahawa masih berlangsungnya kehidupan.

Sedarlah bahawa yang menjadikan kita tewas atau berjaya untuk berdepan dengan ujian bukanlah kecil atau besarnya ujian itu tetapi apakah sikap kita apabila berdepan dengan ujian tersebut. Jika kita menganggap suatu ujian itu besar maka jiwa kita kecil dan lemah tetapi jika kita melihat ujian itu sebagai lumrah dan kemestian hidup maka jiwa kita menjadi kental.

Adakah apabila kita kecewa dan manangis, segala permasalahan itu akan selesai sendiri? Adakah dengan menyalahkan diri sendiri, semua masalah akan selesai? Tentunya tidak. Jadi yang perlu kita lakukan ialah mencari punca masalah dan cuba menyelesaikannya mengikut kemampuan yang kita ada.

2. Janganlah melihat suatu musibah atau ujian itu secara bersendirian. Hadirkanlah Allah dalam kehidupan kita. Yakinlah dengan apa yang Allah janjikan. Sentiasalah hubungkan hati kita dengan Allah swt supaya segala penyelesaiannya bermuarakan keimanan kepada Allah SWT.

Rasulullah SAW pernah mengajarkan sahabat-sahabat supaya zikirkan "Innalillahi wa inna ilaihi rooji'un. Alllahumma jurni fi musibati wa akhlifli khairan minha" (Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali, Ya Allah berilah ganjaran daripada musibah yang menimpaku dan gantikanlah ia dengan kebaikan)apabila ditimpa musibah. Bahkan pada suatu hari pernah lampu/pelita Rasulullah SAW terpadam lalu baginda ucapkan innalillah... hingga sahabat bertanya "Adakah inipun musibah ya Rasulullah?" Jawab baginda "Apa saja yang menyulitkan mukmin adalah musibah".

Lihatlah musibah sebagai medan ubudiyyah kepada Allah SWT.


3. Ujian atau musibah juga adalah proses untuk kita membina kematangan hidup ianya umpama dapur pembakar yang akan mematangkan aqal dan fikiran kita. Tekanan dan ujian akan menjadikan jiwa kita lebih peka dan melatih kita untuk menggunakan segala potensi aqal dan jiwa yang kita ada. Aqal kita umpama tanah, lagi dalam kita gali, lagi banyak khazanah-khzanah yang kita temui tetapi jika hanya dipermukaan hanya sedikit yang kita boleh manfaatkan. Profesor Hamka pernah membandingkan ikan di sungai dan ikan dikolam. Katanya ikan disungai lebih sedap isinya kerana hari-hari ia menentang arus berbading ikan dikolam yang isinya hanyir kerna tidak banyak menentang arus. Begitu juga manusia yang setiap hari berdepan dengan ujian dan tekanan, jiwanya lebih kuat dan pendapatnya lebih bernas.

4. Fitnah dan ujian juga menjadi medan untuk kita mengenali diri kita. Boleh jadi kita rasa kita seorang yang sabar, tenang dan bertindak secara waras. Dalam keadaan biasa memang begitu tetapi apabila dalam keadaan tertekan semua sifat-sifat tadi tidak lagi menjadi penghias dan penyeri diri. Kita tiba-tiba menjadi seorang yang pemarah, emosional dan bertindak membuta tuli. Disnilah keimanan kita benar-benar teruji dan ternyata ramai yang gagal dengan ujian sebegini.

Imam Syafi’e pernah ditanya oleh seorang lelaki:

"Manakah orang yang lebih baik wahai Abu Abdullah! Seorang lelaki yang tetap teguh imannya atau seorang lelaki yang diuji imannya dgn segala ujian?"

Imam Syafi’e menjawab:

"Seseorang itu tidak mampu untuk tetap teguh imannya, sehinggalah beliau diuji terlebih dahulu. Allah Ta’ala telah menguji Nabi Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan Muhammad ‘alaihim al-solat wa al-salam, ketika mana mereka bersabar itulah iman mereka diteguhkan".

Kesimpulannya apa yang penting, sering disematkan di dalam hati adalah, tanpa masalah atau ujian, tidak akan lahir kematangan kerana pengalaman dalam meyelesaikan masalah adalah guru terbaik dalam menjamin kejayaan dalam kehidupan. Selain itu juga, meningkatkan keimanan kepada ALLAH kerana dengan ini, seorang hamba itu akan sentiasa muhasabah diri dan setiap tindakan mereka dikaji dan diperbatasi.

“Hidup ini bagaikan satu pelayaran yang sukar. Bersabarlah kerana sabar itu indah, sabar adalah bunga-bungaan dari keimanan yang benar. Harumannya ialah kepasrahan iaitu memandang baik segala keputusan Allah disamping meyakini hikmah yang tersembunyi disebaliknya. Kelopak-kelopaknya diwarnai ketabahan, ketenangan, keteguhan jiwa sebagai lambang kepuasan dengan qadar Allah SWT”

Segala kegagalan, kejayaan, kekecewaan, kegembiraan adalah ujian-ujian buat hamba-hambanya. Di sini akan dilihat sama ada imannya telah diperteguhkan atau dia akan gugur seperti gugurnya orang-orang yang terdahulu dari mereka.

Setiap perjalanan kita sekali manapun dirundung perlbagai perkara yang menyakitkan dan sebagainya ia adalah satu ujian dan dugaan ALLAH yang memaparkan kaih sayang ALLAH kepada hambaNya dan setiap apa yang berlaku itu pasti akan ada hikmahNYA.

Sesungguhnya DIA Maha Mengetahui apa yang tidak kita ketahui.
By:Bidadari Besi

Bersabarlah Bidadari~~

“Cane ye nak biar hati ni bersabar, redha dan ikhlas?”(JJ)

Satu pertanyaan muncul di subuh hari saat diri sedang bermuhasabah. Antara jawapan yang diterima:

“Yakinkan diri, apa yang berlaku datang dari Allah. Tengok balik siapa kita di sisi Allah dan betapa kita ni sangat bergantung pada Allah”(Shah)

“Ingat Allah selalu..”(Pa’e)

“Orang yang beriman pada qada’ dan qadar, akan sentiasa redha dengan ketentuan Allah. Ikhlas, sabar dan redha akan hadir dalam hati yang ingin mencapai redha Allah secara total dan solid”(MyFren)

Sabar itu Indah…Sobrun Jamilun..

======================================================================

Mulai saat ini yang aku perlu lakukan ialah mendidik hati agar sentiasa bersabar dalam apa jua situasi….dan hasilnya, sedikit demi sedikit..aku dapat rasakan yang sesungguhnya sabar itu amat indah.. Ingatlah wahai hati, sobrun jamilun, sabar itu indah, maka orang yang ingin berkeperibadian indah harus meningkatkan kesabarannya. Orang yang tidak sabar, mudah berkeluh kesah, selalu merengut, mudah panik dan emosional merupakan orang yang tidak indah lagi. Mari belajar untuk bersabar, sabar dalam solat, sabar dalam menahan maksiat dan sabar dalam menghadapi musibah. Semoga Allah membimbing kita menjadi orang yang sabar.

Bagaimana mungkin kita merasakan ujian Allah itu sangat tidak tertanggung sedangkan Allah menguji manusia mengikut kemampuan setiap orang. Maka dengan itu jangan secepat itu kita ingin berputus asa sebelum kita merasakan redha dan ikhlas menerima ujiannya.

Bersabar adalah berprasangka baik kepada Allah. Dan asas prasangka baik adalah tunduk kepada takdir. Menghadapi masalah besar, bukankah Allah Maha Besar? Melakukan kesalahan besar, bukankah Allah Maha Pengampun? Masalah kecil atau kesalahan kecil, bukankah Allah Maha Melihat?

Bersabar ketika senang tidak sama sabarnya ketika susah.Ketika susah seseorang akan berdoa dengan penuh pengharapan agar dapat menahan penderitaan berbanding ketika senang seseorang hanya bersyukur lebih banyak.


Kenapa harus sabar?

“If you don’t search for Him, you don’t have to.”

“Toward Mardhatillah!! Seeking for Jannah!! That’s it!!”

Bagaimana harus bersabar?

“Ask from HIM….”

Bersabar itu tidak mudah. Tapi ia tidak mustahil. Bilamana kita mengatakan

" dah cukup aku bersabar.."(????!!)

hakikatnya, masih belum cukup nilai kesabaran kita itu. Indikator sabar terletak pada jiwa yang sering teguh dan tegar dalam menerima mehnah yang menimpa dan bersedia untuk meredhai (berpuas hati) dengan setiap ujian yang mendatang. Hakikat sabar yang sebenar ialah melalui didikan, tarbiyyah. Kerana manusia itu fitrahnya perlukan kepada didikan, waima formal mahupun tidak formal.


Sudah tentu kita perlu sedaya upaya cuba mendidik diri agar memiliki sifat sabar. Bersabar dalam menghadapi ujian. Saat sukar mahupun mudah. Tidak semua mereka yang dikurniakan sifat sabar. Malah ia satu anugerah dari Yang Esa buat hamba-hambaNya. Beruntunglah bagi mereka yang memiliki tahap kesabaran yang tinggi. Beruntunglah buat mereka yang bersabar. Kerana dalam firman Allah s.w.t. dalam surah al-Fussilat, mereka yang bersabar itu dijanjikan sifat-sifat yang baik.

"Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar" (41:35)


Adakah kita sudah cukup bersabar? Bersabar dalam menunaikan ibadah keranaNya dan juadalam perjuangan menegakkan agamaNya. Sudahkah kita bersabar dalam kebenaran?

Apakah sabar? lihat sahaja di dalam Al-qur’an. Kata –kata sabar senantiasa diiringkan dengan ujian dan di-antonim dengan keluh-kesah dan berandai-andai. Cuba dicermati, sudahkah masing-masing kita terlepas dari ke 2 aspek itu? kalau sudah tidak memiliki sifat berkeluh-kesah dan berandai-andai adalah tanda bahwa kita sudah mencapai maqom (kedudukan) sabar. Semudah itukah mencapai sabar?



sabarkah kita dalam rangka ketaatan kita kepada Allah?
sabarkah kita dalam meninggalkan maksiat?
sabarkah kita dalam arti tegar dalam kesulitan kerana Allah?
sabarkah kita atas segala fitnah dan tipu daya?
sabarkah kita atas lambatnya pertolongan?
sabarkah kita dalam menghindari tekanan?
sabarkah kita atas sulit dan beratnya jiwa?
sabarkah kita atas beratnya kedurhakaan?
sabarkah kita atas serangan orang-orang yang berpaling?



Sekiranya jawapan kita
ya, aku bersabar dalam menghadapi ujian dan onak di jalan ini. Maka bergembiralah!!!.. sampaikanlah berita gembira itu buat orang-orang mukmin...Kerana hakikatnya, Allah sentiasa bersama-sama mereka yang bersabar.


Allah bagi peluang untuk kita raih dan hirup pahala kesabaran dengan memberikan kita pelbagai ujian dan dugaan. Kalau bukan ujian, itu merupakan kafarah bagi dosa-dosa kita yang lalu, dimana Allah akan ampunkan dosa-dosa kita sekiranya kita bersabar dan berusaha mencapai yang terbaik dalam hidup kita.


Tidak akan datang pahala bersabar sekiranya kita tidak menerima ujian yang menuntun

kesabaran. Maka bersyukurlah dengan ujian-ujian yang diberikan. Itu tandanya Allah mahu menganugerahkan kita pahala dek kerana kesabaran kita. Maka bersabarlah. Kerana hakikat sabar itu indah. Bilamana kita bersabar semata-mata untuk redhaNya...

Janji Allah dalam sabda Rasulullah saw,


“Tiada seorang Muslim pun yang ditimpa sesuatu yang menyakitkan berupa penyakit atau lainnya, melainkan kerananya Allah akan menghapuskan
keburukan-keburukannya sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya.”

(Hadis Riwayat Bukhari)

"Hai orang-orang yang beriman, mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah sentiasa berserta orang-orang yang sabar" (2:153)

Menerusi ayat diatas, Allah menyeru dengan permulaan seruan yang penuh kasih sayang, hanya kepada mereka yang beriman. Bila ditambah formula iman+solat+sabar, yakinlah yang Allah akan sentiasa bersama kita. Allah pasti membantu menguatkan hati, meneguhkan, mengawasi dan menghiburkan kita dengan ayat-ayatNya. Kerana kalamNya itulah hiburan sebenar bagi diri seorang da'ie.

Selain bersabar. Apa yang paling penting ingatlah Allah dan berdoalah selalu. Doa itu adalah ubat yang paling mujarab. Menurut Ibn Qayyim di dalam kitabnya Ad dah’ Wad Dawaa’,

“Doa adalah musuh segala bencana. Ianya dapat menolak malah dapat menghilangkannya. Ataupun sekurang-kurangnya doa itu akan dapat meringankan segala bentuk musibah yang datang.”

Sesungguhnya berdoa itu adalah senjata orang mukmin. Sebagaimana sabda
Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Al-Hakim di dalam kitab sahihnya yang berasal dari Ali bin Abi Talib ra., sabda Rasulullah saw,

“Doa adalah senjata orang mukmin, tiang agama dan cahaya langit serta bumi.”

Suatu ketika seorang sahabat mendengar Rasul berdoa demikian,

“Ya Allah, masukkanlah hamba pada golongan yang sedikit”,

bertanyalah sang sahabat,

“Wahai, kekasih Allah, apakah gerangan maksud doa tersebut?”.

Rasul menjawab,

“Masukkanlah aku pada golongan hamba yang pandai bersyukur”.

Semoga kita semua sentiasa bersabar sekaligus bersyukur, mengingati Allah dan berdoa selalu di dalam menghadapi apa saja bentuk ujian yang mendatang.

Perjalanan masih jauh. Masih banyak yang belum ditempuhi. Masih banyak yang perlu kita pelajari. Semoga kita sentiasa beroleh nilai kesabaran, seumpama kesabaran yang dimiliki para rasul dan mereka yang terdahulu...

PERCAYALAH sesungguhnya Allah menyayangi kita…

=====================================================================

“Wah, berat ya hidup di dunia.”. (JJ)

“Iya, memang kehidupan di dunia disediakan untuk para pejuang. Pejuang yang memiliki hati yang ikhlas, sabar dan redha untuk disembahkan pada Allah di akhirat nanti.. =)”(MyHeart)

“When you carrying a monster load and you wonder how far you can go with every step on that road that you take, just remember that Allah knows. Every sparkling tear, On every eyelash, He knows”(Zain Bikha)


======================================================================

Adakalanya kita perlu menagis agar kita tahu yang hidup ini bukan sekadar ketawa, bukan hanya ada bahagia sahaja di dunia. Adakala kita juga perlu ketawa agar kita tahu betapa mahalnya air mata…


Bersyukur pada orang yang menyakiti hatimu kerana dia menabahknmu,

Bersyukur pada orang yang tak mengendahkanmu kerana dia memupukmu berdikari,

Bersyukur pada orang yang menjatuhkanmu kerana dia orang yang memperhebatkan kemampuanmu.

======================================================================

Buat diriku, BERSABARLAH, SABAR ITU SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN. Dimana IMAN mu wahai diriku???

By:Bidadari_Titanium

Sabar ye Jila,

Insya Allah, siaplah tu (^_^)v

Sunday, December 14, 2008

Du'a




it's hard to think
brothers and sisters around the world are suffering
sometimes i dream
that life's a little better than it seems

every night, close my eyes
dream of a brighter day
every day, sunrise
singing my troubles away
sit alone and i cry
everybody pray
ya Allah i make du'a
please show us the right way

when it feels like you can't go on - make du'a
when it feels like you can't be strong - make du'a
when it feels like there's something wrong - everybody make du'a

you're looking good and you're feeling fine - make du'a
and everything is going right - make du'a
for everything that we have in life - everybody make du'a

don't forget about the times
when everything seems alright
with Allah by our side
we can keep our spirits high

every night, close my eyes
and thank Allah for the day
every day, sunrise
i'm singing out my praise
spending time with the guys
everybody pray
ya Allah i make du'a
please show me the right way

when it feels like you can't go on - make du'a
when it feels like you can't be strong - make du'a
when it feels like there's something wrong - everybody make du'a

you're looking good and you're feeling fine - make du'a
and everything is going right - make du'a
for everything that we have in life - everybody make du'a

(Aman)
i pray for a brighter day
to fight the night away
by the way i lie awake
waiting for the light of day

in the face of the beast
turn to east for answers
palms to the sky
i make du'a to my Master

the most high Allah
subhanu watu'Allah
can ease any struggle or pain
and if the struggle remains

alhumdulillah
He's testing my faith
i'll continue to pray
until i'm resting in peace

i walk the streets
in search for answers
face away from the west
so i can face my Master

keep my hands together
to make du'a
pray to the one and only
ain't nothing reala

when you feelin like there's no hope
it's no joke
make salat for my peoples overseas
i know

filistine stay strong
one day insha'Allah
the occupation will end
praise be to Allah

everybody make du'a

............................................................................................................................................
please don't be selfish,
let us make du'a for all muslimeen around the word.
we are brothers

Ya Allah

the sweet song for muhasabah n deep thinking:
Ya Allah by 786
ya Allah, please forgive me for the wrong i've done
ya Allah, give me another chance to prove that i can pass
please guide me and protect me along the straight path
and i know that i can make it, one day i'll be in heaven with you

brother, brother, (let me tell you) you ain't acting cool
lower your gaze, don't go astray, cuz you're looking like a fool
we all know (human nature) makes us ignorant sometimes
making us do some things we know just ain't right

what's the moral of the story fellaz?

you better watch your back
stay on the right track
don't try to act all wack
cuz it will all come back to you

and all you can say is

ya Allah, please forgive me for the wrong i've done
ya Allah, give me another chance to prove that i can pass
please guide me and protect me along the straight path
and i know that i can make it, one day i'll be in heaven with you

sister, don't your dare cry
cuz girl you know we all fall short sometimes
dust yourself off, stand tall, don't let it get you down
open your eyes to Allah, you'll see the beauty of
all the things that are going your way
hold your head up high, it'll be okay

Allah is merciful, the most forgiving
pray five times a day, and never stop giving
you gotta keep on Qur'an, keep Iman strong
and one day, insh'Allah, you'll be among the stars

for now you better pray girl

ya Allah, please forgive me for the wrong i've done
ya Allah, give me another chance to prove that i can pass
please guide me and protect me along the straight path
and i know that i can make it, one day i'll be in heaven with you

what's happening brother, i've got a message for you
there's a little something that i need you to do
see, you've been causing problems since you came my way
and i'm not trying to have that, ain't the way i play
i don't need no influence like you in my world
i'm just trying to live my life - simple and pure
you've been avoiding the Iman, don't even make salat
it's time to beg for some forgiveness from ya Allah

everybody sing it now

ya Allah, please forgive me for the wrong i've done
ya Allah, give me another chance to prove that i can pass
please guide me and protect me along the straight path
and i know that i can make it, one day i'll be in heaven with you

Mecca

Oh I’m sleepy
But my eyes won’t close
Candles burning
While my soul has frozen
Over
From all that I’ve forgotten

Time is ending
And it’s in my dreams
My tree is bending
And it’s all it seems
I can do
To keep from boiling over

(Chorus)
Or is the snow falling
At my window calling
Me away to a distant land
With desert sands
And every man is a brother
To another man

I never see the
Stars trying to outshine each other
I never heard of
The Fall being jealous of the Summer
It’s human fault
But not part of human nature
It’s human fault
But not part of human nature

(Chorus 2) [2x]
Or are the lights shining
In the city guiding
Me away across the Red Sea
Through palm trees
The home of our Messenger
Cradle of Belief

under white moon and arabian sands
while the muslimeen travel to arabian lands
listen while we pray, Allah
everybody say, everybody say:
labbayk, allahuma labbayk labbayk
labbayk, allahuma labbayk labbayk…
la sharika laka labbayk…
innal hamda wa ni’mata
innal hamda wa ni’mata
laka wal mulk , la sharika lakk!

Thursday, December 11, 2008

Menjadi Bidadari Dunia Akhirat

Keindahan surga tergambar pada QS Ali’Imran 14 :
Dijadikan indah bagi manusia kecintaan terhadap apa-apa yang diingini (syahwat) dari wanita-wanita, anak-anak dan harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia. Dan, Allah, disisiNyalah sebaik-baik tempat kembali.

Wanita-wanita surga disebut sebagai bidadari. Yang terbagi dari dua yaitu bidadari yang Allah SWT ciptakan langsung sebagai bidadari (sudah ditempatkan di surga) dan wanita-wanita mukmin yang ada di bumi (yang kelak bila masuk surga menjadi bidadari).

Dalam buku Tamasya ke Surga, Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah :

Bidadari-bidadari itu adalah wanita suci yang menyenangkan dipandang mata, menyejukkan dilihat dan menentramkan hati setiap pemiliknya. Rupanya cantik jelita, kulitnya mulus. Ia memiliki akhlak yang paling baik, perawan, kaya akan cinta dan umurnya sebaya.

Ar-Rahman 16 :

Di dalam surga itu terdapat bidadari-bidadari yang sopan menundukan pandangannya. Tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka. Tidak pula oleh jin.

Lalu, siapakah orang yang akan sangat beruntung mendapatkannya? Siapa lagi kalau bukan orang-orang yang syahid karena berjihad di jalan Allah, orang-orang yang tulus dan ikhlas membela agama Allah.

Ali’Imran 15 :

Katakanlah hai Muhammad : ‘Inginkah aku kabarkan kepada kalian apa yang lebih baik daripada yang demikian itu? Untuk orang-orang bertaqwa disisinya Rabbnya ada surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal didalamnya. Dan istri-istri yang suci serta keridhaan Allah. Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hambaNya’.

Ad-Dukhan 51-54 :

Sesungguhnya orang-orang bertakwa berada di tempat yang aman. Di dalam taman-taman dan mata air-mata air. Mereka memakai sutera halus dan sutera tebal (duduk) berhadap-hadapan. Demikianlah dan Kami jodohkan mereka kepada bidadari-bidadari bermata jeli.

Seiring dengan datangnya Islam ke bumi sebagai Rahmatan lil’alamiin, turun juga bidadari-bidadari, dia berwujud manusia yang berhati lembut, menyenangkan dan menyejukkan bila dipandang mata serta menentramkan hati setiap pemiliknya. Dialah wanita sholehah yang menjaga kesucian dirinya.

Allah telah menetapkan beberapa wanita mulia sebagai penghuni surga & penghulu (pemimpin) para bidadari, mereka adalah:


  • Asiyah

    Sebagai istri Firaun (raja yang sangat zalim), ia mampu mempertahankan aqidah yang dibawa oleh Nabi Musa AS, ia tidak tergiur dengan harta, kemewahan, tahta & kekuasaan. Do’a yang selalu ia panjatkan :

    " Ya Rabb-ku, bangunkanlah untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam surga, dan selamatkanlah aku dari Firaun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku dari kaum yang zhalim.” (QS At-Tahriim 11)

    Ia juga teguh memegang keyakinannya pada Allah semata walapun Fir’aun tak hentinya menyiksa. Sesaat sebelum syahid menjemput, ia tersenyum melihat malaikat-malaikat langit turun mendatanginya dan mengajaknya menuju rumah di sisi Rabbnya di surga.


  • Maryam

    Lahir dari keluarga pemuka agama Bani Israil, Maryam yang oleh orangtuanya diharapkan lahir laki-laki telah dinazarkan untuk diserahkan kepada Baitul Maqdis dan berkhidmat kepada agama Allah. Hidupnya dijalani dengan penghambaan yang utuh kepada Allah SWT. Ia tak pernah menyesali sesuatu yang tidak pernah dimiliki dan menerima dengan lapang hati taqdir Illahi.


  • Khadijah

    Wanita mulia yang penuh keikhlasan dalam mendermakan seluruh kekayaanya untuk dakwah Rasulullah SAW, demi tegaknya Islam. Begitu tinggi kedudukan beliau di sisi-Nya sampai-sampai sudah disiapkan untuknya sebuah istana dari permata nan sejuk & damai di surga.

    ‘...Ia beriman padaku ketika semua manusia ingkar. Ia membenarkanku ketika seluruh manusia mendustakan. Ia membantuku dengan hartanya ketika semua manusia menahan harta mereka....’ (HR Ahmad)


  • Fatimah

    Fatimah yang tumbuh dan berkembang dalam binaan langsung dari ayahanda Rasul yang baik, lemah lembut dan terpuji menjadikannya seorang gadis yang juga penuh kelembutan, berwibawa, mencintai kebaikan plus akhlak terpuji meneladani sang ayah. Rasulullah SAW pun menisbatkannya sebagai wanita penghulu surga.


Setiap wanita berpeluang menjadi bidadari baik di dunia terutama di akhirat kelak, ASALKAN :

  • Ia adalah wanita yang paling taat kepada Allah. Ia senantiasa menyerahkan segala urusan hidupnya kepada hukum dan syariat Allah.


  • Ia menjadikan Al-Quran dan Al-Hadis sebagai sumber hukum dalam mengatur seluruh aspek kehidupannya.


  • Ibadahnya baik dan memiliki akhlak serta budi pekerti yang mulia. Tidak hobi berdusta, bergunjing dan riya.


  • Berbuat baik dan berbakti kepada orang tuanya. Ia senantiasa mendoakan orang tuanya, menghormati mereka, menjaga dan melindungi keduanya.


  • Ia taat kepada suaminya. Menjaga harta suaminya, mendidik anak-anaknya dengan kehidupan yang islami. Jika dilihat menyenangakan, bila dipandang menyejukkan, dan menentramkan bila berada didekatnya. Hati akan tenang bila meninggalkanya pergi. Ia melayani suaminya dengan baik, berhias hanya untuk suaminya, pandai membangkitkan dan memotifasi suaminya untuk berjuang membela agama Allah.


  • Ia tidak bermewah-mewah dengan dunia, tawadhu, bersikap sederhana. Kesabarannya luar biasa atas janji-janji Allah, ia tidak berhenti belajar untuk bekal hidupnya.


  • Ia bermanfaat dilingkungannya. Pengabdianya kepada masyarakat dan agama sangat besar. Ia menyeru manusia kepada Allah dengan kedua tangan dan lisannya yang lembut, hatinya yang bersih, akalnya yang cerdas dan dengan hartanya. "Dan dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita sholehah". (HR Muslim)


Dialah bidadari bumi, dialah wanita sholehah yang keberadaan dirinya lebih baik dan berarti dari seluruh isi alam ini.

Ya Allah jadikanlah kami, ibu kami, kakak dan adik kami serta perempuan-perempuan di sekeliling kami menjadi bidadari di dunia dan akhirat, amiin..

Wallahu’alam bishshowab

Sumber:http://www.albarokah.or.id/berita/kajian/menjadi-bidadari-dunia-akhirat.html

Menjadi Bidadari Dunia, Bidadari Syurga.....


Pernahkah terlintas dalam hatimu ya ukhti, saudariku muslimah, untuk menjadi bidadari di dunia dan diakhirat nanti ? Pernahkah kau membayangkan betapa cantik dan anggunnya ia, menjadi incaran dan simpanan hamba-hamba Allah yang shalih dan bertakwa. Pernahkah engkau mengangankannya? Pernahkah engkau mengimpikannya? Tidakkah hatimu tergerak untuk segera meraihnya?


Sesungguhnya bidadari dunia adalah ia para wanita yang shalihah, memurnikan ibadah hanya untuk-Nya semata, hatinya selalu takut dan terikat dengan rabb-Nya, mentaati-Nya dalam keadaan sendirian ataupun dihadapan banyak manusia. Sosok yang merindukan keridhaan Allah dan rasul-Nya.....



Selalu terbayang dalam pelupuk matanya surga yang dijanjikan Allah menantinya dari pintu manapun ia suka, ia bisa memasukinya. Hatinya selalu menimbang dengan timbangan akhirat sehingga segala urusan dunia yang bertentangan dengan syariat Allah dan Rasul-Nya akan mudah ia singkirkan dan tinggalkan.


Duhai betapa elok dan indah akhlaknya, bila ia belum bersuami maka berbakti kepada kedua orangtuanyalah ladang amalnya memanfaatkan kesempatan yang berharga ini dengan berusaha mendapatkan keridhaan dari keduanya.Bila ia telah bersuami maka bersemangatlah hatinya untuk berbakti kepada suaminya, menemani sang suami dalam keadaan suka dan duka,mendidik anak-anaknya agar mereka berjalan diatas sunnah dan manhaj yang benar yaitu manhaj salafuna shalih. Berani meluruskan suami apabila ia bersalah dengan bahasa yang lembut dan bersabar atas kekurangannya. Membantu suami dalam mentaati Rabb-Nya, sesungguhnya Allah tidak akan menyia-nyiakan amalan hamba-hamba-Nya.Jika engkau bersabar dan istiqamah maka insya Allah engkau akan menjadi penghuni surga yang cantik jelita itu.


Janganlah engkau resah dan gundah, merasa kecewa hatimu karena melihat sulitnya jalan untuk meraih kesana. Jalan itu akan mudah engkau tuju apabila engkau memohon pertolongan-Nya dalam setiap desah nafasmu. Sehingga segala tindak tandukmu selalu dalam bimbingan-Nya.Dan, renungkanlah apabila engkau berhasil mencapai predikat wanita shalihah (bidadari dunia) semua adalah karena dari Rabbmu semata, bersyukurlah atas nikmat ini dan janganlah sekali-kali engkau takabur. Ingatlah selalu firman-Nya :


”Dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan pertolongan Allah” (Huud : 88).


Semoga Allah memberkahimu dan memberkahi semua wanita-wanita muslimah diatas muka bumi ini yang bercita-cita ingin menjadi bidadari-bidadari diatas dunia ini dan tentu saja diakhirat nanti, Insya Allah.....

Sumber:http://alghifary.blogspot.com/2005/04/menjadi-bidadari-dunia-bidadari-syurga.html

Jadi Bidadari Besi

Oleh: Latifah Abdul Wahab

“Saya memang tidak gemar melihat wanita yang terlampau mengada-ngada atau istilah kasarnya ‘gedik’,’getik’, ‘geletis’ dan ‘gelenyar’. Bukan kerana jiwa saya keras tetapi saya sukakan wanita yang kuat pendirian dan cekal berpedoman. Maksudnya wanita yang ingin mendampingi saya mestilah seorang yang tidak marah-marah jika hubungan yang terjalin ‘dingin’ dan tidak dihujani panggilan telefon setiap hari yang sekadar untuk bertanya ‘sudah makan atau belum?” dan “sihat atau tidak” - begitulah pandangan seorang penulis lelaki dalam sebuah majalah wanita.


Saya tertarik dengan pandangan ini kerana fenomena berkomunikasi secara lunak manja ini semakin menjadi trend wanita hari ini terutama yang berkerjaya khususnya dalam bidang perniagaan. Bukan sahaja sebagai pelaris perniagaan bahkan sebagai pelaris diri. Kebiasaannya, hati lelaki lebih terpikat kepada wanita lemah lembut, mudah ketawa manja dan yang pandai mengoda dengan jelingan penuh bermakna. Jarang kita temui lelaki yang tak sukakan wanita jenis ini seperti yang ditulis oleh penulis di atas.

Tentu sebahagian besar dari kita pernah dan biasa melihat iklan Hotlink terbaharu yang menampilkan dialoq lucu seorang jurujual wanita mempromosi hotlink plan berganda dengan nada suara lunak menggoda. Tapi yang mengada ngada bukan di jurujual wanita tu tetapi si pembeli lelaki itu. Lucu dialoqnya “tadi kanda sekarang sayang…”, satu dialoq ala pekak badak.

Walaupun ianya hanya sebuah iklan untuk menarik perhatian penonton dan melariskan produk, tetapi trend mengoda semakin menjadi jadi dalam iklan produk tempatan. Lihatlah iklan syampu ‘sunsilk’. Model wanitanya walaupun bertudung tapi tetap digambarkan meliuk lintuk , menjeling manja dan berbalas senyum dengan si jejaka. Salah satu slot iklan syampu ini memaparkan adegan seorang wanita terserempak dan terjatuh buku kuliah, lalu bertentang mata. Tak tahu apa kaitan dengan rambut yang telah disyampu dan terselindung disebalik tudung.

Sekali imbas paparan lemah lembut ini sangat serasi dengan budaya melayu atau budaya Malaysia. Kerana umat melayu terkenal dengan lemah lembutnya. Cinta mudah bertaut dengan gaya lemah lembut. Saling bertanya khabar dianggap satu pernyataan bukti saling mengingati dan saling mengambil berat. Bila talian hotlink tidak lagi sibuk dengan SMS dan panggilan sayang, aduhai terasa dunia gelap, sunyi dan sepi. Kemana kah akan di bawa hati nan lara? SMS ON CINTA hantar ke 32728 (Dapat)! Syarikat telekomunikasi juga yang untung.

Paparan di akhbar akhbar perdana cukup membimbangkan saya. Saban hari ada ada sahaja cerita derita wanita akibat korban cinta tak bermaruah. Setiap hari ada kisah gadis di rogol teman lelaki yang baru dikenali. Ada kisah wanita meratap meminta simpati akibat diceraikan oleh suami yang lari mengikut wanita lain yang lebih menggoda. Dalam majalah wanita, akhbar tabloid mahupun akhbar terkemuka, ruangan soal jawab masalah remaja sering menjadi kolum yang diminati. Masalahnya hampir sama , seperti membaca novel, temanya tetap sama. Tema cinta terlara, kisah hati yang tak bahagia. Kerbanyakkan pengadu dalam kisah cinta terlara ialah wanita. Bukan maknanya lelaki tak pernah jadi korban cinta terlara tetapi mereka kurang menuliskanya. Mungkin untuk untuk menjaga status .Sebagai manusia yang punya agama, saya lebih memikirkan kenapa manusia begitu mendambakan bahagia cinta terlarang? Kenapa saya kata ianya cinta terlarang? Apakah agama menghalang manusia bercinta ? Tidak, bukan itu maksud saya.

Malah Islam adalah agama kasih sayang. Islam itu sendiri datang dari perkataan salam. Iaitu kesejateraan Kasih sayang tidak terbatas antara manusia berlainan jantina sahaja malah merangkumi kasih saya sejagat, sayang kepada sesama manusia,haiwan dan alam sekeliling. Allah s.w.t menjamin kasih sayang sesama manusia jika manusia mengikuti peraturan yang telah ditetapkannya. Kasih sayang antara lelaki dan wanita yang masih belum terikat dengan akad, wajib dibatasi dengan beberapa hukum yang telah ditetapkan.

Firrman Allah SWT dalam Surah al-Ahzab ayat 32 yang bermaksud, “Maka seseorang wanita itu janganlah melembutkan suaranya kerana menyebabkan hati orang lelaki yang ada penyakit akan menaruh harapan. Seseorang wanita hendaklah mengucapkan perkataan yang sopan.”

Penyakit syahwat adalah dianggap sebagai zina yang boleh berlaku dalam hati ketika seseorang wanita melembutkan atau merendahkan suaranya secara berlebih-lebihan dan bertujuan goda. Berdasarkan kepada permasalahan ini, seseorang wanita sewajarnya bersikap sederhana bila berbicara dengan lelaki yang bukan suaminya. Sikap sederhana ini bukanlah satu larangan yang bertujuan menyekat naluri cinta tapi sebaliknya adalah larangan untuk menjaga kehormatan wanita dari diperkotak-katikkan oleh lelaki durjana yang sentiasa mencari peluang berfoya-foya dengan wanita wanita penggoda.

Sebenarnya bukan lelaki durjana sahaja yang mencari-cari peluang, malah hakikatnya syaitan lah yang sentiasa mencari peluang menyesatkan anak adam. Wanita adalah mahluk yang lemah fizikalnya, jika tidak dikuatkan iman wanita dengan mentaati suruhan dan menjauhi larangan Allah s.wt maka tewaslah wanita itu menjadi umpan syaitan. Wanita terpedaya lelaki pula tergoda. Kedua duanya saling terfana dan akhirnya merana.

Wanita mesti ‘keras hati ‘ untuk mentaati perintah Allah. Hanya dengan cara itu sahaja bahagia yang hakiki akan dapat dirasa. Permainan cinta dengan tanda sayang dan belai kasih yang diucapkan saban hari , saban waktu terluang hanyalah satu ‘interface’ yang melekakan. Bila sudah kecundang dan jadi hamba cinta, masa itulah peranan syaitan menjana nafsu syahwat tak dapat lagi disekat. Masa itu kehormatan diri mudah jadi galang ganti. Siapakah yang akan menghormati wanita yang sudah hilang harga diri? Pepatah melayu kata “kesal dahulu pendapatan kesal kemudian tiada berguna” Fikirkan.


Sumber:http://shahieda.blogspot.com/2008/10/jadi-bidadari-besi.html

Wanita solehah::Bidadari Cinta

Wanita solehah itulah bidadari cinta yang didambakan oleh penghuni syurga. Tanyalah kepada wanita disekeliling kita, hatta kepada seorang pengemis wanita yang, hati pasti terusik lantas mengiyakan gelaran wanita solehah yang diidamkan. Dangkalnya aqal wanita apabila dipersoalkan mengapa nabi hanya dilantik di kalangan lelaki... aduhai wanita muslimah, kau tetap tidak disisihkanNya. Malah Dia menganugerahkan kepadamu, keistimewaan yang tiada tandingan dengan lelaki. Lihatlah dirimu, carilah keistimewaan itu. Di situlah letaknya kebesaran dan keagunganNya.

Kerinduan ahli syurga terhadap wanita solehah melebihi kerinduan mereka kepada 70 orang wali. Peganglah pada janji sabda Nabi, dari Anas bin Malik r.a "Apabila seorang wanita mengerjakan shalat lima waktu, berpuasa wajib sebulan, memelihara kemaluannya, maka ia pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dikehendakinya." Tidakkah terusik hatimu muslimah semua... Senang untuk dirimu meraih syurga yang dijanjikan. Dan harus diingat bahawa janji-janjiNya itu adalah pasti.

Tunduk dan taatlah kepada perintahNya dan patuhlah setiap larangannya. Itulah bukti kecintaan seorang muslimah sejati itu terhadap Penciptanya. Kita seringkali patah hati, menangis malah hilang keyakinan hidup tatkala kekasih hati melukai hati kita. Kesatlah air matamu itu. Airmata berjurai itu adalah sia-sia jika kau menitiskan pada yang bukan haq. Carilah sakinah dan farhana dalam cinta Penciptamu. Kau akan ketemui cinta yang kasih yang didambakan. Kasih yang tidak akan melukakan. Berikan hatimu yang telah retak beribu itu kepada Penciptamu, pasti Dia akan cantumkan keretakkan itu dengan mahabbahNya. Tatkala cinta manusia itu membuatkan hatimu gusar, bimbang... cinta yang akan kau temui ini, tidak akan membuatkan dirimu gelisah, sebaliknya keredhaanNya akan menjadi alas kerinduanmu padaNya. Rindu pada alunan qalamullah, rindu pada munajat di seperti malam, dan rindu pada syurga yang dijanjikan. Lalu, pohonkan cinta insan yang mencintainya. Moga cinta insan itu akan menjadi pendorongmu, memudahkan laluan mujahadah.

Auratmu itu bukan tontonan manusia yang tidak berhak ke atasnya. Aurat adalah satu tanda malumu masih mempunyai kehormatan. Jagalah kehormatan dan maruah auratmu itu. Kau mengetahui batasan auratmu. Kau mengetahui sealimnya siapa mahrammu. Malah kau juga tahu syaitan laknatullah sentiasa merisik ruang untuk mendekatimu. Tutuplah auratmu dengan jilbab bukan sekadar hijab dan satr. Perhatikan pakaianmu, perelokkanlah auratmu. Rambutmu itu hanya mahkota untuk suamimu. Seorang ratu tahu masa dan tika yang sesuai untuk memperagakan mahkotanya itu, hanya pada yang berhak sahaja. Lalu, tutuplah ia dengan hijab yang akan melindungi dirimu daripada panahan mata ghair mahram.

Sedarilah bahawa perintah menutup aurat dan berhijab bukan untuk mengongkong dirimu tetapi ia bertujuan menjaga kehormatanmu, kesucian dan kemuliaan seorang wanita solehah. Lihatlah betapa Allah mengutamakan dirimu sehinggakan Dia memelihara dirimu sehalus mungkin. Jadi, wajarkah dirimu membayar dengan ketidaktaatanmu dan mengingkarinya.. Sungguh, dirimu adalah wanita yang zalim. Zalim terhadap dirimu sendiri... Ketahuilah, aurat dan kehormatanmu terlalu mulia untuk dizalimi. Sukakah jika dirimu bergelar penzalim?
NurkasihNya sentiasa menerangi lorong kehidupanmu... bangunlah daripada kealpaan. Bukalah matamu, lihatlah keagunganNya pada dirimu.

Diriku akan menjadi insan yang paling berbahagia, jika saudari muslimahku menjadi insan yang tahu menghargai pemberian kekasih sejatinya iaitu Allah SWT. Malah diriku akan menjadi gembira, jika ada saudari muslimahku yang membaca pena siberku ini lalu ia mengerti betapa diriku menyayangi saudari muslimahku sekalian.
insyaAllah, diizinkanNya kita pasti akan berjumpa lagi... Doaku, moga dirimu dan diriku sentiada mentarbiyyahkan diri kita dengan jati diri wanita muslimah dengan 'alimah, 'abidah, dai'yah, murabbiyah, zahidah dan khadimah. Persiapkan dirimu wahai saudari muslimahku, kerana kau adalah bidadari cinta!


Sumber:http://aiqhazetty.multiply.com/journal/item/22/WANITA_SOLEHAHBIDADARI_CINTA

Bidadari untuk Umar

Umar bin khathab ra.

Salah satu sahabat Rasul yang terkenal akan keshalihannya dan kewara` annya.

Semenjak beliau memeluk islam kaum muslimin seakan memperoleh sebuah kekuatan baru yang sangat besar.

Hal ini sebagai buah atas dikabulkannya doa sang idola, Rasulullah SAW tercinta. “Ya Allah muliakanlah islam dengan masuknya salah satu dari dua Umar.” Yakni Umar bin khathab dan Amr bin Hisyam atau dikenal sebagai Abu Jahal.


Sejak saat itulah, Kaum muslimin yang baru sedikit itu berani shalat dan thawaf di ka`bah secara terang-terangan.

Umar adalah salah satu sahabat Rasul yang sangat wara`, sangat teliti, hati-hati terhadap dosa-dosa kecil.

Ia sangat takut masuk neraka, saking takutnya tiap kali melantunkan ayat-ayat AlQuran ia sering menangis atau tatkala hanya mendengarkan ayat-ayat AlQuran.

Banyak kata-kata umar yang dikuatkan dan diabadikan didalam AlQuran.

Umar mempelajari surah Al Baqarah selama 10 tahun, ia kemudian melapor ke Rasulullah SAW.


“Wahai Rasulullah SAW apakah kehidupanku sudah mencerminkan surah Al Baqarah?

Apabila belum, maka aku tidak akan melanjutkan ke surah berikutnya.” Rasulullah menjawab, “sudah..!”
Subhanallah, seorang umar mempelajari surah Albaqarah selama 10 tahun dan tak akan beranjak dari surah tersebut sebelum terimplementasi dalam kehidupan sehari-hari,

kita dimana ya?

Mungkin mempelajari al-ikhlas saja untuk kemudian diimplementasi ke kehidupan sehari-hari mungkin belum juga tammat.

Begitu wara`nya umar akan kehidupan sehari-hari pantas kalau Allah sering mengabadikan buah pikirannya dalam Alquran seperti mengenai pengharaman arak, ayat mengenai hijab, ayat tentang tawanan perang, seputar penciptaan manusia, demikian juga beberapa ayat AlQuran lainnya.


Rasulullah SAW sering menceritakan kepada para sahabatnya mengenai perjalananya,

Mi`raj beliau menghadap Allah SWT, Beliau sering menceritakan bagaimana keadaan surga kepada sahabat-sahabatnya.

Suatu hari ketika Rasulullah diMi`rajkan malaikat Jibril memperlihatkan kepada beliau taman-taman surga.

Ketika itu Rasulullah melihat ada sekumpulan bidadari-bidadari yang sedang bercengkerama.

Ada seorang bidadari yang begitu berbeda dari yang lainnya.

Bidadari itu menyendiri dan tampak pemalu.

Rasulullah bertanya kepada Jibril,”Wahai Jibril bidadari siapakah itu?”

Malaikat Jibril menjawab.
“Bidadari itu adalah diperuntukkan bagi sahabatmu, Umar r.a.

Pernah suatu hari ia membayangkan tentang surga yang engkau ceritakan keindahannya.

Ia menginginkan untuknya seorang bidadari yang berbeda dari bidadari lainnya.

Bidadari yang diinginkannya itu berkulit hitam manis, dahinya tinggi, bagian atas matanya berwarna merah, dan bagian bawah matanya berwarna biru serta memiliki sifat yang sangat pemalu.

Karena sahabatmu itu selalu memenuhi kehendak Allah SWT, maka saat itu juga Allah SWT menjadikan seorang bidadari untuknya sesuai dengan apa yang dikehendakinya.”


Subhanallah, begitulah bidadari special yang hanya diperuntukkan untuk umar,

seorang sahabat yang sangat ditakuti setan, beda dengan kita, tiadk ditakuti setan, tetapi barangkali malah lebih disenangi setan, Na`udzubillah.


Hadiah special hanya untuk manusia istimewa,

itulah prinsipnya.

Begitupun bagi Allah itupun berlaku bagi kita,

bagaimana sedapat mungkin kita menjadikan diri ini seistimewa mungkin dihadapan Allah

maka jangan kaget kalau suatu saat ada hadiah special untuk kita,

atau bahkan hadiah special itu sekarang sedang menunggu kita untuk kita jemput

_______________________

Berharap? bolehkan?

Petikan: Quantum Tarbiyah (Penulis yang sama dgn buku Zero to Hero)

Thursday, December 4, 2008

Duhai Hati, Jangan Kau Terkorban dengan Dunia..


Sesekali hati mengeluh dengan kesusahan dan kepayahan hidup. Terasa pedih dan rapuh, sakitnya seperti tiada hati lain yang mampu mengerti. Namun tidak tersedarkah hati itu adalah ujian dari Tuhannya? Kepayahan itu sesungguhnya adalah bentuk tarbiyahNya kepada hati. Pernah hati bersyukur kerana mendapat perhatian yang sedemikian dari Tuhannya? Terlebih banyak mengaduh dari bertahmid rasanya.

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3 "

"...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." -Surah Yusuf ayat 12


Tak tersedarkah hati segala yang diberinya itu adalah nikmat; kebahagiaan adalah nikmat, sakit adalah nikmat, perit itu lebih nikmat, jika hati ingin menerima. Duhai hati, sedarlah, bukannya Tuhanmu tidak mendengar segala jerit perih, betapa pedih peritnya derita apa yang dialami, betapa segala yang hati ingin, tidak semua kan hati perolehi. Bukankah Dia sudah terang-terang berfirman:

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

Nah, Tuhannya sendiri telah siap mengatur segala rencana perjalanan hidupnya hati. Mengapa harus merungut lagi dengan jalan yang ditempuh. Duri-duri dan halangan itu adalah rahmat. Redha dan pasrah, wahai hati, itulah lumrah. Tidak tersedarkah hati bahawa setiap langkah, setiap kudrat, setiap butir bicara, kerlip mata dan denyut jantung selama ini semuanya nikmat yang Tuhannya beri, Tuhannya pinjamkan. Cara apa dan bagaimana hati gunakan semua pinjaman tersebut? Setiap langkah dan kudrat digunakan untuk ke jalan kebaikankah? Setiap butir bicara hanya yang baik dan berhikmah sajakah? Kerlip mata dan sisa denyut jantung yang masih ada dimanfaatkan dengan amal ibadahkah? Tuhannya berhak mutlak ke atas hati. Kenapa hati masih perlu persoalkan mengapa ujian diturunkan? Tepuk dahi, tanya minda semula. Layakkah hati-hati ini dengan Syurga milik Allah SWT???

"Hai Kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan sementara) dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal. Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu. Dan barangsiapa mengerjakan amalan yang saleh baik laki-laki maupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa dihisab." (Surah Al Mu'min ; ayat 39-40)

Duhai hati, janganlah terkorban dengan dunia...Sesungguhnya hidup hati sebenarnya untuk mencari mati yang sempurna...


www.iLuvislam.com
oleh : azniey



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...